Kosmo Online - Varia
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Varia |
Kartun tempatan jadikan APO? unik Posted: Kartun tempatan jadikan APO? unikOleh ALIF ABU BAKAR
KITARAN hayat sesuatu majalah yang memaparkan kartun lucu seringkali menjadi kerisauan syarikat penerbitnya. Tanpa formula dan idea segar daripada tenaga kartunis, sambutan majalah tersebut boleh merudum sekali gus lenyap daripada pasaran. Perkembangan sesuatu majalah itu perlu disesuaikan mengikut peredaran zaman. Penggunaan isu-isu semasa sebagai bahan jenaka juga berkesan dalam menarik minat pembaca untuk terus setia. Kesemua langkah itu jelas dipraktikkan majalah APO? Sejak dilancarkan pada tahun 1998, APO? terus menjadi 'kegilaan' anak-anak muda yang dahagakan jenaka ringkas. Pengekalan identiti Malaysia sebagai rencah utama kandungan membuatkan APO? dianggap sebagai majalah paling kelakar dalam kalangan pengikut mereka. Begitupun, kekurangan publisiti membuatkan majalah itu seperti hilang taringnya, hinggakan ada yang menyangka ia telah 'pupus' seperti beberapa majalah berkonsep sama yang tidak mampu mengekalkan prestasi jualan. Baru-baru ini, APO? menerusi siri 321 menampilkan wajah baharu. Pengenalan maskot terkini yang dikenali sebagai Mansor Todak membuktikan majalah terbitan MOY Publications itu masih relevan. Kartunis popular majalah tersebut, Dilfitry Tajudin, 34, atau lebih dikenali sebagai Lambok menyatakan APO? amat bertuah kerana memiliki dua kumpulan pembaca. Pengaruh anime "Kelompok pertama ialah mereka yang telah mengenali kami sejak awal lagi dan yang kedua ialah generasi baharu terutamanya anak-anak muda. "Kita cuba menampilkan jenaka yang malar segar dan mengikuti cita rasa pembaca. Kandungan yang kita hasilkan juga perlu sesuai dengan keadaan semasa agar ia tidak nampak ketinggalan," jelas Lambok yang cukup terkenal dengan lawak berkonsep hantu. Diterbitkan dua kali sebulan, APO? menampilkan tema yang menarik untuk setiap isu. Cabaran yang dihadapi tenaga kerja majalah itu bagaimanapun menjadikan mereka lebih peka dan kreatif dalam menghasilkan karya bermutu. Seorang lagi kartunis yang telah bersama majalah itu sejak ditubuhkan, Anuar Hassan, 39, atau dikenali sebagai Sireh tidak menyangkal persaingan yang mereka hadapi kini dipengaruhi lambakan majalah berteraskan animasi Jepun (anime) dalam pasaran. Sambutan luar biasa remaja terhadap anime membuatkan banyak syarikat penerbitan berlumba-lumba mengeluarkan majalah seumpama itu. Namun, kesan jangka panjang yang diterima agak menyakitkan. "Memang pernah suatu masa ramai orang tertarik dengan anime sehingga ia menjadi fenomena, tetapi kita tidak langsung mengikut perubahan tersebut. "Kami mengekalkan signatur kartun yang bersifat lokal kerana ia mencerminkan budaya orang Malaysia. Alhamdulillah sehingga kini kami dapat bertahan," ujar Sireh yang juga seorang pensyarah di sebuah universiti tempatan. Pengarah penerbitan majalah berharga RM5.90 itu, Syamsul Ikram Ghazali, 39, menjelaskan, setiap isu yang diterbitkan disesuaikan mengikut keadaan semasa. "Edisi hari raya umpamanya, jenaka yang kami ketengahkan adalah berkisar tentang sambutan perayaan tersebut. Begitu juga ketika acara penting lain seperti kemerdekaan, puasa dan perayaan kaum lain. "Kita tidak mengehadkan isi cerita pada cara hidup orang Melayu kerana pembaca APO? terdiri daripada pelbagai kaum termasuk Cina dan India," tutur kartunis yang menggunakan nama Rambai itu. Tidak mengecewakan Thinagaran Perumal, 25, ialah bukti APO? mempunyai penyokong berketurunan India. Lelaki yang kini berkhidmat sebagai pegawai bank itu mula mengenali APO? sejak berusia 11 tahun. Menurut anak kelahiran Perak itu, setiap kali tamat sesi persekolahan, beliau pasti membelek-belek majalah APO? di kedai mamak. "Bermula dari situ saya mendapati humor yang disampaikan APO? sangat menarik. Setiap isu yang dikeluarkan tidak pernah mengecewakan. "Hiburan bersahaja menerusi karakter yang mencuit hati membuatkan hari saya tidak pernah sunyi tanpa jenaka. Ia juga menjadi tanda sokongan saya terhadap karya tempatan yang tidak kurang hebatnya," kata Thinagaran ketika ditemui di ibu pejabat MOY di Subang Jaya pada sesi pelancaran wajah baharu APO? | ||
Posted: Kongsi kisah kehamilan
INGIN berkongsi cerita tentang pengalaman anda sepanjang bergelar ibu? Berkongsilah perjalanan kehamilan anda dengan ibu-ibu lain di seluruh Malaysia dan rebutlah peluang untuk memenangi hadiah-hadiah hebat Sempena sambutan Hari Ibu, Nestle Mom & Me mempelawa para ibu dan bakal ibu untuk berkongsi cerita peribadi masing-masing tentang kehamilan dan keibuan. Proses kehamilan dan menjadi ibu merupakan pengalaman yang menakjubkan dalam masa yang sama memberi kepuasan kepada seseorang wanita. Walau apapun cerita tentang proses kehamilan dan pengalaman bergelar ibu, setiap kisah yang diceritakan adalah unik dan menyerlahkan pencapaian serta cabaran seorang ibu. Peraduan Nestle Mom & Me Celebration of Life bermula sehari sebelum hujung minggu Hari Ibu iaitu pada 11 Mei 2012 dan berakhir pada 7 Jun 2012. Tiga hadiah utama dan 30 hadiah sagu hati bernilai lebih daripada RM40,000 akan ditawarkan kepada para pemenang. Bagi mereka yang berminat untuk menyertai peraduan ini, bolehlah melayari laman Facebook Nestle Mom & Me di www.facebook.com/NestleMOMme dan hantarkan sebuah cerita sepanjang 200 patah perkataan sama ada dalam bahasa Melayu, Inggeris atau Mandarin. Bukti pembelian tidak diperlukan. Sebanyak 500 penyertaan pertama yang diterbitkan secara automatik akan menerima pek sampel percuma Mom & Me 350 gram, sumbangan Nestle Products Sdn. Bhd. Nestle Mom & Me merupakan susu yang dirumus khusus untuk ibu-ibu hamil dan sedang menyusu. Ia mengandungi Bl Bifidus, bakteria baik yang membantu menyokong kesihatan ibu dan bayi. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Varia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |