{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: MukaDepan

Posted by Awanama

Berita Harian: MukaDepan


Elak derita krisis air

Posted: 25 May 2012 04:23 PM PDT

MukaDepan

Selangor didesak segera lulus Loji Rawatan Hulu Langat 2

KUALA LUMPUR: Kerajaan Selangor didesak menyegerakan kelulusan tapak Loji Rawatan Air Hulu Langat 2 bagi mengelak lebih lima juta penduduknya dan Lembah Klang menjadi mangsa krisis air.

Berikutan itu, atas keprihatinan nasib pengguna air, bermula semalam, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) melancarkan kutipan sokongan dan tandatangan pengguna air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Setiausaha Agungnya, Datuk Dr Ma'amor Osman, berkata pihaknya menjangka dapat mengutip sejuta sokongan dan tandatangan untuk diserahkan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi meminta pihak istana campur tangan demi kepentingan rakyat.

Beliau berkata, salinan sokongan dan tandatangan akan diserahkan kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk tindakan lanjut.

Katanya, kerajaan negeri sanggup mempertaruhkan nasib rakyat semata-mata kerana perbezaan ideologi dengan Kerajaan Pusat.

"PPIM melihat perbalahan antara kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat berkaitan isu berkenaan semakin meruncing dan dikhuatiri akan membebankan pengguna dan industri yang bergantung kepada sumber air bersih.
"Berdasarkan fakta dan unjuran diberikan operator air serta disokong pakar air tempatan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), rizab simpanan air bersih di Lembah Klang kini berada pada paras bawah 2.4 peratus, jauh daripada kadar minimum dicadangkan pihak antarabangsa sebanyak 20 peratus.

"Jika berlaku kemarau panjang, tujuh empangan dan 34 loji rawatan air sedia ada hanya berupaya membekalkan air kepada penduduk bagi tempoh 101 hari atau tiga bulan," katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Ma'amor berkata, ketika usaha pencegahan krisis disusun dan dipersetujui dengan loji sepatutnya dibina pada 2010, ada pihak sengaja menangguhkan usaha membina dan meningkatkan kapasiti loji rawatan air hanya kerana perbezaan politik yang mengakibatkan projek rakyat ini mengalami kelewatan sangat kritikal.

Katanya, Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri perlu menggunakan peruntukan yang ada termasuk kewangan untuk mempercepatkan projek pembinaan loji rawatan air berkenaan termasuk menggunakan undang-undang pengambilan tanah demi kepentingan rakyat.

"Sikap berdolak dalik berkaitan penstrukturan semula harga air turut berlarutan hingga kini tanpa keputusan muktamad," katanya.

Beliau berkata, PPIM turut mendesak kehilangan air tidak berhasil (NRW) diberi perhatian supaya tiada lagi kes kecurian dan pembaziran air dilaporkan berlaku.

Sokongan dan tandatangan bermula semalam hingga 25 Jun depan boleh dibuat menerusi laman web PPIM www.muslimconsumer.org.my dan http://muslimconsumer4u.blogspot.com, Facebook dan Twitter PPIM serta menerusi SMS ke talian hotline 019-6655544.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

abah..

Sabar dulu, tunggu aje lah selepas PRU 13 nanti..skrng nak kecoh2 pun buat apa..nanti kata jadikan isu politik pulak..


Leave a Reply

Raja Alias

G. Musang

J. Bahru

Terengganu

A. Setar