Harian Metro: BeritaUtama
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: BeritaUtama |
Bomoh 'Panji Langit' dituduh miliki senjata Posted: Jasin: Seorang bomoh yang disyaki terbabit dalam ajaran sesat 'Panji Langit' dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tuduhan memiliki senjata api tiruan dan senjata berbahaya di sekitar daerah ini, tiga minggu lalu. Mohd Jaffar Robani, 46, dari Asahan bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan itu dan memohon dibicarakan.
Terdahulu, tertuduh yang berpakaian gelap dan berkopiah kelihatan tenang ketika pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di depan Majistret Siti Suriatey Mohamed Yusoff. Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa memiliki senjata berbahaya iaitu 29 pedang, 11 parang, tiga pisau graviti dan sebilah lembing di sebuah rumah di Kampung Chabau di sini, kira-kira jam 4.30 petang, 5 Januari lau.
Justeru, dia melakukan kesalahan mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjatapi 1960 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda tidak lebih RM5,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Badariah Yusof manakala tertuduh diwakili peguam bela Suhaidi Zakaria. Siti Suriatey membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 bagi kedua-dua pertuduhan itu. Sebutan semula kes ditetapkan pada 4 Mac depan. Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/29 |
Posted: "Saya memang bimbang dengan perlakuannya yang hiperaktif. "Tetapi, saya tidak menyangka anak tunggal kesayangan yang diletakkan di rumah pengasuh sejak Mei tahun lalu itu akan meninggal dunia dengan cara sebegitu," kata Siti Nur Jannah Azman, 24. Beliau mengulas mengenai anaknya Muhamad Adam Zafuan, 6, yang maut selepas terjatuh dari tingkat tujuh Apartmen Sutra Mas, Puchong Jaya, di sini, semalam.
Difahamkan, kanak-kanak berkenaan yang hiperaktif memanjat pagar balkoni rumah pengasuhnya di tingkat tujuh setinggi lebih satu meter sebelum terjatuh.
"Sebelum kejadian, ibu saya menghantar Adam ke rumah pengasuhnya itu jam 9 pagi sebelum dikejutkan dengan kejadian berkenaan setengah jam kemudian.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Abd Razak Elias mengesahkan menerima laporan kejadian dan kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |