Harian Metro: BeritaUtama
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: BeritaUtama |
Kanang anak Langkau meninggal dunia akibat serangan jantung Posted: 02 Jan 2013 10:36 PM PST KUCHING: Pahlawan dan askar Malaysia terkenal, Temenggung Datuk Kanang anak Langkau menghembus nafas terakhir selepas rebah di rumahnya di Sungai Maong, di sini, akibat serangan jantung, pagi tadi. Kanang, 68, disahkan meninggal dunia pada jam 1.45 pagi iaitu dua jam selepas dilaporkan rebah sebelum dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) menaiki ambulans. Turut mengiringi jenazah mendiang di Rumah Mayat HUS, adalah isterinya, Datin Brawang Chonggop, 58, serta anak-anaknya. Beliau dilahirkan di Julau, Sarawak, menyertai perkhidmatan Renjer Sarawak sebagai Pengesan Jejak Iban pada 21 April 1962, sebelum diserap ke dalam Renjer Malaysia apabila Persekutuan Malaysia diisytiharkan pada 16 September 1963.
Menamatkan khidmat sebagai Pegawai Waran 1, selepas 21 tahun terbabit dalam bidang ini, sebelum dianugerahkan Panglima Gemilang Bintang Kenyalang (PGBK) yang membawa gelaran Datuk oleh Kerajaan Negeri September tahun lalu. Mendiang hampir menemui ajal selepas peluru musuh mengenai jantung merosakkan satu buah pinggangnya, terburai usus perut dan terlantar di hospital selama 14 bulan. Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, mendiang akan diberikan penghormatan negara apabila disemadikan di Sarawak, Ahad ini. Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/03 |
Posted: 02 Jan 2013 02:05 PM PST MIRI: Seorang pelajar tingkatan dua yang sebelum ini menyuarakan keengganannya ke sekolah pada sesi petang kerana adik-beradiknya yang lain bersekolah pagi, ditemui mati tergantung di tingkap bilik di rumahnya di Desa Pujut, di sini, semalam. Alexander Ajang, 14, yang juga anak kedua daripada empat beradik itu ditemui tergantung dengan leher dijerut tuala dan baju yang diikat pada jeriji tingkap oleh bapanya, jam 12 tengah hari.
"Sebaik bapanya yang juga abang saya tiba di rumah, dia berehat di rumah tamu dan menyuruh anaknya itu mandi serta memakai seragam untuk ke sekolah.
"Bagaimanapun, semua ahli keluarga lain tidak mengendahkan kata-katanya kerana menganggap itu perkara biasa saja. Kami tidak menyangka dia akan mengambil tindakan drastik seperti ini," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/03 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |