{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda kota gelanggi - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda kota gelanggi - Google Blog Search


Blog Felda: <b>felda kota gelanggi</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Nov 2011 08:56 PM PDT

PAHANG 3 Nov: Selepas beberapa hari peneroka Felda Gugusan Chini membuat keputusan menyaman Felda, sekumpulan peneroka di Felda Kota Gelanggi, Jerantut Pahang pula menyatakan hasrat yang sama.

Pengerusi Biro Felda dan Orang Asal KEADILAN, Suhaimi Said berkata,  peneroka berkenaan bakal memfailkan saman terhadap isu penyelewengan Kadar Perahan Gred Kelapa Sawit (KPG)- antara  isu utama yang membelenggu peneroka Felda seluruh negara.

"Jawatankuasa bertindak tersebut akan menjalankan tugas untuk mengumpulkan peneroka-peneroka Gugusan Kota Gelanggi dan akan melantik peguam yang akan mewakili mereka," kata Suhaimi di dalam blognya, Lubokkawah.blogspot.com.

Suhaimi berkata, jawatankuasa bertindak yang dilantik akan turut memfailkan saman bagi mendapatkan geran tanah mereka yang tertangguh sehingga 15 tahun.

Menurut Suhaimi, peneroka terbabit juga menyuarakan kebimbangan terhadap isu Felda Plantation yang dicagarkan kepada Felda Global Ventures- sebuah anak syarikat Felda yang mengalami kerugian akibat pelaburan.

Mereka bimbang semua tanah rancangan Felda yang masih belum dikeluarkan geran tanah akan turut dimangsakan oleh Felda untuk membuat pelaburan yang tidak memberi manfaat kepada peneroka.

Jelasnya, peneroka berkenaan juga bimbang tindakan Felda mencagarkan Felda Plantation untuk tujuan pelaburan akan menggagalkan usaha Pakatan Rakyat memansuhkan Felda Plantation dan mengagihkan tanah tersebut kepada Generasi ke-2 dan ke-3 peneroka.

Selain itu, katanya peneroka Felda yang menyerahkan ladang masing-masing kepada Felda dan Felda Technoplant dilanda hutang yang sangat tinggi selepas 6  hingga 8 tahun daripada tempoh mula-mula ladang mereka ditanam.

"Dari tinjauan yang dibuat mereka menanggung hutang sebanyak antara RM90,000.00 hingga RM100,000.00 di dalam tempoh itu," kata Suhaimi.

Sebelum ini, Felda berdepan saman daripada peneroka di Kelantan, Johor dan Negeri Sembilan.

September lalu, seramai 550 peneroka Felda Bera, Pahang memfailkan saman ke atas Felda sebanyak RM300 juta berhubung dakwaan penipuan oleh Felda- juga membabitkan isu KPG.

Terbesar setakat ini ialah saman yang difailkan oleh seramai 1056 peneroka di Jengka Pahang dengan jumlah sebanyak RM510 juta.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=22549

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat