{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: MukaDepan

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: MukaDepan


Speaker Selangor berat sebelah

Posted: 27 Mar 2012 04:05 PM PDT

MukaDepan

SHAH ALAM: ADUN Barisan Nasional (BN), semalam keluar daripada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor kerana membantah tindakan Speaker, Datuk Teng Chang Khim menghantar SMS kepada EXCO meminta mereka menonjolkan kejayaan kerajaan negeri kerana sesi kali ini mungkin yang terakhir sebelum pilihan raya.

Mereka menganggap perbuatan Teng itu berat sebelah kerana sebagai Speaker, dia sepatutnya mengendalikan persidangan secara adil tanpa menyebelahi mana-mana pihak sama ada pembangkang atau penyokong kerajaan.

Difahamkan Teng menghantar SMS kepada semua EXCO tengah hari kelmarin ketika persidangan berlangsung tanpa menyedari ia turut dihantar kepada bekas EXCO, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali yang digugurkan selepas dipecat daripada PAS baru-baru ini. SMS itu menyatakan: This is possibly the last winding up sessions for exco, oppurtunity should be fully used to talk about our success in the past 4 years what Yaacob is doing now. (Ini mungkin sesi penggulungan terakhir untuk EXCO, peluang ini perlu digunakan sepenuhnya untuk bercakap mengenai kejayaan kita sejak empat tahun lalu apa yang Yaacob lakukan sekarang)

Yaacob yang dimaksudkan dalam SMS itu adalah EXCO Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan negeri, Yaakob Sapari.

Isu itu dibangkitkan Datuk Mohd Shamsudin Lias (BN-Sungai Burong) pada sesi pagi semalam dengan SMS kemudian dibacakan oleh Mohd Isa Abu Kasim (BN-Batang Kali). Abdul Shukur Idrus (BN-Kuang) kemudian bangun dan memohon penjelasan daripada Teng dan mendesaknya memohon maaf kepada semua ADUN BN.

Abdul Shukur menyifatkan ADUN BN selama ini ditipu Speaker yang sepatutnya adil ketika mengendalikan persidangan.
Teng enggan mengalah, sebaliknya meminta ADUN BN memfailkan usul terhadapnya jika tidak bersetuju dengan keputusan itu. Sebagai tanda bantahan semua ADUN BN keluar Dewan jam 11.45 pagi.

Mohd Shamsudin pada sidang media selepas itu, berkata sebagai Speaker, Teng perlu adil sama ada kepada pihak kerajaan atau pembangkang ketika sesi perbahasan.

Berdasarkan SMS itu jelas Speaker memang berat sebelah dan kami di pihak pembangkang berasa tertipu lebih empat tahun lalu jika inilah sikap Speaker, katanya.

Abdul Shukur pula berkata, hanya Menteri Besar yang boleh mengeluarkan arahan kepada EXCO dan bukan Speaker DUN. Dalam isu ini, Speaker DUN dilihat memberi dorongan kepada EXCO negeri untuk berbahas dengan baik dan ini amat dikesali.

Sementara itu, Teng pada sidang media berasingan menafikan beliau berat sebelah kerana SMS itu lebih kepada peringatan supaya semua EXCO membahaskan sesuatu isu dengan baik.

Saya hanya minta semua EXCO menggunakan peluang membahaskan sesuatu isu seperti dilakukan EXCO Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan negeri, Yaakob Sapari sebelum ini. ADUN BN boleh membawa usul ini jika saya didapati menyalahgunakan kuasa sebagai Speaker, katanya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

nak jugA

aku pun nak juga la...sebelum turun tahta

Lahar Yooi

Tidak kira siapa berkuasa bias atau ketidakadilan akan berlaku walaupun nama parti itu fair atau adil.

sudirman

Lagi tak mahu mengaku?? Berattt....

suhaimi

Silap speaker tu tulis bukan sesi terakhir untuk tahun ni tapi untuk selama2nya,last la mkn gaji speaker,rakyat Selangor akan membetulkan kesilapan mepd Pilihanraya 2008,siap bungkus barang PKR


Leave a Reply

Raja Alias

G. Musang

J. Bahru

Terengganu

A. Setar