{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online - Varia

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online - Varia


Galeri foto perkahwinan

Posted:

Galeri foto perkahwinan

PENGURUS Pemasaran Produk Canon, Chong Lip Wei (tiga dari kiri) bersama-sama jurugambar yang mempamerkan hasil seni mereka di galeri Infinity, Evelyn Lam (dari kiri) dan Peter Tan (dua dari kiri).


KEPADA jurugambar bebas yang sering merakamkan saat-saat bahagia perkahwinan terutamanya dengan menggunakan kamera jenama Canon, luangkan masa anda untuk melawat ke tingkat dua pusat beli-belah pengantin, Infinity di Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur.

Siapa tahu, dengan melawat galeri yang ditempatkan di situ, mungkin ia dapat memberi anda idea dan kreativiti merakam foto perkahwinan yang lebih menarik?

Canon Marketing (Malaysia) Sdn. Bhd. (Canon) dengan kerjasama Infinity telah membuka sebuah galeri foto pengantin di situ.

"Kami melihat terdapat peningkatan permintaan untuk perkhidmatan jurugambar bebas yang merancang sesi penggambaran unik.

"Justeru, galeri foto ini diharap dalam membantu dan mendidik lebih banyak ilmu serta mencambah kreativiti jurugambar bebas," kata Pengarah Bahagian Produk Komunikasi Pengimejan Canon, Simon Wong.

Infinity merupakan sebuah pusat sehenti barangan perkahwinan sama ada produk atau perkhidmatan di bawah satu bumbung.

Antara barang perkahwinan yang dijual ialah gaun perkahwinan, kasut, aksesori, alat mekap, hadiah perkahwinan dan perkhidmatan berdandan serta pengurusan acara.

Canon menjalinkan kerjasama dengan 18 orang jurugambar perkahwinan yang terpilih supaya karya mereka dapat dipamerkan di galeri gambar Infinity.

Selain itu, Infinity dan Canon turut menganjurkan aktiviti berkaitan dengan bidang fotografi dan videografi perkahwinan setiap bulan di butik tersebut.

Peraduan karang cerita sempena Aidilfitri

Posted:

Peraduan karang cerita sempena Aidilfitri

SALAH seorang kakitangan Midea Scott & English Electronics Sdn. Bhd. menunjukkan produk elektronik yang bakal dimenangi oleh pemenang peraduan anjuran syarikat terbabit bersama akhbar Kosmo!.


SEMPENA bulan Ramadan dan Syawal yang bakal menjelma, syarikat peralatan elektrik Midea Scott & English Electronics Sdn. Bhd. (Midea) meraikan keindahan berhari raya bersama pembaca setia Kosmo! melalui satu peraduan menarik.

Jika anda bijak mengarang cerita berdasarkan gambar, pastinya peraduan ini memberi khabar gembira buat anda.

Peraduan reka cipta cerita Midea & Kosmo! yang bertemakan kasih sayang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai lebih RM20,000 seperti produk-produk elektrik.

Antaranya pendingin hawa penyongsang plasma model MSPI-09CRD, periuk tekanan MY-SS50B, periuk nasi MB-FC18JB, cerek jimat tenaga MK-20H01B, mesin basuh MFL60-800 serta set dapur memasak dan hud HWS-J08 + MGH-0633B bagi hadiah utama yang bernilai RM8,900.

Pengarah Urusan Midea, Ng Kong Chin berkata, peraduan itu merupakan salah satu daripada program tanggungjawab korporat sosial (CSR) syarikat tersebut dalam usaha melahirkan masyarakat penyayang.

Jelasnya, melalui program ini, Midea ingin menggalakkan agar semua individu tanpa mengira pangkat atau kedudukan, miskin atau kaya perlu meletakkan penekanan dalam aspek menghargai dan memaafkan dalam kehidupan seharian.

"Justeru, sempena musim perayaan Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut tidak lama lagi, kami percaya ia satu tempoh yang paling sesuai untuk menganjurkan peraduan sebegini.

"Diharap para pembaca Kosmo! merebut peluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik yang disediakan dengan cara menyertai peraduan reka cipta cerita ini," ujar Kong Chin ketika ditemui di pejabatnya baru-baru ini.

Untuk menyertainya, dapatkan borang asal peraduan dalam akhbar Kosmo. Borang peraduan tersebut akan disiarkan pada setiap hari Rabu bermula pada 1 hingga 22 Ogos ini.

Penyertaan terbuka kepada semua warganegara Malaysia kecuali warga kerja Utusan Malaysia, Kosmo! dan Midea Scott & English Electronics. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 31 Ogos 2012.

Midea merupakan satu jenama peralatan elektrik terkemuka dan terbesar di China. Syarikat Midea Scott & English Electronics Sdn. Bhd. berada di pasaran Malaysia sejak empat tahun lalu bermula tahun 2009. Untuk maklumat lanjut mengenai produk Midea, layari laman web www.midea.see.com.my.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat