Kosmo Online - Varia
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Varia |
| Ikrar sarapan pelajar luar bandar Posted: Ikrar sarapan pelajar luar bandar
TENAGA untuk kekal cergas sepanjang hari, setiap hari. Itulah mesej utama yang ingin disampaikan oleh Milo menerusi kempen nutrisi yang dinamakan Gerakan Nutrisi Milo. Kempen tersebut bertujuan mendidik ibu-ibu di Malaysia tentang kepentingan kanak-kanak mendapatkan keseimbangan antara khasiat dan tenaga yang betul dalam pemakanan mereka. Buat kali pertama, Milo Malaysia akan melancarkan kutipan ikrar selama sebulan menerusi laman Facebook Milo Malaysia. Ia adalah untuk meraih sekurang-kurangnya 10,000 ikrar yang akan membolehkan 10,000 sajian sarapan dibekalkan kepada para pelajar sekolah-sekolah luar bandar terpilih di seluruh Malaysia. Gerakan Nutrisi Milo bertujuan mendidik ibu-ibu bahawa amalan peminuman yang betul juga sama penting untuk tumbesaran kanak-kanak. Minuman sihat seperti Milo dapat membekalkan khasiat pemakanan tambahan dan melengkapi diet yang seimbang bagi memastikan kanak-kanak berada dalam keadaan terbaik. Dalam menekankan betapa pentingnya sarapan yang sesuai bagi kanak-kanak, kempen tersebut menjelaskan juga mengenai kandungan malt coklat Milo yang berzat, menyihatkan dan boleh memberikan tenaga. Kerajaan Malaysia bersikap proaktif menggalakkan pemakanan sihat di sekolah-sekolah dengan mencadangkan larangan jualan makanan tertentu. Program Bulan Khasiat Pemakanan Malaysia dan dasar 1Pelajar 1Sukan juga menunjukkan kerajaan turut memandang berat usaha meningkatkan kesedaran pemakanan serta gaya hidup aktif dan sihat. Menurut kajian yang dijalankan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 2008, hampir 30 peratus murid-murid sekolah rendah tidak bersarapan hampir dua hingga tiga kali seminggu. Pemakanan ideal "Dalam pasaran Minuman Khasiat Kesihatan di Malaysia, adalah menjadi tanggungjawab kami untuk mendidik ibu-ibu di Malaysia tentang pemakanan yang sesuai bagi anak-anak mereka. "Milo sudah bertapak di Malaysia selama lebih 60 tahun dan kami sentiasa komited untuk memberikan minuman berkhasiat yang terbaik kepada pengguna kami," kata Pengarah Eksekutif, Unit Kopi dan Minuman, Nestle Products Sdn. Bhd., Don Howat. Tambahnya, menerusi penyelidikan yang dijalankan sejak bertahun-tahun lamanya, pakar nutrisi Milo telah menemui keseimbangan yang betul antara vitamin dan mineral untuk memberikan tenaga serta khasiat yang mencukupi supaya kanak-kanak kekal aktif sepanjang hari. "Milo mungkin dikenali ramai kerana rasa malt coklat yang hebat, tetapi pengguna kami juga diberi jaminan bahawa kandungan dalam satu cawan Milo dengan Protomalt dan Actigen-E mampu memberikan anak-anak mereka khasiat pemakanan dan tenaga secukupnya untuk memulakan hari," ujarnya. ![]() JENAMA dan rasa minuman Milo sudah lama sebati dalam amalan seharian masyarakat Malaysia terutamanya kanak-kanak. Protomalt ialah sejenis ekstrak barli malt yang memberikan bekalan karbohidrat yang secukupnya untuk tenaga, manakala Actigen-E ialah kombinasi lapan vitamin dan empat mineral yang mengoptimumkan pembebasan tenaga daripada makanan. Menyedari bahawa para ibu yang menentukan pemakanan anak-anak mereka, sasaran utama bagi Gerakan Nutrisi Milo ialah golongan ibu yang mempunyai anak-anak berusia antara tujuh hingga 12 tahun. Kaji selidik Milo telah menjalankan kaji selidik ke atas ahli Dear Nestle untuk menggalakkan maklum balas atau soalan tentang nilai nutrisi Milo di laman Facebook (www.facebook.com/MiloMalaysia). Selain merombak laman web www.milo.com.my untuk memaparkan berita dan maklumat terkini tentang Milo dan aktivitinya, Milo Malaysia juga menggalakkan ibu bapa untuk menyumbangkan ikrar sebagai tanda sokongan kepada Gerakan Nutrisi Milo dilaman Facebook. Apabila jumlah ikrar telah mencapai sasaran 10,000 ikrar, 10,000 sajian sarapan yang ditaja sepenuhnya oleh Milo akan dibekalkan ke sekolah-sekolah luar bandar yang terpilih dari seluruh Malaysia. Kutipan ikrar tersebut akan berlangsung bermula 18 Jun hingga 18 Julai 2012. Dalam pada itu, aktiviti lain yang bakal diadakan adalah kegiatan di lokasi, penerangan ciri produk di pelbagai pasar raya besar dan pasar raya selain membuat kunjungan ke sekolah-sekolah. Bagi mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai Gerakan Nutrisi Milo dan ikrar yang boleh dibuat, sila kunjungi www.facebook.com/MiloMalaysia. | |
| Jersi amal Seeing is Believing Posted: Jersi amal Seeing is Believing
AWAL Mei lalu, pasukan bola sepak Liverpool bukan sahaja menutup perlawanan terakhir Liga Perdana England di halaman sendiri dengan kemenangan bergaya ke atas Chelsea 4-1, bahkan, mereka melakukannya dengan penuh nilai murni. Ini kerana demi memenuhi tanggungjawab sosial, pasukan itu bersama penaja rasminya, Standard Chartered, mengambil keputusan untuk menukar logo bahagian depan jersi yang disarung pemain semasa beraksi di Stadium Anfiled, Liverpool, United Kingdom. Menggantikan logo Standard Chartered dengan tulisan Seeing is Believing, ia merupakan kali pertama dalam sejarah pasukan Liverpool mempamerkan logo amal pada jersi pemain. Tamat permainan, jersi berkenaan kemudiannya ditandatangani oleh pemain Liverpool sekali gus menjadikannya sebagai jersi edisi terhad. Lelongan antarabangsa Dengan nilai eksklusif dan memori indah menumbangkan Chelsea pada malam tersebut, jersi itu kemudian di lelong kepada peminat Liverpool di seluruh dunia. Menariknya, setiap jersi yang berjaya dilelong itu kemudiannya akan dipadankan sekali ganda oleh Standard Chartered untuk menambahkan lagi dana Seeing is Believing. "Perlawanan antara Liverpool dan Chelsea itu ditonton oleh jutaan peminat bola sepak di seluruh dunia. Ia merupakan detik terbaik untuk kami meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai inisiatif Seeing is Believing," ujar Pengarah Kumpulan Kewangan Standard Chartered, Richard Meddings. "Apabila kami mula menaja pasukan Liverpool, kami tahu yang Standard Chartered dan Liverpool akan menjadi penyatuan terbaik. Tetapi, kini dengan Seeing is Believing kami melihat yang gabungan ini hakikatnya jauh lebih bermakna. "Semua duit hasil kutipan nanti akan disalurkan kepada projek membantu golongan cacat penglihatan yang miskin. Melalui rawatan atau pembedahan yang betul, kita boleh membantu kanak-kanak dan orang dewasa untuk kembali melihat dunia atau meningkatkan kualiti hidup mereka," ujarnya lagi. Inisiatif sejak dua tahun Kempen Seeing is Believing hakikatnya, bukanlah inisiatif baharu oleh Standard Chartered dan Liverpool kerana ia dimulakan sebaik sahaja termeterai perjanjian penajaan sejak hampir dua tahun lalu. Sesuai dengan namanya, kempen tersebut menyasarkan golongan cacat penglihatan di seluruh dunia. Bahkan, tahun lalu rombongan pasukan bola sepak Liverpool turun ke Kuala Lumpur untuk terlibat dalam program Seeing is Believing di negara ini. Antara aktiviti menarik ialah beberapa bekas pemain Liverpool menutup mata masing-masing dengan kain sewaktu bermain goal ball dengan pelajar Sekolah Menengah Pendidikan Khas (Cacat Penglihatan) di Setapak, Kuala Lumpur. Dalam permainan goal ball, penonton perlu sentiasa senyap kerana pemain bergerak berpandukan bunyi loceng yang diletakkan di dalam bola. Di peringkat global, terdapat 39 juta orang yang cacat penglihatan tetapi lapan daripada 10 kes kecacatan tersebut sebenarnya boleh dielakkan. "Seeing is Believing merupakan inisiatif yang sangat hebat. Kami sudah tentunya sangat teruja apabila jersi Liverpool digunakan sebagai sebahagian daripada platform untuk meningkatan kesedaran dalam kalangan orang ramai. "Ia bukan sekadar hanya untuk mengutip dana kepada golongan yang memerlukan, tetapi turut membuka mata mereka tentang keperluan golongan terpinggir," ujar Pengarah Urusan Liverpool FC, Ian Ayre. Selesai sesi lelongan peringkat antarabangsa itu, nilai kutipan untuk jualan jersi tersebut ialah AS$26,000 (RM82,927) dan apabila digandakan oleh Standard Chartered total keseluruhan dana yang dikumpulkan ialah sebanyak AS$52,000 (RM165,854). - ZAMRI RAMBLI | |
| SELAMATKAH BERCINTA DI ALAM MAYA? Posted: SELAMATKAH BERCINTA DI ALAM MAYA?![]() RAMAI orang terpedaya untuk memulakan hubungan dengan kenalan alam maya kerana terpengaruh dengan imej baik yang sengaja dicipta dan ditunjukkan. - Gambar hiasan KES pasangan bercinta melalui alam maya bukan lagi isu biasa. Berdasarkan pengalaman saya mengendalikan kes rumahtangga terkini, enam daripada 10 kes rumah tangga berpunca daripada cinta yang bermula di alam maya. Realitinya, individu tidak kira lelaki atau wanita mudah terpedaya dengan cinta alam maya kerana mereka ini terlibat dengan perhubungan tidak nyata. Secara khususnya, mereka ini tertipu dengan kebaikan diri pasangan yang tidak dikenali secara zahir dan berterus terang. Lazimnya setiap individu akan berusaha untuk menonjolkan yang terbaik bagi menambat hati rakan baharu yang dirasakan sesuai menjadi teman istimewa. Hubungan siber jadi lebih indah apabila pasangan baharu berusaha untuk memahami kekalutan yang dihadapi, kononnya sedia berkongsi apa sahaja permasalahan. Zina siber Saya pernah kendalikan kes pasangan yang bermasalah disebabkan si suami berzina menerusi internet, menggunakan e-mel untuk mengirimkan gambar-gambar bogel kepada pasangan. Perhubungan bertemu muka tidak berlaku dan sekadar bertukar gambar bogel masing-masing (secara spesifik, gambar alat sulit masing-masing sahaja, tanpa wajah) disertakan dengan ayat-ayat yang merangsang nafsu. Si isteri yang terjumpa kesemua e-mel itu pastinya tidak dapat bersabar apatah lagi menerima. Bukan saja suami, satu kes hujung tahun lalu, perkahwinan berusia enam bulan berakhir apabila suami mendapat tahu kerja jahat si isteri bermesej lucah dengan rakan-rakan siber. Hakikatnya, walau secara siber, tanpa pertembungan dua jasad, arahan syarak agar jangan mendekati zina telahpun berlaku dalam kes-kes di atas. Bukan saja berdosa, malah ia boleh merosakkan kebahagiaan perkahwinan dan diri sendiri. Mereka yang mendapat kepuasan melalui seks alam siber ini boleh dikategorikan sebagai melakukan onani dan boleh memberikan kesan kepada hubungan seksual suami isteri juga. Bertindak profesional Tidak ada salahnya suka berinternet atau mencari rakan di alam maya, cuma perlu pastikan anda bertindak profesional dengan menjadikannya sebagai satu kemudahan untuk mempertingkatkan keperibadian dan kecemerlangan, bukan untuk merosakkan diri sendiri dan insan sekeliling. Internet boleh digunakan untuk memudahkan segala urusan hidup seharian selain dapat merapatkan hubungan suami isteri yang berhubungan jarak jauh malah suami isteri yang tinggal serumah. Ikhlaskan niat anda untuk menggunakan kemudahan teknologi yang ada ini dan berusaha untuk tidak merenggangkan hubungan suami isteri atau keluarga. Pastikan biar apa juga yang dilakukan, pasangan dan anak-anak lebih diutamakan. Anda juga boleh berkawan semula dengan bekas kekasih atau bekas pasangan anda di alam maya. Tiada masalah kerana perpisahan yang berlaku dalam hubungan cinta atau perkahwinan bukan satu alasan untuk terus memutuskan silaturahim. Apa yang penting adalah anda perlu bijak dalam berkomunikasi dan tidak melampaui batas sebagai seorang rakan semata-mata. Pastinya anda tahu menghargai individu yang lebih utama dalam hidup anda. Kalau daripada kawan boleh menjadi kekasih, kenapa tidak boleh kekal berkawan selepas kasih berakhir? Perlu profesional dalam berkawan, bukan hanya kerjaya. Bagi pelayar laman-laman jalinan sosial ini, anda perlu ikhlas dan fokus terhadap tujuan anda melayari laman tersebut. Jangan saja-saja melayarinya tanpa matlamat. Kalau nak cari kenalan, pastikan hubungan betul-betul berjalan dalam keadaan yang dibenarkan oleh syarak dan moral masyarakat yang lazim bukan yang luar biasa hingga meminggirkan amalan budaya tradisi. |
| You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Varia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |






