{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Harian Metro: BeritaUtama

Posted by Tanpa Nama

Harian Metro: BeritaUtama


TERHIDU BAU WANGI

Posted:

"Mak tulis ya, biar tak lupa, nanti akak sendiri yang akan ceritakan. Tapi kalau umur akak tak panjang, emak ceritakanlah bagi pihak akak."

Itu antara permintaan terakhir Siti Hajar Ahmad Sabir, 20, pelajar Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM) yang bertarung nyawa selama dua minggu di Hospital Melaka selepas terbabit dalam kemalangan di Solok Duku, Masjid Tanah, di sini, 6 Januari lalu, kepada ibunya, Noraini Che Mat, 46.


Kisah kecekalan Siti Hajar yang menghembuskan nafas terakhir pada jam 9.20 pagi, 20 Januari lalu, menarik perhatian ramai apabila rentetan pengalaman hari-hari terakhir arwah tersebar di laman sosial Facebook selain turut dikongsi menerusi blog dan forum di Internet.

Noraini berkata, kisah hari-hari terakhir arwah pada asalnya adalah kandungan SMS diberikannya kepada rakan Siti Hajar, Nur Nadia Zakaria, 22.


Menurutnya, ia kemudian dimuat naik ke blog milik Nur Nadia untuk dikongsi bersama rakan lain.


"Disebabkan arwah dimasukkan ke wad rawatan rapi (ICU), tidak ramai dapat menziarahinya, sebab itu saya berkongsi keadaan Siti Hajar setiap hari dengan Nadia.

"Malah, arwah sendiri mahu pengalamannya yang menerima bantuan Allah sepanjang terlantar di hospital dikongsi bersama orang lain kerana baginya itu dakwah terakhir yang dapat disampaikan sebelum meninggal dunia," katanya ketika ditemui di rumah bapanya, di sini, semalam.


Siti Hajar terbabit dalam kemalangan pada 6 Januari lalu apabila kereta Perodua Myvi yang dinaiki mangsa ketika dalam perjalanan pulang ke UTeM dari rumah datuknya, Ab Jamal Kudus, 68, di Ramuan China Kechil, Lubuk China terbabas.

Kemalangan itu mengakibatkan Siti Hajar patah kaki kiri dan berisiko lumpuh selepas tulang belakangnya retak dan saraf tunjangnya cedera. Turut bersamanya di dalam kenderaan itu ialah tiga rakan sebayanya iaitu Wan Norsolehah Gaberan yang memandu, Azizue Hasnie Abd Zubair, parah manakala seorang lagi, Tasnim Kamardin @ Kamaruddin cedera ringan.


Noraini berkata, sepanjang dirawat di hospital, Siti Hajar yang juga anak sulung daripada tujuh beradik tidak pernah menyesali nasib menimpanya, sebaliknya menganggap setiap yang berlaku sebagai nikmat daripada Allah SWT.


Dia berkata, minggu pertama selepas kemalangan arwah menunjukkan tindak balas positif dan ditempatkan di wad biasa selepas keadaannya semakin stabil.


"Apabila dia semakin sihat saya terangkan keadaan kesihatannya yang akan lumpuh sementara kerana saraf tunjangnya cedera, tiada air mata setitis pun keluar sebaliknya arwah cukup tenang dan reda.


"Namun, masuk minggu kedua, keadaan kesihatannya makin merosot kerana beberapa organ gagal berfungsi akibat kecederaan saraf tunjang, namun tidak sedikit pun dia mengeluh, sebaliknya reda dengan apa yang berlaku," katanya.


Arwah turut beberapa kali memberikan petanda akan meninggalkan mereka sekeluarga seperti terhidu bau wangi dan mendengar seruan seakan-akan memanggil namanya.


Noraini berkata, pada 19 Januari lalu keadaan arwah semakin kritikal apabila disahkan ususnya bocor, buah pinggang tidak berfungsi dan paru-parunya dijangkiti kuman.


"Keesokan hari tepat jam 9.20 pagi Siti Hajar menghembuskan nafas terakhir di dalam dakapan saya dan suami, Ahmad Sabir Ibrahim, 48," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/28

Mati tercampak dari pangkuan

Posted:

Luluh hati seorang ibu apabila menyedari anak perempuan dipangku maut apabila terlepas dari pegangan sebelum tercampak ke tengah lebuh raya, sebaik kereta dipandu suaminya hilang kawalan lalu terbabas di Kilometer 228.6, Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah selatan, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 10.15 pagi itu, kanak-kanak berkenaan, Nor Syaqilah Abu Hashim, satu tahun lima bulan, maut akibat parah di kepala di Hospital Alor Gajah. Menurut Abu Hashim Murtaza, 42, selain Nor Syaqilah, dia bersama isteri, Norzaifa Sarifuddin, 27, seorang anak perempuan, Normila Liyana, 6, adik perempuan, Namrah, 29, serta abangnya, Amiruddin, 47, menaiki Honda CRV dipandu dalam perjalanan dari Pasar Borong Serdang menuju ke rumah kongsi di Ayer Keroh, Melaka. "Kami membeli barang persiapan mengadakan majlis sambutan Maulidur Rasul di rumah kongsi berkenaan untuk malam ini (semalam). "Sepanjang perjalanan, saya membuka tingkap kereta tidak mahu bau bahan mentah dibeli seperti ikan dan ayam memerangkap udara dalam kereta sehingga menimbulkan rasa kurang enak penumpang," katanya ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Tampin, di sini, semalam. Katanya, dia memandu di lorong tengah dan ketika asyik berborak dengan isteri, tayar kanan belakang kereta meletup menyebabkannya gagal mengawal stereng lalu melanggar penghadang besi kiri lebuh raya. "Dalam keadaan cemas, kami dikejutkan raungan isteri yang menyedari Syaqilah tiada dalam pangkuannya.


"Sebaik kereta berhenti, dia (isteri) berlari ke tengah jalan dan mendapati Syaqilah terbaring atas jalan dalam keadaan telinga berlumuran darah dan tidak bergerak. Mujurlah ketika itu tiada kenderaan melalui lebuh raya," katanya. Abu Hashim berkata, orang awam menghubungi talian kecemasan sebelum 15 minit kemudian ambulans tiba membawa anaknya ke Hospital Alor Gajah dan disahkan meninggal dunia jam 11 pagi. Bagaimanapun, Syaqilah dibawa ke Hospital Tampin untuk dibedah siasat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rembau Deputi Superintendan Mizan Md Dom mengesahkan kejadian itu.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/28

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat