{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: MukaDepan

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: MukaDepan


Jadilah pahlawan

Posted: 31 Jul 2011 10:49 AM PDT

MukaDepan

Seri Paduka titah rakyat tingkat kesetiaan, sedia berkorban demi negara

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, semalam mengajak rakyat bersama-sama dalam semangat 1Malaysia, meningkatkan lagi semangat kepahlawanan, patriotisme, kesetiaan, kecintaan dan kesediaan untuk berkorban demi negara.

Berucap pada sambutan Hari Pahlawan 2011 di Dataran Merdeka, di sini baginda bertitah, semangat sanggup berkorban demi negara di kalangan rakyat perlu dipupuk dan disemarakkan sepanjang masa untuk kesejahteraan rakyat. "Keamanan, kestabilan dan kesejahteraan yang negara nikmati hari ini, tidak dapat kita capai tanpa pengorbanan pejuang dan pahlawan negara. Rakyat dan negara amat terhutang budi kepada mereka yang sanggup melakukan pengorbanan tertinggi demi kedaulatan negara tercinta, iaitu pengorbanan jiwa dan raga," katanya.

Turut hadir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dan ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

Tuanku Mizan juga meminta rakyat tanpa mengira keturunan dan agama bersatu dan bersama-sama memberi penghargaan, sokongan dan bantuan sewajarnya kepada wira negara serta waris mereka.

"Beta bersyukur kerana kerajaan tidak pernah melupakan pengorbanan dan kesetiaan pahlawan. Sebagai mengiktiraf jasa dan pengorbanan pahlawan negara, pelbagai penghargaan dan pingat kebesaran serta keberanian dianugerah kepada mereka," titah baginda.
Yang di-Pertuan Agong juga berharap wira dan pahlawan yang masih menjalankan tugas meneruskan khidmat bakti murni kerana harapan masyarakat terhadap mereka amat tinggi.

"Sebagai perisai dan pedang negara, tunaikan amanah dan tanggungjawab terbaik, sesuai dengan semangat sumpah ikrar saudara dan saudari sekalian.

"Beta juga berharap anggota keselamatan dapat meneruskan perjuangan memelihara keamanan dunia yang menjadi prasyarat utama kepada kestabilan dan kemakmuran negara. Malaysia sebagai negara Islam unik dengan sifatnya berbilang kaum, mampu memainkan peranan sebagai pemangkin keamanan dunia," katanya.

Sambutan Hari Pahlawan disambut pada 31 Julai setiap tahun dan istiadat bermula dengan pemeriksaan barisan kawalan kehormat membabitkan anggota semua cabang pasukan keselamatan serta bekas anggota oleh Tuanku Mizan selaku Ketua Turus pasukan keselamatan negara. Acara diteruskan dengan deklamasi sajak, persembahan pantomin oleh 200 anggota polis, koir dan Paluan Fajar.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

cyberkerisz

Daulat Tuanku! Kami sedia berkorban demi menegakkan kedaulatan negara tercinta ini, InsyaAllah.

bujang

buktikan kita memnpunyai semangat patriotisme yg tinggi dgn mengibar jalur gemilang sempena bln kemerdekaan ini.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat