{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda sungai koyan - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda sungai koyan - Google Blog Search


Blog Felda: <b>felda sungai koyan</b> - Google Blog Search

Posted: 21 Jul 2011 01:37 PM PDT

disini tiada wordless wednesday..disini hundredwords wednesday..boley??

hari ni rasa macam nak menyelusuri kenangan di zaman cinta monyet zaman membesar dan bersekolah masa kecik2 dulu.dimana lagi kalau bukan di Felda Sungai Koyan, salah satu daerah dalam Kuala Lipis, Pahang.

Sungai Koyan tu bukanlah kampung saya yang sebenarnya. tapi bolehlah dikatakan seperti kampung sendiri sebab pernah membesar dan bersekolah disana sejak dari usia 9 tahun lagi.  kiranya kalau orang sebut sungai koyan jer, mesti terperasan sekejap! tehehe..

Tapi bumi Sg. Koyan dah lama ditinggalkan sejak dari tahun 1998 lagi, sebab abah yang mintak tukar ke Selangor dengan alasan dekat dengan kampung dan saudara-mara disekitar Perak & Selangor. walaubagaimanapun, merasalah kami adik-beradik bersekolah dan membesar di bumi Pahang selama 12 tahun. dan bertambah lagi seorang adik masa di sana. (^__^)"

walau berpindah-randah banyak tempat, Sg koyan tetap dihati kami adik-beradik. sebab banyak sangat kenangan manis kami disana. lebih2 lagi bagi adik perempuan saya yang sempatl menghabiskan persekolahannya dari tadika sehingga tingkatan 5  berbeza saya dan adik2 lelaki yang lain yang terpaksa lompat2 sekolah..haishhh! 

Apa yang bestnya duduk Sg. Koyan? 

selain ramai kawan ramai peminat

yang rapat dan sehingga kini masih berhubung antara satu sama lain, hubungan antara jiran2 adalah sangat best! walaupun kami duduk dalam kawasan perumahan kilang sawit, tapi kalangan jiran2 peneroka felda adalah tersangatlah mesra alam. setiap kali kenduri kendara, mak dan abah pasti melibatkan diri.

setiap kali hari raya, ramai jiran2 dan kawan2 yang datang bertandang termasuklah bakal menantu mak tak jadi dan terasa kemeriahannya. adik2 yang lelaki sudah semestinya tak melepaskan peluang beraya ke rumah Chef Wan sebab nak kutip duit raya.

saya & the geng , ambik peluang pusing seluruh koyan 1,2,3 beraya dari pagi sampai petang, kalau tak naik basikal, naik motor merempit ramai2..hoho!

dan setiap kali raya, pasti kami sekeluarga akan merindui saat2 manis beraya di Sg. Koyan. +__+"

cinta monyet? err..errr..semua dah jadi sejarah

 setelah lebih 10 tahun ditinggalkan,

inilah rumah yang banyak menyimpan 1001 kenangan keluarga kami

dah macam rumah kongsi pun ada

kalau dulu, rumah inilah yg selalu jadi juara kecantikan kawasan rumah.

Yang tak best di Sg. Koyan?

dah namanya pun felda..jaaaaaaaaaaaaaaaaaaauhlah ke dalam. nak masuk, kena jumpa kelapa sawit kiri-kanan depan belakang. 

dulu2 mana ada kereta sendiri, nak keluar ke Bandar Raub pun dah ambik masa sampai 1-2 jam kalau naik bas.memang hazab lah!

jadi, bila ada hal yang betul2 penting jer baru kami ke bandar..kalau sajer2..kirim salam lah jawabnya.

tapi rasanya sekarang lagi senang. bas ekspress dari KL ke Sg. Koyan pun dah ada. kalau tak silaplah!

ditambah lagi dengan adanya jalan baru melalui perkampungan asli Pos Betau dari Sg. Koyan ke Cameron Highland yang hanya memakan masa selama 45 minit - 1 jam. 

tiba2 rasa macam nak pindah balik ke Sg. Koyan sekarang jugak! :P

errr..ada sapa2 ke kat sini orang sungai koyan??


terima kasih kerana berkongsi rasa di N3 ini ~MDT~

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat