Harian Metro: BeritaUtama
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 07 Jan 2013 03:12 PM PST BINTANG bola sepak kelahiran Argentina, Lionel Messi, 25, dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Dunia buat kali keempat berturut-turut awal pagi tadi. Anugerah Ballon d'Or FIFA 2012 menjadi milik Messi selepas pemain Barcelona itu memecahkan rekod dengan menjaringkan 91 gol untuk kelab dan negaranya mengatasi legenda bola sepak Jerman, Gerd Muller yang menjaringkan 85 gol pada tahun 1972. Pemain Real Madrid dan Portugal, Cristiano Ronaldo berada di tempat kedua manakala rakan sepasukan Messi, Andres Iniesta di tempat ketiga. Dalam Majlis Anugerah FIFA yang diadakan di Zurich, Switzerland itu, Messi menerima 41.60 peratus undian mengatasi C.Ronaldo (23.68 peratus) dan Iniesta (10.91 peratus).
Senarai Pemenang |
Posted: 07 Jan 2013 03:12 PM PST Subang Jaya: "Saya lihat suami seperti ayam dicencang. Mana tidaknya, tempurung kepalanya terkoyak dan jari tangan serta kakinya putus," kata S Sumawari, 44, mengenai kecederaan suaminya, L Ganesh, 41, akibat ditetak dengan parang di sebuah kandang lembu di Batu 14, Puchong, di sini. Dalam kejadian jam 7 pagi kelmarin, Ganesh ditetak abang iparnya selepas suspek berusia 52 tahun itu berang dengan tindakannya membuang sampah berhampiran kandang lembu milik suspek. Sumawari berkata, ketika kejadian, dia berada di rumah sebelum anak saudara memberitahu suaminya cedera ditetak abangnya. "Saya bergegas ke tempat kejadian. Sebaik tiba, saya melihat suami terbaring berhampiran kandang lembu dalam keadaan berlumuran darah. JARI Ganesh yang ditetak.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/08 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |