{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online - Varia

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online - Varia


Kumpul dana untuk terapi

Posted:

Kumpul dana untuk terapi

TIGA kanak-kanak ini begitu gembira mendapat bantuan dana bagi membolehkan mereka menjalani terapi bulanan hasil sumbangan P&G dan Guardian Pharmacy Malaysia melalui kempen The Gift of Learning.


BAGI si kecil Chong Yu Xin, 10, dia tidak dapat berjalan seperti kanak-kanak normal lain seusia dengannya. Dia menghidap sejenis penyakit palsi serebrum yang dinamakan spastic diplegia iaitu satu keadaan tidak normal yang menyebabkan kaki dan tangannya menjadi keras.

Bapa Yu Xin, Chong Hoi Khow, 42, hanya menginginkan satu perkara iaitu untuk melihat anak kesayangannya itu berjalan tanpa bantuan peralatan atau individu suatu hari nanti.

"Kadangkala, apabila saya berfikir mengenai masa depannya, saya berasa sangat bimbang. Saya bimbang Yu Xin tidak mampu menjaga dirinya sendiri apabila saya tiada nanti," katanya.

Setiap pagi, Hoi Khow akan menghantar Yu Xin ke Persatuan Kanak-Kanak Istimewa Ampang, Selangor (PKKIA) untuk menjalani rawatan fisioterapi dan hidroterapi serta latihan kemahiran motor halus.

Walau bagaimanapun, kos latihan dan terapi fizikal Yu Xin mencecah RM300 sebulan dan itu merupakan satu beban kewangan yang besar buat Hoi Khow.

"Walaupun rawatan itu amat penting bagi kanak-kanak ini, namun malangnya, tidak semua orang mampu berbuat demikian," kata Christine Wong, Presiden Persatuan Kanak-Kanak Istimewa Ampang, Selangor (PKKIA).

Cerita mengenai kanak-kanak kelainan upaya telah memberi inspirasi kepada dua syarikat, Procter & Gamble Malaysia (P&G) dan Guardian Pharmacy Malaysia untuk membantu melalui pembiayaan kos bulanan rawatan terapi mereka.

Selain Yu Xin, tujuh orang kanak-kanak kurang bernasib baik yang semuanya dari pusat jagaan berbeza di seluruh negara, turut mendapat faedah daripada inisiatif tersebut.

Tujuh lagi pusat jagaan yang terlibat ialah Tasputra Perkim, Persatuan Kanak-Kanak Istimewa Kajang, Pertubuhan Kanak-kanak Spastik Pulau Pinang, Pertubuhan Orang Kurang Upaya Perak, Persatuan bagi Kanak-Kanak Kerencatan Akal Johor, Seri Mengasih Centre Sabah dan Pertubuhan Autistik Sarawak.

Sebanyak RM19,200 telah diagihkan secara sama rata kepada kanak-kanak itu. Kes mereka dirujuk oleh pusat jagaan masing-masing sebagai individu yang paling berhak mendapat bantuan.

Walaupun bantuan tersebut tidak dapat menanggung sepenuhnya kos rawatan, namun ia dapat meringankan beban kewangan bulanan ibu bapa mereka selama setahun.

Pada 22 Mac lalu, P&G telah melancarkan kempen The Gift of Learning di seluruh negara untuk mengutip dana selama dua bulan dan menyasarkan kutipan sebanyak RM150,000 untuk lapan pusat jagaan kanak-kanak istimewa di seluruh negara bagi menyediakan terapi dan latihan percuma.

"Kami meminta pelanggan-pelanggan kami untuk mengambil bahagian di dalam program The Gift of Learning untuk membantu kanak-kanak istimewa, jadi kami juga harus melakukan perkara yang sama," kata Ketua Pegawai Eksekutif P&G Malaysia dan Singapura, Ellie Xie.

Pengurus Besar Bahagian Barangan untuk Guardian Pharmacy Malaysia, Soon Ai Lan berbangga menjadi sebahagian daripada kempen yang penuh bermakna tersebut.

"Kami harap dengan usaha ini dapat memberi inspirasi kepada orang lain untuk turut membantu kanak-kanak kurang bernasib baik ini," katanya.

Bahana dendam

Posted:

Bahana dendam

Manusia membalas dendam kerana mahu memberi pengajaran. - Gambar hiasan


DENDAM dan pembalasan sesama manusia mungkin merupakan antara kisah yang selalu kita dengar.

Dalam peperangan, manusia terus berdendam dan saling membunuh pihak yang bertentangan.

Banyak kisah pergaduhan sesama manusia yang kita dengar, sebahagian besar daripadanya berpunca daripada rentetan kisah dendam yang berpanjangan.

Kajian-kajian psikologi yang dijalankan sejauh ini menunjukkan dendam biasanya akan berakhir dengan pelbagai tingkah laku negatif, termasuklah bunuh, vandalisme, kelangsangan dan jenayah. Ini berlaku terutamanya kepada pihak lain yang menjadi punca kemarahan.

Bagaimanapun, dalam sesetengah kes, ada juga orang yang berdendam melakukan sesuatu yang merosakkan diri sendiri, misalnya melukakan diri sendiri atau mengambil tindakan yang lebih menakutkan, misalnya membunuh diri.

Seorang lelaki warga Pakistan baru-baru ini membunuh diri bersama dua anaknya dengan terjun dari sebuah kondominium. Besar kemungkinan ia disebabkan dendam yang disebabkan oleh masalah rumah tangga yang dialaminya.

Mangsa mungkin tidak berupaya melakukan tindak balas kepada sasarannya, tetapi mengambil tindakan pasif dengan merosakkan diri sendiri dan anak-anaknya.

Mengapa orang yang berdendam selalunya akan melakukan sesuatu yang adakalanya di luar kawalan?

Kajian-kajian psikologi menunjukkan pelbagai sebab mengapa manusia yang berdendam ini melakukan tindakan yang tidak terjangkau akal.

Antara sebab yang selalu disebut termasuklah untuk menjaga air muka, memberi pengajaran kepada mangsa, membina penghormatan dan mengembalikan harga diri.

Dalam banyak keadaan, semua ini dilakukan bagi memastikan kononnya keadilan sepadan akan dapat dicapai (getting even).

Oleh sebab itulah, dalam banyak kes dendam, kebanyakan serangan akan dilakukan terhadap seseorang atau objek yang menyebabkan punca dendam itu berlaku.

Ini bagi memastikan bahawa punca atau objek akan mendapat pengajaran yang bersesuaian dengan apa yang telah dilakukan.

Pembalasan juga mungkin tidak semestinya terhadap mereka yang melakukan sesuatu yang dianggap menyakitkan. Ia boleh jadi terhadap pihak lain yang dianggap mempunyai persamaan dengan individu atau mereka yang menjadi punca kepada dendam.

Dalam banyak kes, serangan pengganas misalnya telah menjadikan orang awam sebagai sasaran. Orang awam itu dianggap mewakili atau ada hubungan dengan mereka yang menjadi punca kepada dendam, walaupun hakikatnya orang awam tadi mungkin tidak mengetahui tentang sebab permusuhan.

Penilaian subjektif

Sungguhpun begitu, harus diingat bahawa manusia biasanya hanya menggunakan penilaian subjektif bagi melunaskan dendam mereka.

Ada tindakan yang adakalanya dilihat sebagai kecil sahaja, tetapi bagi sesetengah orang, ia dilihat sebagai hal yang besar.

Tindakan mengacah atau mengejek misalnya, kadang-kadang berakhir dengan tragedi pembunuhan. Ini kerana tindakan mengacah atau mengejek itu mungkin dilihat sebagai sesuatu yang menjejaskan kehormatan sesetengah individu.

Semua ini menunjukkan bahawa dendam adalah reaksi emosi yang berlainan antara seseorang individu dengan individu yang lain. Sebab itulah, dalam perhubungan dan interaksi kita dalam masyarakat, kita sepatutnya mampu membezakan sikap dan karakter seseorang individu agar tidak mencetuskan permusuhan.

Walaupun umumnya, dendam dan pembalasan ini melibatkan sesama manusia, bagaimanapun, adakalanya ia juga boleh melibatkan objek yang bukan manusia.

Memburu keadilan

Dalam kes di Sarawak baru-baru ini, seorang lelaki telah melakukan tindakan nekad dengan memburu buaya yang telah mengorbankan nyawa isterinya.

Dia terus memburu bagi memastikan bahawa keadilan akan dapat dicapai dan hukuman yang sepadan diterima oleh buaya yang menyerang isterinya.

Adakah dendam manusia terhadap objek yang bukan manusia merupakan tindakan yang pelik?

Secara psikologi, ia bukanlah perkara yang pelik kerana haiwan tadi dianggap sebagai 'objek' yang patut diberikan pengajaran.

Di Bangladesh, banyak harimau telah dibunuh kerana harimau ini dikatakan sebagai musuh yang telah mengorbankan banyak nyawa. Ini menyebabkan harimau dijadikan sebagai sasaran dendam manusia.

Bagaimanapun, ada sesuatu yang patut diberikan perhatian. Sebagai manusia, sia-sia untuk kita mempunyai sifat dendam terhadap haiwan.

Haiwan tidak menyerang atau melakukan tindakan seperti manusia. Mereka bertindak dengan menggunakan naluri dan bukan kerana dendam atau perasaan buruk seperti manusia.

Kajian-kajian menunjukkan bahawa dalam banyak kes, haiwan menyerang mangsanya kerana disebabkan keadaan lapar atau terancam. Ada pula kerana disebabkan oleh sifat biologikal haiwan itu sendiri.

Harimau atau singa misalnya, akan menyerang mangsanya kerana mereka dilahirkan dengan sifat untuk menyerang.

Haiwan seperti buaya pula biasanya akan menyerang mangsa yang dianggap telah menjangkau lingkungan kuasa 'taklukan' mereka.

Sebab itulah, sekalipun manusia terus memberikan pengajaran kepada haiwan, ia akan terus menyerang dan menjadikan manusia sebagai mangsanya.

Haiwan tidak mempunyai proses penilaian seperti manusia dalam tindakan-tindakan yang dilakukan. Ia menyerang manusia bukan kerana perasaan tertentu, tetapi kerana itulah naluri yang telah diciptakan untuknya.

Tuah 10 pembaca setia Kosmo!

Posted:

Tuah 10 pembaca setia Kosmo!

SERAMAI 10 pembaca setia akhbar Kosmo! terpilih untuk memenangi Kuiz Kosmo!-DoubleTree by Hilton.


PENCARIAN pemenang Kuiz Kosmo!-DoubleTree by Hilton yang disiarkan kolum Horizon pada keluaran Kosmo! 9 Jun lalu akhirnya terjawab.

Daripada lebih 200 penyertaan yang diterima, seramai 10 pembaca setia akhbar ini diumumkan sebagai pemenang utama selepas berjaya menjawab dengan tepat soalan-soalan yang dikemukakan di samping mencipta slogan yang paling menarik dan kreatif.

Lima soalan yang dikemukakan ialah mengenai DoubleTree by Hilton yang kini giat melaksanakan promosi istimewa dikenali sebagai Great Getaway.

Di samping itu, pembaca juga perlu melengkapkan slogan 'Saya layak menikmati promosi Great Gateway di DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur kerana ...', tidak lebih daripada 30 patah perkataan.

Tarikh tutup penyertaan ialah pada 23 Jun lalu.

Ismail Hussin, 42 dari Sekinchan, Selangor diumumkan sebagai pemenang utama Kuiz Kosmo!-DoubleTree by Hilton.

Kejayaan itu membolehkan beliau menikmati percutian mewah selama tiga hari dua malam di Terrace Suite, DoubleTree by Hilton berserta sarapan pagi untuk dua orang bernilai RM7,070 secara keseluruhan.

Sementara itu, dua hadiah tempat kedua pula dimenangi oleh Mohd. Yusoff Ismail, 35 dari Kuala Selangor, Selangor dan Junaidah Ibrahim, 32 dari Sungai Petani, Kedah.

Kedua-dua mereka berjaya menikmati pakej penginapan selama tiga hari dua malam di Deluxe Room, DoubleTree by Hilton berserta sarapan pagi untuk dua orang bernilai RM1,670 seorang.

Sementara itu, tujuh pembaca setia akhbar Kosmo! pula berkongsi hadiah sagu hati berupa baucar makan malam di Makan Kitchen untuk dua orang bernilai RM184 setiap seorang. Kesemua hadiah sah sehingga 30 Disember 2012.

Berikut merupakan tujuh pemenang hadiah sagu hati Kuiz Kosmo!-DoubleTree by Hilton:

1) ZALEHA ABDULLAH, Semabok, Melaka

2) MAZNAH SAPARIN, Kulaijaya, Johor

3) KHIRUL BARIAH MAT ARUP, Maran, Pahang

4) RIDZUAN AHMAD, Seberang Jaya, Pulau Pinang

5) ASPA ZAILAH MOHAMAD, Kamunting, Perak

6) MOHD. LUTFI ISMAIL, Setapak, Kuala Lumpur

7) ZURIMAM NGAH, Kota Bharu, Kelantan

Pemenang-pemenang akan dihubungi sendiri oleh pihak DoubleTree by Hilton menerusi panggilan telefon dalam masa terdekat untuk menuntut kesemua hadiah dan baucar yang ditawarkan.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat