Harian Metro: BeritaUtama
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: BeritaUtama |
Premis pengedar minuman mengandungi racun diserbu Posted: KUALA LUMPUR: Dua premis pengedar minuman 'tunjuk langit' yang mengandungi racun dimethinsildenafil diserbu pagi tadi. Serbuan jam 10 pagi oleh Bahagian Penguatkuasa Farmasi Kuala Lumpur di Bandar Sri Permaisuri dan Pelabuhan Klang itu berjaya merampas tiga jenis produk bernilai hampir RM1 juta. Produk berkenaan dikatakan lebih berbahaya kerana kandungan racun yang ditemui dalam produk itu sudah diubahsuai daripada molekul asal racun sildenafil. Rampasan produk yang mengandungi kandungan racun di Bandar Sri Permaisuri. FOTO Hamidi Samsudin |
Posted: Bachok: Seorang wanita hanya mampu merintih hiba apabila mayat anaknya berusia lapan tahun ditemui dalam tali air di Kampung Mak Limpah di sini, 10 minit selepas dia dan suami tiba dari Pelabuhan Klang, Selangor, semalam. Dalam kejadian jam 6.30 petang kelmarin, Mohd Alif Amirul Hafiz Zamara, 8, terjatuh ke dalam tali air berkenaan selepas tergelincir dari jambatan ketika pulang dari kelas mengaji bersama sepupunya, Nik Najwa Nik Azli, 11, dan Nik Azurayanti Nik Azli, 10. Mayat murid tahun dua Sekolah Kebangsaan Pak Badol itu ditemui kira-kira 500 meter dari tempat dia jatuh pada jam 3.45 pagi, selepas lebih sembilan jam usaha mencari dan menyelamat dilakukan anggota bomba dan polis dengan bantuan penduduk kampung. Anak sulung daripada tiga beradik itu dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk pengesahan kematian sebelum dituntut ahli keluarganya untuk dikebumikan. BAPA saudara mendukung jenazah Mohd Alif keluar dari rumat mayat.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/31 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |