{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Felda kepis - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

Felda kepis - Google Blog Search


Blog Felda: <b>Felda kepis</b> - Google Blog Search

Posted: 12 Mar 2012 01:26 AM PDT

FELDA KEPIS, 12 Mac – Majlis Penyerahan Suratan Hak Milik Peneroka FELDA Kepis menjadi lokasi pertama lawatan kerja Menteri Besar, Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan di Bahagian Kuala Pilah.

Beliau hadir di Padang SK Kepis, Felda,  Senaling bagi menyempurnakan dan menyerahkan Suratan Hak Milik kepada seramai 340 orang peneroka FELDA yang telah duduk di FELDA ini sejak 30 tahun yang lalu.

Di dalam ucapan Menteri Besar, beliau merasa syukur kerana FELDA telah berjaya dan merupakan satu-satunya agenda kerajaaan pusat yang diwujudkan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak yang tiada lain objektifnya adalah untuk membangunkan tanah hutan dan menyusun atur kependudukan.

Katanya lagi, "di samping membuka tanah pertanian seperti menanam kelapa sawit dan getah untuk di majukan dan diniagakan. Alhamdulillah, kini FELDA merupakan aset yang menguntungkan Negara dan berjaya mengubah sosio-budaya dan sosio-ekonomi ahli keluarga peneroka itu sendiri."

Menurut beliau, ketika pembukaannya, memang ada peserta FELDA tidak kuat semangat kerana terpaksa membuka tanah dengan kudrat yang ada, tetapi berkat kesabaran mereka yang gigih dan yakin kepada pemimpin ketika itu, akhirnya hari ini FELDA ternama di seluruh dunia.

Menteri Besar juga menolak dakwaan dari pihak yang mendakwa keputusan mendaftarkan FELDA di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) berisiko tinggi akibat dari turun naik pasaran saham di samping kemelut ekonomi.

Namun begitu, keyakinan yang tinggi perlu diberikan kepada pihak pengurusan dan kerajaan kerana pegangan yang mengawal saham FELDA ini kedudukannya kukuh di samping berasaskan perundangan yang memihak kepada warga FELDA.

Beliau turut menambah, risiko paling besar warga FELDA telah dapat di atasi oleh kerajaan Barisan Nasional. Memang benar kerajaan persekutuan ketika Tun Abdul Razak  telah meminjam wang kepada Bank Dunia ketika itu untuk membangunkan FELDA, tetapi hasil kecekapan kerajaan jugalah, akhirnya FELDA berjaya melunaskan hutang-hutang tersebut awal dari masa yang ditetapkan.

"Hari ini, warga FELDA tidak perlu risau kerana transformasi kerajaan yang dilaksanakan oleh Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak bukan hanya kata-kata manis, tetapi hamparan berlian untuk generasi seterusnya." Ujar beliau.

Menanti kehadiran Menteri Besar ialah Dato' Hj Ismail Lasim, Ahli Dewan Undangan Negeri Senaling, Tn Adnan Abu Hasan, Ahli Dewan Undangan Negeri Pilah, Dato' Mohd Radzi Hj Kail, Ahli Dewan Undangan Negeri Juasseh dan Dato' Abdul Samad Ibrahim, Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Menanti.

Oleh : Dudi Aziz / Mas

Leave a Reply

Raja Alias

G. Musang

J. Bahru

Terengganu

A. Setar