{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda besout - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda besout - Google Blog Search


Wangsa Setia: 495 ISTERI PENEROKA <b>FELDA BESOUT</b> 2 <b>...</b>

Posted: 11 Jul 2012 01:17 AM PDT


"SLIM RIVER - Seramai 495 isteri peneroka Felda Gunung Besout 2 dekat sini dipercayai menjadi kumpulan pertama dari seluruh tanah rancangan yang menerima durian runtuh Fasa 2 pagi ini.

Setiap mereka menerima cek RM5,000 yang disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Slim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib.

Rata-rata mereka merasa terkejut kerana dalam ucapan pengurus Felda Besout 2, Encik Fadhil Mansor sebelum itu berkata cek durian runtuh itu hanya akan disampaikan beberapa hari lagi setelah mendapat keputusan mesyuarat antara Pengurus Besar Wilayah (RGM) seluruh negara hari ini.

Mohd Khusairi menyampaikan berita yang menggembira para isteri peneroka itu, setelah beliau mengetahui bahawa cek-cek berkenaan sudah ada di pejabat pengurus rancangan dan telah mendapat lampu hijau daripada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan sejurus sebelum memulakan ucapan.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Tanjong Malim hadir ke program perhimpunan bulanan peneroka (roll-call) tanah rancangan itu pagi ini bagi menyampaikan cek peruntukan RM100,000 untuk membina menara Masjid Saidina Umar Al-Khattab yang telah diluluskan oleh Menteri Besar Perak, Dato' Seri Dr. Zambry Abd. Kadir pada April lalu.

Dalam ucapannya, Mohd Khusairi berkata beliau bersimpati melihat kehadiran hampir keseluruhan isteri peneroka tanah rancangan itu, kerana beberapa hari lalu ada yang menghebahkan kononnya cek durian runtuh akan disampaikan dalam program berkenaan.

"Biarlah saya mendahulukan keputusan mesyuarat RGM dan bertanggungjawab atas perkara ini demi menggembirakan isteri-isteri peneroka yang begitu berharap untuk mendapatkan cek itu hari ini. Saya minta cek itu diserahkan hari ini juga," katanya dalam ucapan disambut sorakan dan tepukan gemuruh.

Ketika berucap melancarkan prospektus saham Felda Global Ventures Holding Berhad (FGV) pada 31 Mei lalu, Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak memberitahu bahawa penyampaian wang durian runtuh Fasa 2 kepada isteri-isteri peneroka akan dilaksanakan pada 7 Julai bersempena sambutan Hari Peneroka 2012 dan perasmian Menara Felda.
 

Seorang isteri peneroka Felda Besout 2, Puan Khatijah Awang Desa, 49 melahirkan rasa gembira dan terkejut apabila mendapat berita bahawa cek durian runtuh itu diserahkan hari ini.

"Terima kasih kepada wakil rakyat kami kerana berusaha supaya cek tu disampaikan kepada kami pada hari ini. Terima kasih juga kepada Perdana Menteri kerana telah mempertimbangkan supaya kami isteri peneroka juga menerima durian runtuh RM5,000 ini," katanya yang juga Pengerusi GPW tanah rancangan berkenaan.

Puan Masnah Othman, 48 yang juga isteri peneroka turut bersyukur menerima cek durian runtuh itu hari ini dan berhasrat untuk menyimpan wang berkenaan dalam akaun Tabung Haji miliknya." - Berita Felda

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat