{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda semenchu - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda semenchu - Google Blog Search


<b>felda semenchu</b> - Google Blog Search | Warga Felda

Posted: 12 Feb 2011 12:00 AM PST



GHANI Zainuddin dan Noraini Said menunjukkan mesin pembungkusan kopi di Felda Semenchu, Kota Tinggi, baru-baru ini.


KOTA TINGGI 11 Feb. - Kopi pracampuran merupakan antara minuman yang sentiasa mendapat sambutan di kalangan masyarakat hari ini kerana ia senang untuk disediakan di samping rasanya yang enak.

Perniagaan kopi pracampuran juga boleh diibaratkan seperti cendawan tumbuh selepas hujan dan pelbagai jenis minuman seumpama itu dijual di pasaran dengan bermacam-macam jenama.

Pada kebiasaannya masyarakat di negara ini lebih menggemari produk minuman berasaskan herba seperti misai kucing, mas cotek dan tongkat ali kerana ia dikatakan kaya dengan khasiat kesihatan.

Bagi mereka yang sudah biasa dengan kopi tongkat ali, mungkin akan terkejut apabila mendengar minuman kopi halia barli keluaran D'Semenchu Best Cafe kerana ia sesuatu yang baru diperkenalkan.

Pemilik D'Semenchu Best Cafe, Abdul Ghani Zainuddin, 70, berkata, dia mula mengusahakan produk berkenaan bersama isterinya, Noraini Said, 64, untuk pasaran sekitar Kota Tinggi bermula 2008 dengan memperkenalkan tiga jenis kopi pracampuran iaitu kopi halia, kopi barli dan kopi tongkat ali.

Katanya, sambutan terhadap ketiga-tiga produk keluaran syarikatnya itu adalah sangat memberangsangkan terutamanya kopi halia barli dan kopi barli kerana rasanya berbeza dengan kopi yang terdapat di pasaran semasa.

"Mungkin ada yang hairan dengan kopi pracampuran seperti ini kerana ia sesuatu yang baru dan belum pernah dikomersialkan sebelum ini.

"Kopi halia barli keluaran D'Semenchu Best Cafe adalah antara produk terlaris di pasaran kerana rasanya yang unik dan tidak terdapat di mana-mana kedai lain kecuali di Felda Semenchu," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Katanya, produk keluarannya itu menggunakan tiga bahan asas utama iaitu kopi, gula perang serta krimer dan diadun dengan ekstrak barli, halia serta tongkat ali.

Jelas Abdul Ghani, proses pembuatan dan campuran termasuk pembungkusan dilakukan sendiri kecuali biji kopi diambil daripada pengilang di Melaka.

"Biji kopi yang digunakan untuk penghasilan minuman ini didatangkan dari Brazil dan diproses di Melaka. Saya pernah mencuba biji kopi tempatan tetapi rasanya pahit dan tidak sesuai untuk digunakan.

''Setiap produk yang dikeluarkan mempunyai kelebihan masing-masing dan kopi keluaran D'Semenchu juga memiliki keunikan tersendiri kerana ia boleh membantu mengeluarkan angin berlebihan di dalam badan,'' katanya.

Minuman itu, kata Abdul Ghani, adalah sesuai untuk orang ramai termasuk wanita yang baru bersalin.

Tambahnya, kopi itu dibuat berdasarkan permintaan semasa bagi memastikan kualiti dan kesegarannya terjamin.

"Ia bergantung kepada permintaan dan sekali kopi ini diproses, ia dapat menghasilkan 1,000 kotak. Setiap kotak itu mengandungi 20 paket minuman," ujar Abdul Ghani.

Katanya lagi, sambutan terhadap produk itu adalah sangat baik dan sentiasa bertambah dari semasa ke semasa.

Permintaan tersebut pada mulanya datang dari sekitar Kota Tinggi dan Mersing sahaja tetapi kemudiannya bertambah hingga ke seluruh Semenanjung sehingga ke Perlis.

Rancang luaskan perniagaan ekoran sambutan baik

KOTA TINGGI 11 Feb. - D'Semenchu Best Cafe, pengeluar kopi pracampuran dari Felda Semenchu di sini merancang untuk meluaskan perniagaan pada masa depan berikutan sambutan yang sangat menggalakkan.

Pemiliknya, Abdul Ghani Zainuddin, 70, berkata, bagaimanapun ia masih di peringkat perancangan dan banyak perkara perlu dilakukan sebelum ia boleh dilaksanakan.

Katanya, cadangan itu adalah kesan daripada pertambahan permintaan terhadap tiga kopi keluaran syarikatnya iaitu kopi halia, kopi barli dan kopi tongkat ali yang kebanyakannya datang dari luar gugusan Felda Semenchu.

"Cadangan untuk meluaskan perniagaan ini memang ada sejak daripada dahulu lagi tetapi saya sedang mencari dana untuk tujuan itu selain memikirkan perkara berkaitan seperti cara untuk menjaga kualiti, pekerja dan sebagainya," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Abdul Ghani berkata, meskipun permintaan daripada masyarakat luar terhadap produk keluarannya sangat tinggi tetapi sambutan dari kalangan penduduk setempat adalah sangat kurang malah ada yang tidak mengenali produk itu.

Katanya, perkara itu berlaku kerana sudah menjadi lumrah orang tempatan lebih menggemari produk luar.

"Jika dilihat, kopi barli halia keluaran D'Semenchu Best Cafe secara umumnya sesuai untuk orang lepas bersalin kerana ia mampu membuang angin yang ada di dalam badan tetapi orang luar lebih tahu tentang hal ini.

"Mungkin juga produk keluaran D'Semenchu bukan sebuah jenama besar menjadikannya kurang mendapat sambutan. Bagaimanapun sambutan daripada masyarakat dari negeri lain seperti Melaka dan Terengganu adalah sangat baik," katanya.

Bagaimanapun, Abdul Ghani tetap melahirkan rasa syukur terhadap sambutan produk keluarannya itu dan berharap jualan produk itu akan terus meningkat pada masa akan datang dan pada masa sama dapat meluaskan rangkaian perniagaannya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat