{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda semenchu - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda semenchu - Google Blog Search


18 lelaki ditahan berhubung kematian Ketua Wanita UMNO <b>Felda</b> <b>...</b>

Posted: 04 Mar 2014 04:55 AM PST

JOHOR BAHRU – Polis Johor menahan 18 lelaki bagi membantu siasatan kes pembunuhan Ketua Wanita UMNO Cawangan Felda Semenchu, Kota Tinggi, Zalifah Jamaluddin pada 28 Februari lepas.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, kesemua lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan pembunuhan wanita berusia 68 tahun itu merupakan penduduk tempatan dan penagih dadah.

"Setakat ini, pihak polis telah menahan 18 orang  yang kesemuanya merupakan penagih dadah bagi membantu siasatan pembunuhan wanita itu," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di hari ini.

Menurut beliau, siasatan pembunuhan Ketua Wanita UMNO Cawangan Felda Semenchu itu dikendalikan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Senior Asisten Komisioner Datuk Hashnan Hassan.

"Beliau (Hashnan) sedang berusaha untuk menyelesaikan kes pembunuhan itu," kata Mohd Mokhtar.

Ketua Wanita UMNO Cawangan Felda Semenchu itu ditemui mati selepas dipercayai disamun di rumahnya di Blok 2, Felda Semenchu.

Mayat Zalifah yang juga merupakan seorang penjual kain itu ditemui seorang anak lelakinya yang datang ke rumah tersebut pada pukul 12.20 tengah hari.

Anak lelaki mangsa yang berumur dalam lingkungan 40 tahun mendapati pintu rumah itu terbuka dan keadaan dalam rumah berselerak, sebelum menemui ibunya di dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam bilik tidur. – Bernama

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat