{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda keratong - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda keratong - Google Blog Search


Blog Felda: <b>felda keratong</b> - Google Blog Search

Posted: 29 Jan 2012 01:56 PM PST

Aku menghabiskan sisa-sisa cuti Tahun Baru China dengan menjenguk sanak saudara di kampung. Aku balik Pahang waktu malam, takut jem. Dengar cerita musim-musim raya ni Lebuhraya Karak akan jadi tempat parking. Aku jarang sangkut dalam jem ni sebab jarang balik waktu raya. Biasanya balik masa raya atau lepas raya.

Kelajuan maksimum yang aku mampu tekan. Nak lebih-lebih lagi, tadek duit nak bayo saman. Dah la jalanraya tu maksimum speed cuma 80kmj. Memang penat bawak slow ni.

Pagi esoknya, seawal ayam bangun kami dah mulakan perjalanan ke rumah sepupu bonda di Felda Keratong. Hajat bonda nak jumpa sepupunya dan nak kenalkan kepada kami yang memang jarang jumpa. Tak sampai dua jam pun dari Bentong, kami sampai. Tanya bonda nama dengan alamat sepupunya. Diam… Blok dan nombor rumah.. Diam….

Berbekalkan namanya "Sahak" aku jelajah seluruh pelosok Felda Keratong. Mana mungkin jumpa. Dengan jumlah penduduk hampir 2000 orang, sangat mustahil. Gigihnya seorang ibu mencari sepupunya, aku turuti mencari setiap sign board nama di setiap lorong. Ada 22 lorong semuanya.

Sejam mencari.. Namun tak jumpa juga. Telefon rumah tak berangkat, telefon handset juga tak berangkat. Persoalannya, adakah betul namanya Sahak? Masih wujudkah lagi dia? Mak kata dua hari lepas baru je dia telefon mak, masa dia datang kenduri kat Kampung. Tapi masa tu mak tak ada kat rumah. Nasib baik la telefon mak available sepanjang masa.

Taknak terus hampa, kami teruskan perjalanan ke rumah Kakak di Pekan. Sambil merungut masing-masing sedang kelaparan. Perut berkeroncong mengingatkan ikan bakar yang bakal aku masak kat rumah. Tak pe la… semangat punya pasal, aku terus juga ke pekan.

Tengah main-main dengan Israq, tiba-tiba telefon bunyi. Rupanya sepupu mak telefon. "Mintak maap banyak-banyak sebab tak perasan handset berbunyi". Dia buka bicara. Mak terus melayan tanpa jemu. Tu la kalau ada handset letak dalam tong beras. Mana nak dengar. Telefon rumah pulak dah tak guna, tapi takmau update dengan sedara mara. Kami membebel sesama sendiri. Entah dia dengar entah tak. Kami tak peduli. Kepanasan hati masih belum reda.

Barulah terbongkar semua rahsia dan kekalutan yang timbul beberapa jam lalu. "Kami tak guna nama Sahak kat sini Kak, kat sini orang panggil Abu Kassim. Sign board depan rumah tu pun letak nama Abu Kassim". Pehhhh! rasa macam nak terbako pun ada. Patut la tanya orang Felda Keratong semua tak tau. Cari nama kat signboard pun tak ada.

Itulah dia, orang dulu-dulu pelik juga perangainya. Kat kampung dan nama kat Kad Pengenalan lain. Bila duduk Felda, letak nama lain. Entah apa pesen, aku pun tak tau.

Eh! bukan sikit kes macam ni tau. Sangat ramai. Orang yang dah terkena pun ramai juga. Korang pernah terkena tak macam ni? Ke korang antara manusia yang mengamalkan amalan pelik ni? Hargailah nama yang mak dan abah bagi. Seburuk mana pun nama tu, toksah la malu nak guna. Hargailah nama sendiri ye.

D U N I A . G R A F I K . s a y a ~: <b>Felda Keratong</b> 4 . Pahang

Posted: 30 Mar 2012 07:19 AM PDT

Salam Ukhuwwah.

Ahad lepas gua join dua rakan untuk buat job di
Felda Keratong 4, Pahang. ALhamdulillah semua
Bejalan dengan baik. Customer tu rakan kepada
Rakan gua ni. Takde la malu sangat nak tanya
itu ini. hee. ^^

Gua rasa ini salah satu perjalanan yang sangat
Letih! sebab gua sorang je yang duduk belakang
Sambil tido. best nyehh! ^^

Mula gerak dari shah alam jam 2.30 pagi.
Sebelum tu diorg amik gua awal, jadi pegi la
Makan ABC femes kat seksyen 2 tu dan uptown
Shah alam yang sesak dan sesak sesak tu. hoho!

Dan ini adalah satu pengalaman dimana buat
Pertama kalinya gua tak mandi! kehkehkhe. ^^
Gerak sabtu malam, sampai ahad pagi. Pagi tu
Pulak terus basuh muka pegi rumah pengantin
Untuk menunaikan tanggungjawab! Hehu!!!!

Nota Kaki : Tak nak cite panjang panjang, Nanti makin banyak pulak aib sendiri keluar ngeh3. Satu lagi, gambo pengantin takde. Tapi Gambo gua ade lah. Ekekeke~ ^^

Leave a Reply

Raja Alias

G. Musang

J. Bahru

Terengganu

A. Setar