felda bukit goh - Google Blog Search
Posted by Tanpa Nama
felda bukit goh - Google Blog Search |
Blog Felda: <b>felda bukit goh</b> - Google Blog Search Posted: 25 Jun 2011 12:00 AM PDT | Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.Blog Felda: <b>felda bukit goh</b> - Google Blog Search Posted: 25 Jun 2011 12:00 AM PDT | Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.<b>felda lepar utara</b> - Google Blog Search Posted: 27 Mar 2011 11:31 PM PDT | <b>felda lepar utara</b> - Google Blog Search Posted: 16 Mar 2011 11:21 PM PDT | <b>felda lepar utara</b> - Google Blog Search Posted: 09 Mar 2011 11:09 PM PST
| <b>felda lepar utara</b> - Google Blog Search Posted: 18 Mar 2011 11:39 PM PDT Assalamu'alaikum dan Salam 1 Malaysia. Sekolah Kebangsaan (LKTP) Lepar Utara Satu telah dibuka pada hari Isnin, 25 Februari 1985 di tanah seluas 8 ekar dan terletak di bawah pengawasan Pejabat Pelajaran Daerah Kuantan kemudian mulai 1 Januari 2005 dipindahkan pengawasannya kepada Pejabat Pelajaran Daerah Jerantut, Pahang Darul Makmur. Sekolah ini mengandungi 2 blok bangunan, 1 kantin, 1 surau dan 22 unit rumah guru. Guru-guru yang mengajar di sekolah ini tinggal dengan menyewa rumah kakitangan Felda dan Kilang Sawit selain tinggal di rumah guru. Sekolah ini terletak di pedalaman dan di kelilingi oleh Gugusan Felda Lepar Utara 1,2,4 dan Felda Plantation 5, 10, 13 dan 14. Jarak dari sekolah dan PPD Kuantan ialah sejauh 221 km manakala PPD Jerantut ialah 98 km. Sementara itu jarak ke JPN Pahang pula sejauh 227 km yang mengambil masa kira-kira 3 jam perjalanan menaiki kereta melalui Bandar Jengka, Maran dan seterusnya ke Kuantan. Mulai Januari 2006 SK Lepar Utara Satu telah dipindahkan ke Zon Gelanggi di bawah pentadbiran PPD Jerantut. Murid-murid yang belajar di sini terdiri daripada anak-anak peneroka, buruh ladang, kakitangan Felda dan Kilang Sawit Lepar Utara 4, guru-guru dan anggota polis. Pada mulanya sekolah ini menumpang di bangunan Pejabat Felda Lepar Utara 1. Pada masa itu keadaan sekolah adalah dalam serba kekurangan di mana tiada kemudahan asas seperti air, elektrik dan jalan perhubungan yang teruk. Melalui daya usaha penduduk serta guru, mereka telah bergotong-royong membina kerusi dan meja panjang untuk kegunaan murid-murid. Keadaan ini berterusan sehinggalah pada bulan Julai 1985 di mana sekolah telah menerima bekalan perabot daripada JPNP. Bermula dengan 87 orang murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6 dan seramai 7 orang guru termasuk seorang Guru Besar, sekolah telah beroperasi walaupun dalam keadaan serba kekurangan. Bilangan murid dan kakitangan telah bertambah dari setahun ke setahun hinggalah ke hari ini di mana jumlah murid ialah seramai 752 orang, 45 orang guru termasuk Guru Besar, 2 orang Pembantu Tadbir, seorang Pembantu Am Rendah, 4 orang Pekerja Rendah Awam dan 2 orang Pengawal Keselamatan. SK. (LKTP) Lepar Utara Satu telah berpindah ke bangunan baru yang ada sekarang pada 5 Oktober 1988. Dengan kemudahan yang bertambah proses pengajaran dan pembelajaran telah dapat dijalankan dengan lebih sempurna begitu juga dengan aktiviti luar bilik darjah. Pada tahun itu juga Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) telah ditubuhkan. Dengan adanya PIBG kerjasama yang sedia ada telah terjalin dengan lebig erat lagi. Pada 16 Mac 1989 sekolah ini telah dinaikkan gred dari gred C ke gred A. Sesuai dengan kenaikan gred sekolah ini dapat beroperasi dengan lebih baik dan sempurna. Aktiviti ko-kurikulum juga berjalan dengan lancar di mana Sukan Tahunan kali Pertama dapat diadakan pada tahun 1988. Sungguhpun jauh di pedalaman sekolah ini telah berjaya melahirkan atlet yang berwibawa di mana pada tahun 1994 dan 1998 seorang pelajar telah mewakili negeri Pahang dalam sukan olahraga. Pada tahun 1998 seorang lagi pelajar telah mewakili negeri dalam sukan bola sepak. Kemudian pada tahun ini seorang pelajar terpilih mewakili negeri dalam sukan bola tampar perempuan. Dalam bidang akademik pula pencapaian terbaik sekolah dalam UPSR ialah pada tahun 2002 di mana seramai 8 orang pelajar telah mendapat 5A, dan peratus kelulusan tertinggi setakat ini ialah pada tahun 2005 iaitu 56.6%. Adalah diharapkan agar segala pencapaian dari sekolah ini dapat dipertingkatkan lagi dari masa ke semasa. Pada masa ini sekolah dijalankan dalam 2 sesi iaitu sesi pagi untuk murid-murid tahap 2 iaitu Tahun 4, 5 dan 6 manakala sesi petang pula melibatkan murid-murid tahap 1 iaitu Tahun 1, 2 dan 3. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |||||
Blog Felda: <b>felda bukit goh</b> - Google Blog Search Posted: 21 Jun 2011 12:00 AM PDT Oleh Zulaffandi bin Ahmad Saya teringat pada kali pertama menerima surat pelantikan sebagai pengetua di SMK Astana iaitu pada Mac 2007. Pada waktu itu, saya bertugas sebagai Ketua Unit, Unit Pengurusan Maklumat di JPN Pahang. Lama juga saya bertugas di sana, hampir tujuh tahun. Terasa tugas pada kali ini amat berbeza dengan tugas yang pernah dilakukan sebelumnya. Walaubagaimanapun kepercayaan dan keyakinan yang diberikan oleh Dato' Pengarah pada ketika itu akan saya jadikan sebagai cabaran. Saya berasa agak gentar juga nak berhadapan dengan guru dan pelajar yang dikatakan mempunyai berbagai kerenah. Tetapi pengalaman menguruskan guru-guru data semasa di JPN sedikit sebanyak membantu dalam menangani perasaan tersebut. Teringat saya pada pepatah Melayu, ' di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung'. Di mana saya ditempatkan di situlah amanah dan tanggungjawab yang mesti saya laksanakan. Saya mula berfikir bagaimana nak jadi seorang pengetua. Saya mendapatkan nasihat dan tunjuk ajar dari rakan-rakan pengetua yang sudah lama bertugas di sekolah . Antaranya adalah Simaon Kassim, Haji Karim dan ramai lagi. Banyak ilmu yang tiada dalam buku dapat dikongsikan. Seterusnya saya berjumpa dengan bekas pengetua SMK Astana Pn. Hajjah Rakiah Daud yang akan bertukar ke SMK Bukit Goh. Beliau banyak memberi maklumat dan tunjuk ajar berkaitan dengan SMK Astana, baik dari segi pencapaian sekolah, staf mahupun pelajarnya. Dapat saya simpulkan bahawa penentu kepada kejayaan sekolah bergantung kepada kebijaksanaan pengetua yang peka kepada keadaan sekelilingnya. Mencari punca kepada masalah dan menyelesaikan masalah berasaskan kepada punca tersebut. Untuk mencari gambaran yang lebih jelas tentang sekolah, saya membaca buku pengurusan sekolah. Banyak maklumat yang dapat saya perolehi di dalam buku tersebut. Saya meneliti misi dan visi sekolah. Terdetik dalam hati ..... banyak yang perlu saya lakukan. Setelah berada di SMK Astana selama hampir lapan bulan, saya diarahkan bertukar ke SMK Bukit Goh. Walaupun banyak program yang tidak dapat saya laksanakan, sebagai penjawat awam saya terpaksa akur dengan arahan yang telah diberikan. Nampaknya sekali lagi saya perlu berjumpa Hajjah Rakiah untuk menyelesaikan proses serah tugas. Banyak maklumat dan tunjuk ajar yang telah disampaikan. Kebetulan pula GPK Kokurikulum, Pn. Wan Norini dan cikgu Wan Sabariah merupakan rakan sekuliah semasa di Universiti Malaya dulu. Bukan itu saja, teman sekelas masa di SK Ahamd juga bertugas di situ. Kemesraan barisan pentadbir dan staf menjadi mangkin kepada saya untuk terus berusaha meningkatkan kecemerlangan sekolah. Pada 1 November 2007, saya melangkahkan kaki ke SMK Bukit Goh, sebuah sekolah yang telah lama menabur jasa kepada anak-anak peneroka Felda. Murid yang belajar di situ merangkumi Felda Bukit Goh, Felda Bukit Sagu dan juga Felda Bukit Kuantan. Di sekeliling saya banyak mata dan telinga peneroka yang memantau kecemerlangan sekolah. Jadi saya perlu berhadapan dengan tiga golongan iaitu guru dan staf sokongan, pelajar dan masyarakat setempat. Apa yang penting adalah saya perlu mempunyai perancangan dan tekad untuk berjaya. Insyaallah. Seperti di SMK Astana, langkah pertama yang saya lakukan adalah mengingat sebanyak mungkin nama guru dan staf sokongan. Saya masih ingat pesanan Tuan PPD pada masa pertama kali mendaftar diri sebagai pengetua ..." Zul, ingat nama guru, itu penting". Bagi saya, kita akan lebih mengenali seseorang dan lebih mudah berinteraksi jika kita ingat namanya. Guru akan rasa dihargai jika kita sebut namanya. Saya juga pernah terbaca di dalam internet tentang teori kepimpinan yang mengatakan bahawa pengetua yang berkesan mesti dapat berkomunikasi dengan baik dan melaksanakan pentadbiran dengan melibatkan pekerja di bawahnya dengan cara yang disenangi, menghargai pendapat dan pengalaman orang lain. Secara tidak langsung ia akan melahirkan sikap staf yang kuat dan rajin bekerja. Banyak perkara yang ingin saya lakukan bermain di kepala. Umpama sedang beratur menunggu giliran. Saya memfokuskan kepada disiplin terlebih dahulu. Saya mengambil peluang mendisiplinkan pelajar tingkatan tiga yang telah selesai menduduki PMR kerana pada masa itu pelajar tingkatan lima sudah mula menduduki Sijil Pelajaran Malaysia manakala pelajar yang lain sibuk menjawab peperiksaan akhir tahun. Ini adalah peluang terbaik membentuk kerohanian pelajar dan seterusnya memantapkan disiplin diri. Alhamdulilah saya mendapat sokongan padu daripada guru-guru terutama guru disiplin. Pada masa yang sama, pelajar yang mengambil SPM juga tidak diabaikan. Walaupun kedatangan saya ke SMK Bukit Goh agak lewat tetapi perhatian dan sokongan kepada pelajar-pelajar tingkatan lima sentiasa diutamakan. Ada pelajar yang terpaksa dijemput datang ke sekolah untuk menduduki peperiksaan. Begitulah hebatnya guru-guru pada masa sekarang, tugas bukan sahaja mendidik pelajar di sekolah malah terpaksa memantau pelajar hingga ke rumah. Sepanjang cuti sekolah, saya mengatur strategi agar kecemerlangan sekolah dapat ditingkatkan pada tahun hadapan. Guru-guru kanan dan staf datang membantu walaupun pada masa cuti. Setelah 2008 membuka tirai, tugas dan tanggungjawab menjadi semakin berat. Walaupun pengalaman menjadi pengetua baru setahun jagung, tetapi saya berasa gembira kerana banyak perubahan yang dapat saya sumbangkan seperti pembinaan laluan gajah menyusur, stok perabot yang baru, surau dan sebagainya. Sebuah almari tersergam indah di laluan lorong ke tangga pejabat. Di situ ditempatkan semua piala dan sijil yang telah diperolehi oleh sekolah. Tujuan saya membina almari tersebut adalah sebagai perangsang kepada semua pelajar agar menyayangi sekolah dan berusaha untuk mengharumkan nama sekolah dalam apa jua bidang. Saya amat berbangga dengan pasukan Robotik dan F1 sekolah. Bukan mudah bagi sekolah kategori luar bandar seperti SMK Bukit Goh dapat menghasilkan pasukan Robotik dan F1 yang cemerlang. Usaha dan idea yang dicurahkan , pasti akan membuahkan hasil pada satu hari nanti. Tahniah buat guru dan pelajar yang terlibat. Penerimaan dan layanan masyarakat Felda menyebabkan saya merasa amat terharu. Mereka sangat perihatin dan ramah orangnya. Ada saja yang menegur sekiranya saya menjamu selera di gerai Roti Canai Edd berhampiran dengan sekolah. Sekali sekala saya masih lagi 'mengetih' di gerai roti canai tersebut. Walaupun saya tidak lagi bergelar pengetua SMK Bukit Goh, layanan masyarakat setempat masih seperti dulu. Itulah uniknya SMK Bukit Goh. Ogos 2009 saya diarahkan bertukar ke sekolah yang baru dibuka, SMK Pelindung.Tidak pernah terlintas di sudut hati saya akan bertugas di sekolah yang di bina berkonsepkan percutian ala resort. Idea pembinaan ini dicetuskan oleh Dato' Haji Azmey bin Abu Talib selaku Pengarah Pelajaran Pahang pada masa itu. SMK Pelindung merupakan sekolah pertama di negara ini yang berkonsepkan demikian. Ramai pengetua yang berminat nak ke SMK Pelindung. Tanpa di sangka saya telah di beri amanah dan peluang menerajui sekolah tersebut . Itulah takdir namanya. Pengalaman di dua buah sekolah sebelum ini saya gunakan untuk menguruskan SMK Pelindung. Perkara pertama yang saya lakukan ialah menetapkan hala tuju sekolah dengan menghasilkan misi dan visi. Sukar juga rupanya hendak memulakan perjalanan sebuah sekolah yang baru. Banyak yang perlu dilakukan. Namun kerjasama dan usaha semua warga SMK Pelindung menjadi semangat kepada saya untuk terus meningkatkan kecemerlangan sekolah. Seperti biasa disiplin pelajar masih menjadi fokus utama saya. Bagi saya kecemerlangan akademik mestilah bergerak selari dengan disiplin pelajar. Tanpa disiplin yang mantap, walau berjuta program akademik di jalankan, misi dan visi sekolah tidak dapat dicapai. SMK Pelindung sangat bertuah kerana mendapat pelajar-pelajar dari Asrama Seri Semai Bakti Kuantan. Sebelumnya , pelajar ini ditempatkan di SMK Astana. Atas faktor pengangkutan, semua pelajar asrama telah dipindahkan ke SMK Pelindung. Pelajar ini merupakan aset yang sekiranya digilap dengan betul, akan meningkatkan kecemerlangan sekolah. Tahun ini merupakan tahun yang mendebarkan kerana calon SPM yang pertama akan menduduki peperiksaan pada bulan November nanti. Kejayaan mereka akan menjadi TOV atau titik mula sekolah untuk terus cemerlang. Saya percaya , berkat usaha guru-guru, pelajar dan ibu bapa, kejayaan pasti diperolehi. Saya sangat berharap agar saya dapat bertugas lebih lama di SMK Pelindung supaya semua program yang dirancang dapat dilaksanakan sepenuhnya . Kepada semua warga sekolah, terima kasih atas segala kerjasama yang telah diberikan untuk membangunkan sekolah. Harapan saya adalah dapat memimpin dan mendidik dengan kaedah yang terbaik secara berpasukan dan bersepadu agar hasil kecemerlangan nanti tidak hanya dalam bidang tertentu sahaja malah kecemerlangan dilihat sebagai aspek menyeluruh sebuah organisasi yang dipimpin iaitu SMK Pelindung. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from felda bukit goh - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |