{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda chuping - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda chuping - Google Blog Search


Blog Felda: <b>felda chuping</b> - Google Blog Search

Posted: 24 Aug 2010 12:00 AM PDT

Kategori Berita Lain

PM Setuju Pembangunan Bandar Felda Chuping -Dr. Md Isa

KANGAR, 24 Ogos – Sebuah bandar baru bakal diwujudkan di kawasan
ladang tebu Chuping dan komponen pembangunannya sedang diteliti, kata Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu.

Beliau berkata, kerajaan negeri telah mengenal pasti kawasan seluas kira-kira 800 hektar untuk dimajukan sebagai bandar baru dan cadangan itu juga telah dikemukakan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang melawat Perlis pada Jumaat lepas.

Bercakap kepada pemberita di pejabatnya hari ini, Md Isa berkata, Perdana Menteri telah bersetuju dengan rancangan pembangunan di tanah milik Felda itu dan bersedia menimbang peruntukan untuk memajukannya dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10).

Beliau berkata, antara komponen pembangunan yang dicadangkan di kawasan bandar baru yang terletak tidak jauh dari Padang Besar itu ialah perumahan, industri, perniagaan dan rekreasi.

"Perdana Menteri akan melawat Perlis Disember ini, yang antara lain (ialah) untuk melihat perkembangan cadangan memajukan kawasan itu," katanya.

Md Isa berkata, pembinaan bandar baru itu tidak akan melenyapkan industri gula di Perlis kerana kilang memproses bahan keperluan itu, yang terletak di kawasan berhampiran, akan terus beroperasi.

Mengenai nama bandar baru yang bakal diwujudkan itu, beliau berkata, setakat ini, kerajaan negeri belum mempunyai sebarang cadangan.

Bagaimanapun, cadangan pembangunan bandar baru itu akan dikemukakan kepada Perdana Menteri dalam tempoh terdekat, katanya.

Sebelum itu, Md Isa menyerahkan sumbangan zakat Koperasi Permodalan Felda Berhad berjumlah RM218,000 dan Felda Holding Sdn Bhd sebanyak RM6,800 kepada Baitulmal Perlis.

Hadir sama pengerusi Baitulmal Perlis Datuk Abu Bakar Ahmad yang menerima sumbangan zakat itu, pengarahnya Sokri Hussin serta pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis Malik Hussin. -Bernama

Berita Bertarikh Pada 25 August 2010 7:29 AM

2 Responses so far.

  1. Tanpa Nama says:

    These tips can help you find a home you love living in. Make
    sure to catch the video on the description below or go ahead
    and choose one of them. You can consider getting out of an apartment and into a house accident lawyer for a cheaper down payment.
    Using a home equity loan it's only going to pay as we keep
    going. Because they're cheaper And we have done many videos or articles that
    says," Go to a bank, they're going to do is get a list of these properties available in the area.

    Here is my blog post: defense attorney

  2. Cleide says:

    I loved the article, and also the blog!
    Congratulations!

Leave a Reply

Raja Alias

G. Musang

J. Bahru

Terengganu

A. Setar