{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda lepar hilir - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda lepar hilir - Google Blog Search


Panas: UMNO Mengamuk Dekat <b>Felda Lepar Hilir</b>, Nurul Izzah <b>...</b>

Posted: 26 Feb 2012 06:18 PM PST

KUANTAN, 27 Feb - Amalan politik ganas yang berlaku terhadap pembangkang di seluruh negara kini menular ke negeri Pahang pula. Terbaru, samseng upahan UMNOterus mengganas dengan mengganggu ceramah Pakatan Rakyat, kali ini di Felda Lepar Hilir, dekat sini malam tadi. Sekalipun perbuatan liar di Parlimen Sembrong minggu lalu masih segar dalam ingatan rakyat, kejadian yang sebati dengan UMNO kebelakangan ini, kian berleluasa. Kali ini, Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar (foto) nyaris menjadi mangsa. "Budak-budak muda cuba pukul Nurul Izzah di ceramah kami di Felda Lepar Hilir. Saya dan Nurul Izzah diiringi polis keluar untuk elak samseng UMNO," katanya. Nik Nazmi menyifatkan keganasan samseng yang menghalang ceramah Pakatan membuktikan felda bukan lagi kubu kuat UMNO BN. Dalam reaksi awal, Nurul Izzah menyatakan syukur kerana selamat tetapi tidak gentar dengan kejadian itu, sekalipun berdepan gelagat liar samseng berkenaan. "Bersyukur pulang dgn selamat. Moga teman-teman di Felda Lepar Hilir juga bertahan dan bersemangat walaupun samseng-samseng Umno berlagak liar, ugut fizikal. "Tangan (penumbuk) hanya beberapa inci dari (wajah) saya ," katanya di twitter jam 1 pagi ini. Sehubungan itu, Nik Nazmi dan Nurul Izzah akan membuat laporan di balai polis Merchant Square berdekatan ibu pejabat KEADILAN jam 3 petang hari ini. Sementara itu, Ketua Cabang PKR Paya Besar, Hj.Zahari Mamat juga akan buat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan hari ini.[Apa yang terjadi di Felda Lepar Hilir 1 ini sungguh mengejutkan sebenarnya. Tambahan pula kawasan tersebut adalah merupakan kubu kuat UMNO BN. Maka, apa yang menyebabkan mereka terlalu gusar dengan sokongan yang ada. Kejadian ini membuktikan mereka kini begitu takut akan kalah dan kehilangan kuasa pada Pilihanraya Umum ke-13 akan datang sebenarnya. Lantaran itulah mereka terpaksa bertindak diluar batasan kemanusiaan dengan menyerang tempat ceramah pembangkang seperti yang berlaku semalam. Mereka kini sudah tidak berani lagi berhadapan dengan hujjah dan terpaksa menggunakan kekerasan untuk memastikan sokongan rakyat terhadap mereka kekal. Namun, rakyat kini sudah bijak dan tidak lagi seperti dulu. Mereka sudah pasti akan melakukan perubahan, jika inilah cara UMNO berjuang. Kemungkinan besar DUN Lepar akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat kini makin jelas kelihatan. Oleh itu, teruskan perjuangan demi masa depan rakyat yang mahu perubahan].

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat