Kosmo Online - Varia
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Varia |
| Mencari harta karun di Setia Alam Posted: Mencari harta karun di Setia Alam
SERAMAI 250 orang yang membentuk 66 buah kumpulan berkumpul seawal pukul 8 pagi baru-baru ini untuk menyertai pertandingan Setia Eco Hunt di Setia Alam, Shah Alam, Selangor. Menariknya setiap kumpulan yang bertanding diberi nama berdasarkan butik-butik yang terdapat di Setia Mall City yang merupakan lokasi terakhir pertandingan tersebut. Bukan hanya untuk bersuka-suka, sesuai dengan pemilihan tema Hijau pelbagai aktiviti ke arah gaya hidup mesra alam diselitkan sepanjang pencarian harta karun itu. Pencarian bermula di Taman bandar Setia Alam apabila peserta menerima petunjuk pertama yang membawa mereka ke pusat kawasan komersial seterusnya ke Setia Eco Park. Di Setia Eco Park, para peserta perlu menyelesaikan cabaran dengan melakukan tarian eko. Setiap kumpulan yang bertanding wajib menari menggunakan peralatan daripada bahan terbuang seperti tempurung kelapa. Di taman eko itu juga para peserta boleh menambah pungutan mata dengan menderma surat khabar lama di pusat kitar semula Setia Eco Park. ![]() SESUAI dengan tema pertandingan harta karun Hijau, peserta juga perlu mencari barangan kitar semula. Di lokasi terakhir Setia Mall City, para peserta perlu membeli makanan dan minuman dalam tin berdasarkan soalan dan cabaran yang diberi. "Pencarian harta karun ini bukan sahaja menimbulkan kesedaran orang ramai supaya menjalani kehidupan mesra alam, bahkan menggalakkan para peserta supaya terlibat dalam kerja-kerja komuniti," kata Timbalan Presiden SP Setia, Datuk Voon Tin Yow. Barang-barang makanan yang dibeli akan didermakan kepada Rumah Pelindungan Agathians di Petaling Jaya, Selangor. Para peserta terbahagi pada dua kategori iaitu pemain baharu dan bukan pemain baharu. Bagi kategori bukan pemain baharu, kumpulan 2 Sneakies & 2 Innocents memenangi tempat pertama diikuti Hunters R US (kedua) dan 4 Ekor (ketiga). Kategori pemain baharu pula memperlihatkan kumpulan Earthling muncul juara, DKNY (kedua) dan Reds (ketiga). | |
| Interaksi manusia dan bangunan Posted: Interaksi manusia dan bangunan![]() Hubungan antara manusia dan bangunan menjadi tema pertandingan kali ini iaitu Building People. BERITA baik kepada peminat dunia fotografi. Jika anda mempunyai koleksi foto-foto menarik yang dirakam lensa kamera masing-masing, jangan ketinggalan untuk menyertai pertandingan fotografi berprestij anjuran CapitaLand Berhad dengan kerjasama National Geographic Channel. Bertemakan Building People, pertandingan peringkat serantau itu kembali diadakan buat kali ketiga dan turut memberi peluang kepada peserta mengikuti seminar fotografi yang dikendalikan oleh jurufoto pemenang anugerah National Geographic, Annie Griffiths. Di samping itu, peserta juga boleh memenangi akses istimewa ke jejak fotografi Griffiths yang diadakan buat julung kalinya di Singapura pada bulan Ogos 2012. Pertandingan ini telah bermula pada 13 April lalu dan tarikh tutup untuk menghantar penyertaan adalah pada 10 Jun 2012. Para peserta dikehendaki merakam gambar-gambar bercirikan interaksi bertenaga antara bangunan-bangunan CapitaLand. Ini termasuklah kediaman, pejabat, pusat beli-belah, kediaman servis, pembangunan bercampur serta manusia yang berada di bangunan tersebut. Selain Griffiths, panel pengadilan turut dibarisi oleh para eksekutif dari National Geographic Channel dan CapitaLand yang akan menilai semua penyertaan berdasarkan nilai estetik, keaslian, kreativiti dan sejauh mana ia menepati tema yang ditetapkan. Inspirasi landskap Pengadil juga akan mencari penyertaan kreatif yang menggambarkan cara bangunan-bangunan CapitaLand menginspirasikan landskap dan cara manusia berinteraksi dengan bangunan-bangunan itu setiap hari. ![]() WALAUPUN tidak bernyawa, sudut rakaman yang betul pada sesebuah bangunan mampu menjadikan ia kelihatan 'hidup'. Untuk menyertai pertandingan ini, peserta telah menghantar foto asli berserta dengan kapsyen kepada laman web Pertandingan Fotografi Building People CapitaLand- National Geographic Channel iaitu www.capitaland.com/ngc-photo. Tahun lalu, pertandingan tersebut telah menerima lebih daripada 1,200 penyertaan foto dari negara-negara Asia Pasifik dan Eropah termasuk Singapura, China, Australia, Vietnam, Malaysia, Indonesia dan Perancis. Bagi penyertaan yang berjaya, peserta akan dijemput menghadiri Seminar Fotografi Building People CapitaLand-National Geographic Channel yang eksklusif. Dalam seminar itu, Griffiths akan berkongsi tip fotografi yang tidak ternilai khususnya dalam merakam gambar-gambar bangunan dan manusia. Semua peserta juga berpeluang untuk mempamerkan hasil kerja seni mereka pada pameran fotografi Building People CapitaLand-National Geographic Channel yang akan berlangsung di ION Orchard Singapura pada penghujung tahun ini. Tiga pemenang utama akan membawa pulang baucer Capita bernilai sehingga SGD5,000 (RM12,295), kamera dan aksesori berjenama Nikon serta hadiah bermalam di mana-mana kediaman servis Ascott di serata Asia Pasifik. Orang ramai pula boleh mengundi foto kegemaran mereka melalui laman web pertandingan bermula Julai 2012. Pemenang dengan foto undian tertinggi akan dianugerahkan Pilihan Pengundi bersama dengan baucer Capita dan hadiah bermalam di kediaman servis Ascott. |
| You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Varia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |






