{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: MukaDepan

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: MukaDepan


Nikmat kemakmuran

Posted: 29 Aug 2011 01:42 PM PDT

MukaDepan

Dua perayaan serentak sangat bererti kepada rakyat majmuk

KUALA LUMPUR: Sambutan Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan Ke-54 secara serentak pada tahun ini sewajarnya membawa makna serta pengertian yang mendalam kepada rakyat mengenai betapa besar kurniaan Allah kepada Malaysia, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, Allah memberi kemakmuran kepada rakyat Malaysia dan bebas daripada sebarang ketakutan serta kebimbangan keselamatan, di samping dapat meraikan hari kebesaran dalam suasana serba mencukupi dan dilimpahi keamanan serta kesejahteraan. Katanya, tahun ini ditakdirkan suatu yang unik dan tersendiri kerana rakyat Malaysia bertuah dapat menyambut gema Aidilfitri berselang sehari dengan ulang tahun sambutan kemerdekaan negara.

"Kedua-dua perayaan ini mempunyai signifikan besar kepada negara yang memiliki kemajmukan amat kompleks yang bukan saja wujud perbezaan dari segi etnik, malah dianyam indah dengan kepelbagaian agama, budaya, bahasa dan taraf sosio ekonomi.

"Pucuk pangkalnya, rakyat Malaysia yang berlainan agama, anutan serta kepercayaan ada banyak sebab untuk bersyukur dan berterima kasih. Hakikat bahawa Malaysia sudah dan sedang dirahmati nikmat keamanan dan kemakmuran tidak mampu disangkal oleh mana-mana pihak.

"Jelas sekali, kita ibarat sebuah oasis di tengah-tengah dunia berkecamuk yang sedang dilanda badai politik dan kegoncangan ekonomi yang bertali arus," katanya dalam perutusan khas Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan Ke-54, semalam.
Walaupun gergasi ekonomi dunia seperti Amerika Syarikat dan beberapa negara Kesatuan Eropah menghadapi krisis kewangan serius sehingga perlu diselamatkan, Najib berkata, hasil pengurusan berhemah dan cekap, Malaysia bukan saja mampu mengembangkan ekonomi serta mencipta peluang kerja baru, malah memberi setengah bulan bonus kepada 1.4 juta penjawat awam membabitkan perbelanjaan RM2 bilion menjelang dua sambutan itu.

Bagaimanapun, beliau berkata, negara tidak boleh sekali-kali dibuai dan berpuas hati dengan kejayaan itu, sebaliknya perlu bekerja keras melaksanakan pelbagai inisiatif untuk memastikan penciptaan kekayaan baru, pertumbuhan ekonomi berterusan serta mewujudkan pekerjaan berganjaran tinggi selaras kemahiran yang semakin meningkat, sekali gus membantu rakyat menangani kenaikan kos hidup.

Malah, sambil menegaskan matlamat tertinggi kerajaan untuk mendahulukan kebajikan seluruh rakyat, Najib berkata, melalui pembentangan Bajet 2012 pada awal Oktober depan, beliau akan mengumumkan langkah susulan lebih komprehensif bagi menangani masalah yang memberi kesan kepada isi keluarga berpendapatan rendah dan pertengahan.

Dalam pada itu, Najib meminta rakyat tidak sesekali melupakan pengorbanan pejuang kemerdekaan serta anggota pasukan keselamatan negara dari dulu hingga sekarang.

"Ingatlah, semuanya tidak terjelma sewenang-wenang atau kekal lestari jika bahtera keramat kemerdekaan Malaysia tercinta ini terbiar hanyut tidak dikemudi dengan tulus, tidak dihargai dan musnah tanpa dipelihara.

"Justeru, kita dengan ini menolak dan mengecam sekeras-kerasnya sebarang pernyataan dan usaha oleh mana-mana pihak yang ingin mempersenda atau memperlekeh pengorbanan mulia wira serta wirawati negara dan keluarga mereka. Kita kesal kerana mereka (pihak terbabit) mengagungkan Parti Komunis Malaya (PKM) yang anti-Tuhan, anti-agama dan antinasional," katanya yang menegaskan perpaduan nasional perlu terus dibajai dan diperkukuhkan.

Najib, isteri, anak dan seisi keluarga juga mengucapkan Selamat Hari Raya, memohon kemaafan zahir dan batin serta salam istimewa Hari Kemerdekaan dengan meminta rakyat bersatu sebagai sebuah keluarga besar Malaysia supaya dapat menjadi contoh kerukunan hidup kepada seantero dunia.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

aar

"Itulah Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia Al Malik, Al Quddus, As Salam, Al Mukmin, Al MUHAIMIN."(Al Hasyr:23). Maha Pemilik yang mempunyai kuasa mutlak atas makhlukNya kerana diciptanya. Maha bersih dari segala kekurangan pada Zat, Sifat & PerlakuanNya. Maha Memegang keselamatan seluruh alam. Maha Pemberi (Penjamin) Keamanan dan Keselamatan kpd semua makhlukNya. Maha Pemelihara yg sempurna.


'Setiap malam mak nangis fikir nasib along'

Posted: 29 Aug 2011 01:37 PM PDT

MukaDepan

  IBU   Marimar membaca surat yang dikirimkan dari Peru ketika ditemui di rumahnya    Bandar Baru Rinching, Selangor.

IBU Marimar membaca surat yang dikirimkan dari Peru ketika ditemui di rumahnya Bandar Baru Rinching, Selangor.

KAJANG: "Sampai bila nak duduk di negara orang... baliklah nak, setiap malam mak menangis memikirkan nasib Along di Peru yang jauh dari keluarga. Mak berharap sangat dapat berjumpa Along dalam masa terdekat dan kita sekeluarga berkumpul kembali kerana kami amat merindui Along."

Itulah luahan hati seorang ibu yang amat merindui anaknya yang kini berada di Peru sejak lebih empat tahun lalu selepas menjadi mangsa keldai dadah. Maria, (bukan nama sebenar), 51, adalah ibu kepada Marimar (bukan nama sebenar), anak sulung daripada enam beradik yang menjadi mangsa sindiket dadah antarabangsa hingga merengkuk di Penjara Santa Monica, selama dua tahun enam bulan bermula 27 Februari 2007.

Dapatkan naskhah Berita Harian hari ini untuk berita lanjut.

Leave a Reply

Raja Alias

G. Musang

J. Bahru

Terengganu

A. Setar