{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online - Varia

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online - Varia


Warga emas belajar IT

Posted:

Warga emas belajar IT

Warga emas belajar IT

Oleh ZAKI SALLEH


SEBAHAGIAN pelajar komunikasi USM bergambar dengan pelajar 'emas' di PTPM USM.


SATU demi satu papan kekunci diketuk dengan berhati-hati. Sesekali jari tua itu menekan beberapa kali butang backspace kerana silap menekan huruf atau angka.

Ada juga yang kelihatan berkerut untuk membaca paparan pada skrin komputer sambil membetulkan cermin mata.

Melihat gelagat beberapa warga emas mempelajari tatacara mengakses internet, mengimbas kembali adegan kelas orang dewasa membaca dalam filem Pendekar Bujang Lapok karya seniman agung Tan Sri P. Ramlee.

Bukan cuba berjenaka, tetapi memang sukar apabila mendedahkan diri kepada sesuatu yang asing seperti menggunakan komputer.

Namun, inisiatif sekumpulan pelajar tahun akhir Pusat Pengajian Komunikasi Universiti Sains Malaysia (USM) menerusi program sosial mereka iaitu Kempen Teknologi Maklumat Sebagai Penghubung (IT4 Connecting) baru-baru ini wajar diberi penghargaan.

Kumpulan pelajar itu bersama pensyarah Profesor Madya Khor Yoke Lim dan Dr. Nor Hazlina Hashim cuba memupuk dan membina keyakinan kepada warga emas itu akan kepentingan teknologi maklumat (IT) dalam kehidupan harian.

Bengkel dua hari itu berlangsung dalam dua sesi bertempat di Makmal Pusat Teknologi Pengajaran Multimedia (PTPM USM) di bawah bimbingan Profesor Madya Zarina Samsudin.

Beliau sendiri berpengalaman 25 tahun dalam proses pembelajaran dan pengajaran berkaitan IT untuk masyarakat.

Bekerjasama dengan PTPM USM, sebanyak 30 para pelajar tahun akhir program komunikasi USM bertindak selaku pembimbing kepada kira-kira 50 peserta warga emas yang rata-ratanya berusia sekitar 50 hingga 60 tahun.

Mereka terdiri daripada ahli-ahli Jawatankuasa Penduduk Bayan Lepas, Persatuan Nelayan Seberang Perai dan Ujong Batu, Persatuan Pesara Kerajaan Pulau Pinang serta kakitangan USM.

Kebanyakannya tidak mempunyai asas dan pengetahuan tentang teknologi maklumat.

Penyelaras Bengkel, Ireena Nasiha Ibnu berkata, bengkel tersebut bertujuan mendedahkan warga emas terhadap kepentingan teknologi maklumat dalam kehidupan harian.


RAMAI peserta yang teruja apabila mengetahui kelebihan internet.


Katanya, ia merupakan platform untuk golongan itu menggunakan media sosial, cara-cara mengakses enjin pencari termasuklah panduan melakukan transaksi perbankan dalam talian.

"Peserta begitu bersemangat dan berminat kerana mereka sebelum ini tidak berpeluang mempelajari asas-asas rangkaian dalam talian.

"Selain mendekatkan peserta berhubungan dengan keluarga, rakan-rakan dan komuniti secara maya, ia juga bertepatan dengan hasrat kerajaan merapatkan lagi jurang digital dalam masyarakat," ujarnya.

Selain mempelajari asas-asas rangkaian dalam talian seperti e-mel, para peserta juga didedahkan kepada laman sosial Facebook, perniagaan dan transaksi serta sidang televideo melalui Skype.

Salah seorang peserta, Hamzah Bakar, 58, memberitahu, dia cukup teruja apabila dapat mengetahui fungsi sebuah komputer yang bukan sahaja untuk menulis tetapi mengakses pelbagai maklumat menerusi internet.

"Saya tahu apa komputer, tetapi tidak tahu bagaimana internet itu berfungsi. Rupa-rupanya banyak perkara yang boleh dilakukan dengan hanya menekan butang-butang di papan kekunci," ujarnya.

Antara keakuran dan kepatuhan

Posted:

Antara keakuran dan kepatuhan

Antara keakuran dan kepatuhan


DALAM perhimpunan demonstrasi, apabila beberapa peserta mula melanggar peraturan, peserta yang lain juga akan akur menurut sama kerana didorong emosi.


DALAM kehidupan kita sebagai manusia, kita selalu menghadapi dua situasi ini, iaitu keakuran (conformity) dan kepatuhan (obedience).

Kedua-dua hal ini sesekali memerangkap kita dalam membuat keputusan atau terjebak dengan hal yang tidak diingini.

Ia akan menjadi lebih teruk kalau kita terpaksa melaluinya dalam suasana yang kita jangkakan bahawa apa yang kita lakukan itu betul, sedangkan hakikatnya mungkin sebaliknya.

Bagaimana keakuran ini boleh berlaku? Selalunya dalam mesyuarat, kita sesekalinya terpaksa bersetuju dengan orang lain walaupun kita merasakan kita tidak sepatutnya bersetuju. Situasi itu berlaku apabila ramai ahli mesyuarat bersetuju, menyebabkan kita merasa bersalah kalau kita tidak bersependapat dengan mereka.

Sebab itu, dalam banyak hal, kita selalu mendengar banyak orang merungut setelah selesai bermesyuarat. Ada banyak hal yang dirungutkan, walaupun tadinya mereka yang merungut itu juga bersetuju.

Inilah keakuran. Kita bersetuju kerana kita terpaksa akur dengan pandangan orang lain. Ia semakin kerap berlaku kalau kita berhadapan dengan mereka yang dilihat mempunyai kuasa atau mempunyai status sosial yang lebih tinggi dibandingkan dengan diri kita.

Kepatuhan pula hampir mirip dengan keakuran, tetapi ia biasanya merujuk kepada kepatuhan yang melampau kepada seseorang pemimpin tanpa soal jawab.

Dalam politik atau gerakan agama, hal itu banyak terjadi. Ahli akan taat dengan apa sahaja yang diperkatakan pemimpin, tanpa pengikutnya berfikir hal itu salah atau tidak. Apa sahaja yang dikatakan pemimpin dianggap sebagai betul dan tepat.

Apakah keakuran dan kepatuhan ini satu hal yang bermasalah? Walaupun tidak semua fenomena keakuran dan kepatuhan ini boleh menyebabkan keburukan, tetapi ia cenderung membawa musibah.

Ia menjadi buruk apabila dalam hal tertentu kita tidak dapat membincangkan hal secara rasional.

Di Parlimen, wakil rakyat adakalanya tidak dapat membincangkan banyak masalah rakyat dengan lebih rasional kerana mereka terdorong untuk akur dan taat dengan ahli dan organisasi.

Begitu juga dalam hal agama. Ada hal-hal yang hanya sekadar perkara cabang atau hal-hal khilafiah sahaja, tetapi kerana gurunya menyebut bahawa itu merupakan hal yang tidak boleh atau kerana falsafah ajarannya menyatakan ia hal yang salah, maka orang selalu membuat hukuman terhadap orang lain tanpa berfikir panjang.

Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan demonstrasi di ibu kota. Ia berakhir dengan kejadian yang tidak diingini, termasuk beberapa aksi keganasan yang melibatkan kecederaan baik di pihak polis atau orang awam.

Sejauh mana sekalipun janji bahawa perhimpunan tersebut dapat dikendalikan dengan aman tanpa sebarang tindakan melanggar undang-undang, biasanya dalam keadaan ramai manusia berkumpul, prinsip keakuran dan kepatuhan itu akan merosakkan suasana aman.

Apabila ada seorang dua peserta memulakan tindakan melanggar sekatan polis atau tindakan provokasi yang lain, peserta lain yang mungkin awalnya tidak berniat untuk melakukannya akan terdorong untuk mengekori pihak yang memulakannya.

Sekiranya mereka tidak melakukan tindakan yang dilakukan oleh ahli kumpulan yang lain, ia menjadikan manusia berasa tidak selesa. Tidak dapat tidak, ada individu yang tidak ganas akan berubah watak menjadi ganas.

Mereka yang awalnya mungkin datang dengan tujuan yang lain, akan berubah cara bertingkah laku.

Inilah keakuran. Ia fenomena psikologikal yang selalu terjadi apabila manusia. Sebab itulah, dalam apa juga bentuk perhimpunan tidak mudah untuk mengawal tingkah laku peserta.

Hal ini akan menjadi lebih buruk sekiranya ada pemimpin yang melakukan arahan bagi tindakan tertentu.

Dalam keadaan seperti ini, konsep kepatuhan akan menyebabkan manusia terdorong untuk melakukan apa sahaja tanpa berfikir panjang.

Leave a Reply

Raja Alias

G. Musang

J. Bahru

Terengganu

A. Setar