felda tersang - Google Blog Search
Posted by Tanpa Nama
felda tersang - Google Blog Search |
Srikandi Futsal <b>Felda Tersang</b> 03 makin digeruni. | Dunia Futsal <b>...</b> Posted: 06 Jan 2013 03:13 PM PST Posted on 06 January 2013. Pasukan ini gigih berusaha untuk mencapai matlamat pasukan mereka, walaupun merupakan orang baru dalam dunia futsal ini. Pasukan ini ditubuhkan pada awal tahun 2007, pada awalnya terdiri daripada 10 orang pemain dan berlaku pengurangan serta penambahan pemain, yang kekal hanya 4 orang pemain lama dan 2 orang masih baru dalam pasukan mereka. Walaupun terdapat 2 orang pemain baru, akan tetapi mereka cepat serasi dan faham antara satu sama lain. Dunia Futsal diberitahu bahawa keserasian antara mereka terjalin sewaktu latihan kerana dalam kalangan mereka tidak pernah tercicir daripada menjalani latihan kecuali adanya masalah peribadi yang tidak dapat dielakan. Keserasian mereka juga terhasil dengan displin semasa latihan serta fokus semasa menjalani latihan. Dunia Futsal juga difahamkan penubuhan pasukan futsal wanita Felda Tersang 03 ini juga bertujuan untuk memupuk silaturrahim di antara anak-anak Felda khususnya wanita, disamping ingin melahirkan pemain-pemain yang mampu berbakti kepada negeri dan negara. Pasukan wanita Felda Tersang 03 seharusnya menjadi contoh kepada kepada belia-belia wanita mahupun lelaki di sekitar Pahang untuk aktif di dalam sukan khususnya sukan Futsal, ini kerana disamping melahirkan belia-belia yang sihat, bersukan juga khususnya sukan futsal juga mampu untuk membina semangat perpaduan dikalangan belia-belia di sekitar Pahang. Bersukan juga khususnya sukan futsal ini juga mampu mengisi masa lapang belia-belia, ini secara tidak langsung boleh menggelakkan belia-belia daripada mengisi masa lapang dengan aktiviti yang tidak berfaedah dan memberi manfaat pada diri sendiri. Diharapkan selepas ini, banyak lagi pasukan-pasukan futsal wanita bakal muncul di sekitar negeri Pahang khusunya kawasan-kawasan Felda, ini juga demi kebaikkan belia-belia sendiri, di samping dapat membangunkan sukan futsal di negeri Pahang dan juga kebangsaan. Dunia Futsal sempat mengajukan beberapa soalan kepada salah seorang pemain pasukan ini yang selesa dengan panggilan Ateh atau Butang yang sedang menutut di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Antara soalan yang diajukan adalah mengenai kekerapan mereka melakukan latihan berpasukan. Mereka memaklumkan Dunia Futsal bahawa mereka menjalani latihan sebanyak tiga kali seminggu selama dua jam pada waktu petang. Selain itu, pasukan ini sering membuat perlawanan persahabatan dengan pasukan wanita lain sebanyak 2 kali seminggu iaitu pada petang ahad dan rabu malam. Butang juga memaklumkan pada Dunia Futsal perancangan pasukan iaitu mereka akan berusaha akan menjadi pasukan 'TOP 1' dalam Daerah Raub serta di daerah-daerah yang berhampiran, malah Dunia Futsal kagum dengan semangat mereka mempunyai keyakinan menjadi juara setiap pertandingan yang disertai. Pasukan ini berpegangan kepada satu perkataan iaitu "VOLLSTANDIG" bermaksud Bentuk Suci Sempurna. Setiap pergerakan mereka dalam permainan membentuk satu bentuk yang sempurna dalam mencapai hala tuju pasukan mereka. Dunia Futsal berasa bangga dengan wujudnya pasukan wanita seperti pasukan futsal wanita Felda Tersang 03 ini, semangat pasukan sebegini seharusnya di contohi oleh pasukan wanita futsal yang lain khususnya belia-belia wanita di Malaysia. Jika semangat sebegini ditunjukkan oleh pasukan-pasukan lain, ini secara tidak langsung dapat merancakkan lagi pembangunan sukan futsal di tanah air dan tidak mustahil satu hari nanti dapat bersaing dengan gergasi sukan futsal dunia. Nama pasukan: Felda Tersang 03 Nama jurulatih: Sayuti Bin Abu Bakar Nama pengurus: Norizah Binti Abd Hamid Nama pemain: 1). Nadrah Binti Hassan (Deqna) 2). Fatimatun Zaharah Binti Nor Hassim (Ateh @ Butang) 3). Noorasmida Binti Othman (Mieda) 4). Suhada Binti Ahmat (Arda) 5). Siti Zulaikha Binti Mohd Nor (Adeq) 6). Rosmaria Binti Hj. Wahid ( Maria) Fred | DF Sabah/Perak |
Blog Felda: <b>felda tersang</b> - Google Blog Search Posted: 10 Nov 2012 09:38 AM PST Inalillahi wainailaihi rojiun RAUB – Dua pengurus Felda Gugusan Tersang meninggal dunia selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka bertembung dengan jip Jabatan Perhutanan di Kilometer 327 Jalan Raub-Tersang kira-kira jam 1.30 tengah hari semalam. Kedua-dua mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang setelah menghadiri majlis sempena meraikan bakal haji di samping sambutan Aidilfitri dekat Felda Lurah Bilut. Pengurus Felda Tersang Dua, Abdul Rahim Mat Jabri, 50-an, mengalami kecederaan parah, tetapi sempat dibawa ke Klinik Kesihatan Tersang terlebih dahulu sebelum meninggal dunia di sana, sementara Pengurus Felda Tersang Tiga, Abd Jalil Jamaluddin, 40-an, meninggal dunia di tempat kejadian. Ketua Polis Daerah, Superintendan Wan Mohd Samsudin Wan Osman berkata, kenderaan dipandu Abdul Jalil bersama Abdul Rahim bertembung dengan jip dinaiki empat kakitangan Jabatan Perhutanan yang dalam perjalanan dari arah Tersang. Menurutnya, pertembungan dipercayai berlaku apabila kenderaan mangsa terbabas ke laluan bertentangan selepas melalui satu selekoh. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Dong, Datuk Shahiruddin Ab Moin yang tiba di pekarangan Rumah Mayat Hospital Raub ketika ditemui berkata, baru sahaja beberapa hari lalu beliau menemui mangsa dalam majlis keraian. Katanya, berita kematian diterimanya itu amat mengejutkan dan tidak diduga, tetapi beliau pasrah dengan ketentuan ALLAH. "Saya dimaklumkan Abd Rahim akan menunaikan ibadah haji pada pertengahan bulan ini, tetapi hasratnya tidak kesampaian. "Kedua-dua mangsa juga difahamkan baru pulang daripada majlis sempena meraikan bakal haji di samping Sambutan Aidilfitri dekat Felda Lurah Bilut," katanya. Beliau berharap keluarga kedua-dua mangsa tabah menghadapi dugaan itu dan dapat menempuhi hari mendatang dengan sabar. Jenazah kedua-dua mangsa akan dikebumikan di Johor sebaik sahaja selesai bedah siasat. Sementara itu, Penyelia Felda Tersang Dua, Mohd Izmi Deraman berkata, Abd Rahim seorang ketua berdedikasi dan komited terhadap sebarang tanggungjawab dipikulnya. Menurutnya, setiap program yang memerlukan kehadiran dan perhatiannya pasti akan cuba dilaksanakan sebaik mungkin. "Kami benar-benar kehilangan. Setiap ilmu serta pengalaman ketika bersamanya akan menjadi bekalan meneruskan amanah. "Diharapkan roh kedua-dua ketua berdedikasi ini mendapat rahmat ALLAH dan bersama golongan mukmin," katanya. Mohd Izmi berkata, lazimnya Abd Rahim akan memintanya memeriksa jadual aktiviti setiap hari dan memaklumkan semula untuk tindakan lanjut. Katanya, kali terakhir dia berhubung dengan ketuanya itu untuk memaklumkan program yang perlu dihadiri dekat Lurah Bilut. "Saya ada memeriksa jadual dan mengesahkan terdapat program pada hari ini (semalam), lalu menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk memaklumkannya. "Selalunya dia akan balas SMS saya walaupun pada sebelah malam, tetapi tidak pada malam tadi (kelmarin). Dia hanya senyap sehingga saya mendapat tahu mengenai kemalangan menimpanya," katanya. Sinar Harian yang tiba di pekarangan rumah mayat Hospital Raub mendapati ramai tetamu terdiri daripada pemimpin setempat menziarahi jenazah termasuk Pegawai Daerah, Datuk Ismail Mohd Ali; Pengarah Hospital Raub, Dr Kamariah Ghazali dan Adun Batu Talam. Turut hadir memberi penghormatan terakhir, Pengurus Besar Felda Wilayah Mempaga, Jahya Janal; Timbalan Pengurus Besar Felda Wilayah Mempaga, Amir Hamdan Yusof dan Ketua Pergerakan Wanita Umno Bahagian, Jariah Hashim. Al-Fatihah Sumber: |
You are subscribed to email updates from felda tersang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |