{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Felda kepis - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

Felda kepis - Google Blog Search


Kes <b>Felda Kepis</b>: Pakatan Rakyat sedia tawar khidmat guaman <b>...</b>

Posted: 24 May 2012 01:25 AM PDT

(Oleh Mohd Martin Kahar)

KUALA LUMPUR 24 Mei: Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar memohon Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menyiasat aduan peneroka Felda Kepis berkenaan penyelewengan jualan pokok getah oleh Felda dan kontraktor yang terlibat.

Beliau berkata, siasatan perlu dilakukan supaya peneroka boleh mendapatkan kembali hak mereka.

"Peneroka bukan meminta lebih, tetapi hanya mahu dibayar setimpal dengan harga pasaran," katanya kepada pemberita ketika hadir bersama peneroka di pejabat Suhakam, semalam.

Beliau berkata, pihaknya memandang serius isu penyelewengan itu kerana melibatkan penindasan dan pencabulan hak asasi.

Nurul Izzah berkata, Pakatan Rakyat juga sedia memberikan khidmat guaman jika peneroka terbabit memerlukannya.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu turut mendesak Felda berhenti menindas golongan peneroka dalam diam di sebalik pelbagai habuan tidak seberapa yang diberikan kepada mereka.

Semalam, kira-kira 30 peneroka Felda Kepis, Negeri Sembilan membuat aduan dan menyerahkan memorandum kepada Suhakam selepas tidak berpuas hati terhadap kerja-kerja penanaman semula pokok getah oleh Felda.

Mereka juga tidak berpuas hati kaedah pengagihan hasil jualan kayu getah yang tidak setimpal dengan harga pasaran.

Sementara itu, Pesuruhjaya Suhakam, Detta Samen berjanji akan menyiasat aduan itu bagi mengenal pasti sama ada wujud pencabulan hak asasi manusia.

"Buat masa ini, saya tidak boleh memberi apa-apa komen tetapi Suhakam berjanji akan menyiasat perkara ini dengan telus," katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=30804

Leave a Reply

Raja Alias

G. Musang

J. Bahru

Terengganu

A. Setar