{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Harian Metro: BeritaUtama

Posted by Awanama

Harian Metro: BeritaUtama


Dosa ‘Tanggang’ dibalas tunai

Posted: 20 Jul 2012 04:12 PM PDT

PADANG BESAR: "Sekarang baru saya sedar dosa saya terhadap ibu dibalas tunai, tidak perlu tunggu di akhirat," kata Abdul Rahman Talib, 60, yang kini tinggal di Rumah Sejahtera, Batu Bertangkup, di sini, selepas diabaikan isteri dan anaknya.

Kira-kira 10 tahun lalu, ibunya, Allahyarham Lijah Kasa menghuni rumah kebajikan sama selepas Abdul Rahman terlalu mengikut kehendak isteri dan membiarkan isterinya menghalau ibunya keluar dari rumah.

"Saya mengakui terlalu mengikut telunjuk isteri hingga mengabaikan ibu. Saya langsung tidak mengambil peduli nasib ibu dan hanya mengetahui arwah ditempatkan di sini (Rumah Sejahtera) selepas setahun arwah dihalau keluar dari rumah yang didiami bersama isteri di Bukit Kecil, dekat sini.

"Malah, bilik ibu sebelum ini bersebelahan bilik saya duduki sekarang," kata Abdul Rahman ketika ditemui.


Menurutnya, sebelum ini dia difahamkan ibunya bergelandangan beberapa hari selepas dihalau keluar dari rumah dan ada ketikanya dia bermalam seorang diri di kandang kerbau yang diubah suai buat sementara sebelum diselamatkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/21


Empat rentung

Posted: 20 Jul 2012 04:12 PM PDT

JEMPOL: Empat individu rentung selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka bertembung sebuah lori tangki sebelum terbakar di Kilometer 37, Jalan Keratong-Bahau, dekat sini, petang semalam.

Difahamkan, dalam kejadian jam 4 petang itu, semua mangsa yang belum dikenal pasti identiti, maut di tempat kejadian, manakala pemandu lori diesel terbabit yang turut cedera dapat menyelamatkan diri.


Jurucakap polis berkata, ketika kejadian, mangsa yang menaiki kenderaan pacuan empat roda Nissan Navara dalam perjalanan dari Bahau ke Keratong, Pahang, manakala lori tangki itu dari arah bertentangan menghala ke Felda Serting.

Menurutnya, difahamkan, pemandu lori tangki terbabit cuba membelok di tempat kejadian selepas satu objek dipercayai tayar ganti terjatuh.


Bagaimanapun, katanya, lori tangki itu dipercayai terbabas lalu merempuh pacuan empat roda dinaiki keempat-empat mangsa menyebabkan kedua-dua kenderaan itu terbakar.


"Pertembungan itu menyebabkan tiga mangsa rentung akibat tersepit dan gagal keluar apabila kenderaan itu terbakar, manakala seorang mangsa dikatakan tercampak keluar di bawah kereta dan turut rentung.

"Bagaimanapun, pemandu lori terbabit yang cedera berjaya keluar dari kenderaannya,'' katanya.


Menurut jurucakap itu, siasatan polis mengesyaki keempat-empat mangsa terbabit adalah dari satu keluarga, namun masih menunggu laporan bedah siasat lanjut kerana identiti mereka gagal dikenal pasti kerana rentung sama sekali.

Sementara itu, Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Superintendan Abd Halil Hamzah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu, namun tidak dapat mengulas lanjut kerana belum menerima laporan lengkap.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/21


Leave a Reply

Raja Alias

G. Musang

J. Bahru

Terengganu

A. Setar