felda tun ghafar - Google Blog Search
Posted by Tanpa Nama
felda tun ghafar - Google Blog Search |
Blog Felda: <b>felda tun ghafar</b> - Google Blog Search Posted: 18 Dec 2010 12:00 AM PST 28 November 2010 Makan kenduri di Felda Tun Ghafar Baba, Bukit Percha, Melaka + Melawat nenek di Padang Kemunting + Makan seafood di Pangkalan Balak Pakcik Aris yang merupakan adik kepada arwah ayah Mawar menyambut ketibaan kami dengan gembira. Majlis yang dibuat secara sederhana amat meriah dengan kehadiran tetamu dikejutkan tiba-tiba oleh hujan yang turun agak lebat, nasib baik keta belum basuh lagi. Setelah hujan berenti maka bermulalah perarakan pengantin untuk bersanding. Kami tak adalah tunggu nak menepung tawar kerana mak ajak kami melawat nenek Mawar di Padang Kemunting. Perjalanan ke sana lebih kurang 45 minit. Salah seorang bujang nenek (anak buah) iaitu Ikhwan yang berusia hampir 3 tahun telah berpindah masuk kereta aku. Anak buah aku yang sorang ni lasak. Melompat-lompat dalam kereta. Ha, ha, ha, nanti anak aku tak tau la pulak macam mana nanti. Oleh sebab masa kenduri tadi dia tak makan sangat dan susu botol pun tak sempat minum habih semua jajan hadiah kenduri dia makan. Dah kenyang mula dia start mamai dan tertidur. Rombongan kereta Perdana (abang ipaq), Alza (adik ipaq) dan Wira (aku) akhirnya tiba di rumah nenek Mawar yang bernama Jemaah (betui nama tu bukan main2). Rumah nenek menghadap ke laut. Sebelah rumah dia tu ada tapak camping pengakap yang selalu digunakan untuk camping pengakap pada masa2 tertentu. Rumah nenek ni ada banyak bela haiwan peliharaan seperti ayam, merak, itik, burung merbuk, kucin, pendek kata sangat meriah. Belakang rumah dia pulak ada surau yang dia bina untuk memudahkan sesiapa yang bertandang untuk solat dan rehat. Surau dia buat tu aku rasa boleh memuatkan 150 jemaah tak termasuk tingkat atas yang masih dalam kerja-kerja pembinaan. Setelah bersalaman dan berbual dengan nenek tibalah masanya untuk bujang-bujang nenek mandi laut dan main pasir. Dak An masa turun keta dah siap pakai baju mandi. Kami pun duduklah di tepi pantai sambil melayan kerenah anak-anak buah. Sebilangan rakyat Malaysia SANGAT BODOH. Ketika mula-mula sampai di pantai ada sekumpulan remaja Melayu perempuan sedang mengemas khemah dan barangan mereka yang lain ke dalam kereta Kancil mereka. Aktiviti budak2 tu tak lah aku pedulikan kerana takut disalah erti sebagai gatal atau mengintai mereka. Dalam sibuk2 melayan bujang-bujang nenek main pasir, tak sedar budak2 tadi telah lama berlalu dengan timbunan sampah yang ditinggalkan di tempat mereka berkhemah tadi walaupun ada tong sampah yang disediakan. Tak hairanlah macam2 wabak yang pelik melanda kita kerana pengotornya sebilangan orang kita yang sepatutnya mencintai kebersihan yang dituntut oleh ajaran agama kita. Dulu pergi mandi air terjun dekat Bukit Putus, pampers budak pun ditinggal atas batu walaupun tong sampah ada merata2. Nak kata orang buta, mustahil sebab orang buta kalau nak buang pun sampah pun akan mencari tong sampah. Setelah bersalaman dengan nenek kami pun menuju pula ke Pangkalan Balak, makan seafood yang Kak Yati belanja (terima kasih!). Banyak sungguh yang diorder, ikan pari bakar, ikan kembung bakar, kupang goreng, sotong celup tepung (bukan main liat nak mengunyahnya, sampai hari ni rahang kiri sakit), tomyam, otak2. Tapi sebelum makan tu teman Dak An tengok nelayan pasang enjin bot yang jenis sangkut tu. Lepas makan dan salam2 kami pun berangkat pulang menuju ke haluan masing2. Alza (some says Toyota Passo Sette, sette in Italian means seven) ke Kelang, Perdana (some says Mitsubishi Eterna) ke Petaling Jaya dan Wira (some says Mitsubishi Evo II @ III) ke Bukit Galena. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from felda tun ghafar - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |