{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda tenggaroh - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda tenggaroh - Google Blog Search


Blog Felda: <b>felda tenggaroh</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Aug 2012 12:00 AM PDT

KUALA LUMPUR  — Kira-kira 5,000 peneroka Felda Tenggaroh, Johor dan masyarakat di sekitarnya bakal merasai limpahan pembangunan apabila Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) membangunkan kawasan tersebut menjadi bandar moden menjelang 2014.

Felda telah mengenal pasti industri pelancongan dan makanan halal sebagai pemacu utama kegiatan ekonomi di Felda Tenggaroh yang terletak 15 km dari Tanjung Leman yang telah menjadi tumpuan pelancong dan 50 km dari Mersing.

Pembangunan di Felda Tenggaroh telah memasuki fasa kedua pada bulan ini dengan penambahbaikan yang akan dilakukan terhadap program yang dikenal pasti dalam fasa pertama seperti perikanan, penternakan dan inap desa supaya mencapai skala ekonomi, kata Pengarah Inovasi dan Pembangunan Generasi Baharu Felda Abdul Malek Jalil kepada Bernama dalam satu temubual baru-baru ini.

Melalui fasa kedua, Abdul Malek berkata pihaknya bercadang menambah bilangan pengusaha inap desa kepada 50 berbanding 16 sekarang selain menambah jumlah pengusaha ternakan ikan air tawar, kambing dan lembu serta memperkenal ternakan burung puyuh.

Katanya industri pelancongan dilihat berpotensi besar untuk dimajukan di kawasan berkenaan bagi memenuhi permintaan penginapan pengunjung dalam dan luar negara yang berkunjung ke Tanjung Leman, terutamanya pada hujung minggu.

Dalam bidang pertanian, beliau berkata pihaknya dijangka menandatangani satu perjanjian dengan KFC Holdings melalui Ayamas Food Corporation Sdn Bhd untuk mengadakan perladangan kontrak selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.

"Untuk peringkat pertama (kerjasama dengan KFC Holdings), kita akan melatih sekurang-kurangnya 10 orang penternak ayam dalam masa enam hingga 12 bulan, bergantung kepada kemampuan mereka."

"Selepas mereka keluar, mereka boleh menternak ayam yang mana 70 peratus daripada hasil ternakan itu akan dijual kepada KFC Holdings manakala yang selebihnya terpulang kepada pengusaha untuk menjualkannya," katanya.

Antara projek lain, Abdul Malek berkata pihaknya juga sedang berbincang dengan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) bagi mewujudkan program kimpalan yang bertujuan untuk melatih generasi baru di Felda Tenggaroh dengan kemahiran berkenaan.

Selain itu, Felda turut merancang untuk mengadakan kemudahan WiFi di Felda Tenggaroh sebelum akhir tahun ini untuk meningkatkan perhubungan di kawasan berkenaan, katanya.

Katanya Felda juga bekerjasama dengan Agrobank dalam menyediakan bantuan khidmat nasihat kepada pengusaha-pengusaha di Felda Tenggaroh.

"Kita nak bangunkan perusahaan yang sedia ada kerana lebih mudah untuk diketengahkan berbanding perniagaan baharu," katanya.

Abdul Malek berkata segala usaha berkenaan adalah selaras dengan matlamat Felda untuk membandarkan Felda Tenggaroh menjadi bandar baharu kerana lokasinya yang terletak berdekatan dengan kawasan pelancongan iaitu Tanjung Leman dan Mersing.

"Apa yang cuba kita buat bukan sahaja untuk membangunkan usahawan di situ tetapi juga menyediakan industri yang akan memacu ekonomi bandar baharu yang akan dibangunkan di Felda Tenggaroh nanti," katanya.

Beliau berkata pihaknya sedang berbincang dengan kerajaan negeri Johor dan Jabatan Kerja Raya untuk meningkatkan kemudahan infrastruktur di kawasan tersebut selaras dengan usaha tersebut.

Fasa kedua, katanya dijangka mengambil tempoh kurang setahun dan selepas itu disambungkan dengan fasa ketiga yang merupakan fasa terakhir dan akan menfokus kepada pembangunan bandar.

Mengulas mengenai fasa pertama yang bermula dari Ogos tahun lepas hingga Julai tahun ini, beliau berkata ia telah mengenal pasti dan menyediakan keperluan asas industri.

Abdul Malek berkata pembangunan di kawasan Felda Tenggaroh yang terletak di dalam Wilayah Johor Bahru, akan menjadi perintis sebelum diperluaskan ke wilayah-wilayah lain seperti Wilayah Segamat di Johor, Mempaga dan Jengka di Pahang, Terengganu, Gua Musang di Kelantan, Raja Alias di Negeri Sembilan dan Felda Sahabat di Sabah.

– BERNAMA



Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat