{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda kerteh - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda kerteh - Google Blog Search


Blog Felda: <b>felda kerteh</b> - Google Blog Search

Posted: 13 Feb 2012 12:00 AM PST

|

DUNGUN, 13 Feb - Sebuah sekolah menengah elit dan premier akan diwujudkan di sini bagi menampung peningkatan mendadak jumlah murid yang mendapat keputusan cemerlang 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) setiap tahun di Terengganu.

Ketua Umno Bahagian Dungun, Datuk Rosli Mat Hassan berkata Terengganu kini muncul sebagai negeri anjung ilmu dalam melahirkan ramai murid cemerlang dan jumlahnya semakin meningkat setiap tahun.

"Namun, agak menyedihkan bagi kita kerana tidak semua murid cemerlang ini dapat memasuki Sekolah Berasrama Penuh (SBP) atau Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). Sebahagian besar mereka hanya melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah biasa.

"Kebetulan, di Felda Kerteh 1 ini terdapat sebuah sekolah menengah harian biasa yang mempunyai pelajar yang sedikit iaitu Sekolah Menengah Raja Petra, jadi saya telah mencadangkan supaya ia dinaik taraf sebagai sekolah menengah elit dan premier," katanya kepada pemberita di sini.

Rosli berkata sekolah itu sehingga kini mampu menampung seramai 1,000 orang pelajar namun untuk keselesaan dan bersesuaian statusnya sebagai sekolah premier dan elit kelak, jumlah 750 orang pelajar sudah memadai untuk ditempatkan di sekolah itu.

Justeru, beliau berkata pihaknya berharap cadangan itu akan dapat dilaksanakan secepat mungkin bagi memastikan anak-anak cemerlang di Terengganu mendapat kemudahan pendidikan terbaik dan eksklusif.

"Kerjasama daripada kerajaan negeri, Kementerian Pelajaran, KETENGAH dan FELDA dalam menyediakan prasarana tambahan seperti jalan raya, dewan besar, bangunan asrama dan gelanggang sukan akan menjadikan sekolah elit ini sebagai satu lagi mercu tanda kebanggaan rakyat Terengganu, khasnya penduduk di kawasan Dungun ini," katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata daftar pemilih di Parlimen Dungun telah meningkat seramai 80,000 orang berbanding 70,000 pada pilihan raya umum yang lepas hasil kerja keras jentera Barisan Nasional (BN) bahagian itu.

Rosli yang juga Pengarah Pilihan Raya Parlimen Dungun berkata berdasarkan perkembangan politik semasa, BN yakin akan dapat meningkatkan undi majoriti sebanyak 4,000 undi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, sebanyak 2,000 undi majoriti di Rantau Abang dan Paka serta berusaha merampas kerusi DUN Sura dengan majoriti 1,000 undi.

"Sokongan kepada BN semakin meningkat setelah rakyat melihat kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak lebih prihatin dalam membantu rakyat.

"Selain itu, pemimpin di peringkat negeri Terengganu juga bersatu menggembeleng tenaga dalam mempertahankan negeri ini," katanya.

Katanya dengan pelbagai program kebajikan yang dilaksanakan parti itu termasuk mendekati golongan muda dengan aktiviti-aktiviti sukan lasak, beliau yakin BN akan sekali lagi mencatat kemenangan di Parlimen Dungun pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

- BERNAMA


Share/Bookmark

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat