{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda tembangau - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda tembangau - Google Blog Search


Blog Felda: <b>felda tembangau</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Feb 2012 12:00 AM PST

KUALA LUMPUR – Felda mendapat pengiktirafan MS ISO 9001: 2008 daripada CI Internatinal Certification Sdn. Bhd. dalam bidang perkebunan dan pembangunan komuniti pada 16 Januari lalu.

Felda melalui satu kenyataan memberitahu, pengiktirafan itu danugerahkan kepada Ibu Pejabat Felda, Pejabat Felda Wilayah Mempaga, Pejabat Felda Tembangau 1, Pejabat Felda Tembangau 2 dan Pejabat Felda Triang 3.

"Terdapat dua skop utama yang diberi perhatian bagi pensijilan ISO 9001: 2008 Felda iaitu skop perkebunan dan pembangunan komuniti. Kedua-kedua skop ini adalah merupakan bidang utama yang menjadi asas kepada penubuhan Felda selama lebih 55 tahun.

"Bagi menjayakan aspirasi untuk mencapai pensijilan ini Felda melantik juru perunding yang diiktiraf kelayakannya mulai Julai 2010 bagi membantu dan membimbing pihak Felda untuk menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan bagi pensijilan MS ISO 9001:2008," kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, MS ISO 9001:2008 merupakan satu standard bertulis yang menetapkan dan menyenaraikan keperluan-keperluan asas yang perlu ada dalam Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) sesebuah agensi.

Jelas kenyataan itu, standard itu memerlukan agensi mengenal pasti kehendak pelanggan, merancang dan mengawal proses yang perlu dilaksanakan bagi memenuhi kehendak pelanggan, menyediakan latihan yang sesuai dan secukupnya bagi anggota yang terlibat dalam SPK dan menjalankan pengauditan bagi memastikan keberkesanan proses-proses dalam SPK mencapai matlamatnya.

Tambah kenyataan itu, syarat bagi mendapatkan pensijilan MS ISO itu merupakan `blueprint' bagi melaksanakan inovasi dalam tindakan penambahbaikan dan peningkatan sistem penyampaian perkhidmatan bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan agensi berkenaan.

"Pelaksanaan MS ISO 9001:2008 di Felda akan merealisasikan hasrat kerajaan untuk mewujudkan kecekapan, ketelusan dan mengutamakan pelanggan dalam penyampaian perkhidmatan serta mengurangkan karenah birokrasi," kata kenyataan itu lagi. – mynewshub.my

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat