Harian Metro: BeritaUtama
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: BeritaUtama |
Temui mayat disyaki William Yau Posted: KLANG: Berdasarkan pakaian yang dicam ahli keluarga, mayat budak lelaki yang dijumpai di Sungai Sireh, Pelabuhan Klang, lewat petang semalam disyaki William Yau Zhen Zhong, 6, yang dilaporkan hilang pada 16 Januari lalu. Menurut sumber Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, kira-kira jam 12.30 malam tadi, ahli keluarga mangsa telah membuat pengecaman ke atas mayat kanak-kanak yang ditemui tersangkut di tepi bot berhampiran jeti Sungai Sireh di depan flat Sri Perantau itu. Katanya, berdasarkan pengecaman ahli keluarga terbabit, kanak-kanak terbabit memakai seluar dalam sama seperti seluar dalam yang dipakai William Yau pada hari kehilangannya. Bagaimanapun, usaha wartawan Harian Metro untuk menemubual ahli keluarga mangsa terbabit gagal kerana difahamkan mereka masuk dan keluar melalui pintu belakang rumah mayat HTAR.
"Berdasarkan siasatan awal, polis tidak dapat kenal pasti identiti mangsa untuk dibuat pengecaman berikutan mayat dipercayai sudah lama berada di laut. "Ketika dijumpai, mayat berkenaan lengkap berpakaian iaitu kemeja-T berwarna oren kekuning-kuningan dan seluar pendek," katanya di sini, semalam. Difahamkan, kemeja T berkolar bulat itu bertulis perkataan `Active Group' dan `Best Team'. Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke rumah mayat Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, untuk dibedah siasat yang dijangka dilakukan pagi esok. "Kita tidak menolak kemungkinan ujian DNA akan dilakukan bagi mengenal pasti identiti mangsa. Tiada sebarang kesan perbuatan jenayah pada mayat berkenaan dan berdasarkan keadaan fizikalnya, kita percaya mangsa adalah warga tempatan," katanya. William Yau dilaporkan hilang pada 16 Januari lalu selepas keluar dari kenderaan untuk mencari ibu bapanya ketika singgah di kedai alatan elektronik di Jalan Putra Mahkota, Putra Heights Subang Jaya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/25 |
Posted: Kuala Lumpur: Tidak tahan wang simpanannya sering dilesapkan suami yang suka berjudi, seorang wanita terpaksa menyorokkan wang hasil pendapatannya menjual nasi lemak dengan mengorek lubang dan menanam tin berisi wang di dalam rumahnya. Wanita itu yang hanya mahu dikenali sebagai Mashitah, 42, berkata, hasil kegigihan dan sikap jimat cermatnya selama dua tahun, dia berjaya menyimpan RM42,000. Menurutnya, tindakan menanam wang simpanan dalam tanah ikhtiar terakhirnya bagi memastikan wang miliknya tidak diambil suami yang ketagih bermain judi mesin kuda. "Dia mengambil duit saya kerana setiap bulan semua gajinya sebagai penjawat awam habis digunakan untuk membayar hutang akibat berjudi. MASHITAH (kanan) menceritakan masalahnya kepada Khairul Anwar dan Nur Hafidzah.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/25 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |