{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: MukaDepan

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: MukaDepan


Sedu tangisan iringi ketibaan

Posted: 04 Sep 2011 03:41 PM PDT

MukaDepan

PM mahu pengorbanan jadi model

SUBANG: Pagi semalam suasana di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), di sini berbeza sekali apabila keluarga dan ribuan masyarakat pelbagai lapisan menunggu ketibaan jenazah wakil media yang terkorban ketika melaksanakan tugas membantu mangsa bencana kemarau dan kebuluran di Somalia.

Kesedihan dan bunyi tangis ahli keluarga kedengaran ketika pesawat C 130 yang membawa jenazah jurukamera BERNAMA TV, Noramfaizul Mohd Nor dan 54 anggota misi bantuan kemanusiaan itu, mendarat kira-kira jam 10.05 pagi. Sebaik mendarat, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang turut menunggu jenazah menaiki pesawat menemui anggota misi bantuan kemanusiaan itu.

Mereka kemudian bersama bapa Allahyarham Noramfaizul, Mohd Nor Mat Yassin, 66, dan ibu, Naemah Abd Majid, 63, serta ahli keluarga lain mengiringi jenazah ke van jenazah yang dibawa ke Masjid Pangkalan TUDM di Subang.

Pada sidang media selepas itu, Perdana Menteri menyifatkan pengorbanan Allahyarham Noramfaizul wajar menjadi model untuk merangka misi bantuan kemanusiaan seterusnya, selain merangsang semangat petugas media yang membuat liputan di kawasan berisiko tinggi.

"Allahyarham disifatkan sebagai wira negara dan kita patut jadikan pengorbanan beliau sebagai model, malah cerita dan kisah yang menimpanya wajar merangsang semangat kita untuk terus memainkan peranan dalam misi bantuan kemanusiaan seterusnya," katanya.
Najib berkata, pengorbanan Allahyarham Noramfaizul turut menaikkan imej Malaysia sebagai negara yang sentiasa berada di saf hadapan dalam membantu negara lain yang mengalami malapetaka atau kesengsaraan.

Beliau turut memaklumkan kerajaan akan memberikan bantuan kepada keluarga Allahyarham termasuk menanggung kos pendidikan dua anaknya, Mohd Irfan, 8, dan Mohd Naufal, 3.

Perdana Menteri berkata, Malaysia akan terus menghantar misi bantuan kemanusiaan dan memberi jaminan memberi perhatian khusus terhadap aspek kawalan keselamatan membabitkan semua peserta misi berkenaan.

Dalam misi bantuan kemanusiaan, katanya, aspek kawalan keselamatan dikendalikan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), pasukan pengaman atau kerajaan sedia ada dan permintaan di luar daripada yang mereka sanggup tidak akan diberikan.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

mick sawatan

Simpati mendalam terhadap seluruh keluarga Allayarham... Rm200k utk keluarga, sejumlah wang yg tidak boleh menggantikan kehilangan Noramfaizul namun satu daripada usaha meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga ini. Mengharapkan juga agar peserta kemanusiaan yang lain dalam kumpulan juga patut diberikan saguhati kerana keberanian mereka menyertai misi ini. Peranan mereka semua sama. RIP Noramfaizul... namamu di hati kami seluruh rakyat Malaysia

sabariah bt ibrahim

salam takziah kepada semua ahli keluarga allahyarham. moga beliau d tempatkan d kalangan orang2 yang soleh. amin!

shana

saya mengucapkan takziah kepada keluarga allahyarham semoga rohnya dicucuri rahmat dan diletakan di dalam golongan orang2 yang solehah. Saya berharap agar isteri allahyarham tabah dalam menghadapinya. Pada Datuk azeez tahniah saya ucapkan dalam melaksanakan misi kemaknusiaan ini.

AG DURAMIN BIN TAFA

salam takziah, kami mendoakan agar keluarga Allahyarham tabah menghadapi ujian ini.teruskan perjuangan demi agama, bangsa dan negara

ROZLAN AHMAD

Allahyarham Noramfaizul: Anda orang yang hebat.

Hazrul

Takziah diucapkan pada keluarga Allahyarham

md yassin

al-fatihah....moga allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bsama org2 beriman....amin...kapada semua ahli keluarga allahyarham, byk kan berdoa dan bersbr dlm menempuh dugaan ini.

shaun ng

salute!!! it's a really really big sacrifiece...condolence

mail

Al-fatihah buat allahyarham semoga dicucuri rahmat keatas roh beliau dan ditempatkan bersama-sama orang yg beriman. Buat keluarga yg ditinggalkan berdoalah semuga dapat berjumpa di akhirat nanti dan syabas kepada pasukan bantuan kemanusiaan kita yg telah berjaya

azmin

salam takziah pada keluaraga aruah sanggup pejuangan diri mengadai nyawa demi agama islam .seseorang mempunyai sifat rasa tersentuh dengan penderitaan orang lain ,ingin sama membantu,walau mengaadai nyawa sekalipun.malaysia harus bangga adanya mereka seperti dia dan ahli badan sukarelawan trlibat

shahril tahir

al fatihah..

Fazaldin Yunus

Ain nal lillah waina illah rajiun,Salam Takziah kepada keluarga Noramfaizul.Yang telah pergi tetap akan pergi dan tidak akan kembali,Yang tinggal Ambil lah iktibar,dan terima hakikat.Dari ALLAH kita datang dan kepada ALLAH kita akan dikembalikan.Kepada yang tinggal,ini memberi impak yang positif supaya kita dianjurkan berikhdmat didunia ini kejalan ALLAH.Tidak kiralah apa saja yang kita lakukan selagi halal dan diredai ALLAH maka perjuangan hidup cara ini lah yang dicari oleh orang beriman demi mencari makam tertinggi dalam amalan kita didunia bagi mencari bekalan untuk dibawa diakhirat kelak.IInsya Allah,Allah berkenan dan menerima kematian beliau sebagai SYAHID,Wallah huallam bisawab,Wassalam.

tegar mawar

kapada semua ahli keluarga allahyarham, byk kan berdoa dan bersbr dlm menempuh dugaan ini... semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkn di golongan org2 yg beriman dan terpilih.. amin....

rosnany

SEMOGA ROH DITEMPAT BERSAMA GOLONGAN ORANG YANG MULIA.. AMIN

mahilawati

al-fatihah....moga allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bsama org2 beriman....amin

nadyea althafunnisa

saya turut simpati dengan apa yang terjadi pada arwah noramfaizul,sem0ga r0hnya d cucuri dan d tempatkan dengan 0rang2 beriman. . .al-fatihah


'Noramfaizul mati syahid'

Posted: 04 Sep 2011 03:38 PM PDT

MukaDepan

KUALA LUMPUR: Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadut menyifatkan kematian Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor sebagai mati syahid akhirat kerana terkorban ketika bertugas dalam misi menghapuskan kejahilan, kemiskinan dan penyakit yang melanda Somalia.

Beliau berkata, mati syahid terdiri daripada tiga bahagian iaitu mati syahid dunia, mati syahid akhirat dan mati syahid dunia akhirat.

"Syahid dunia menjurus kepada peperangan kerana dunia, syahid akhirat pula merujuk kepada kematian yang disebabkan penyakit berbahaya seperti wabak taun atau ditembak, manakala pejuang yang mati disebabkan perang bagi mempertahankan agama Islam pula dianggap mati syahid dunia akhirat. "Dalam kejadian menimpa arwah, pahala kematiannya insya-Allah syahid akhirat, namun urusan pengebumiannya masih perlu melalui proses sama seperti jenazah lain iaitu dimandikan, dikafankan, disembahyangkan dan akhir sekali dikebumikan di tanah perkuburan," katanya ketika dihubungi Berita Harian di sini, semalam.

Beliau berkata, pemergian Allahyarham boleh diibaratkan sebagai sesuatu yang patut dikenang oleh semua lapisan masyarakat di negara ini.

Noh juga menyeru orang ramai melakukan solat jenazah ghaib terhadap Allahyarham sebagai menghargai pengorbanan beliau sepanjang menjalankan tugasannya.


Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat