{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: MukaDepan

Posted by Awanama

Berita Harian: MukaDepan


2 pengebom diburu

Posted: 23 Sep 2011 03:11 PM PDT

MukaDepan

CHAITHAT menunjukkan foto Suhaidi ketika ditemui media Malaysia di Narathiwat, semalam.

CHAITHAT menunjukkan foto Suhaidi ketika ditemui media Malaysia di Narathiwat, semalam.

Adik beradik terbabit kejadian di Golok dipercayai kumpulan pengedar dadah

NARATHIWAT: Dua beradik yang mempunyai kerakyatan Thailand dan Malaysia diburu pihak berkuasa Thailand kerana disyaki terbabit dalam kejadian pengeboman di pekan Sungai Golok, yang meragut lima nyawa, termasuk empat rakyat Malaysia minggu lalu.

Suhaidi Kubaru, 26, dan abangnya, Roslan, 27, yang juga anggota kumpulan pengedaran dadah terbesar di selatan Thailand, juga dipercayai terbabit dalam kejadian pengeboman pada Ogos dan September 2009 di pekan yang bersempadan dengan Kelantan itu.

Ketua Polis Narathiwat, Mejar Jeneral Chaithat Intanuchit, berkata Suhaidi dan Roslan dipercayai mempunyai dua kerakyatan menyebabkan mereka bebas berkeliaran di kedua-dua negara. Suhaidi Kubaru, 26, dan abangnya, Roslan, 27, yang juga anggota kumpulan pengedaran dadah terbesar di selatan Thailand, juga dipercayai terbabit dalam kejadian pengeboman pada Ogos dan September 2009 di pekan yang bersempadan dengan Kelantan itu.

Ketua Polis Narathiwat, Mejar Jeneral Chaithat Intanuchit, berkata Suhaidi dan Roslan dipercayai mempunyai dua kerakyatan menyebabkan mereka bebas berkeliaran di kedua-dua negara.

Suhaidi dan Roslan berasal dari Sungai Padi di sini dan sering keluar masuk ke kedua-dua negara. Di Malaysia, Suhaidi menggunakan nama sama tapi bin lain dan bukan Kubaru, katanya ketika ditemui media Malaysia di sini, semalam.

Chaithat berkata, pihak berkuasa Malaysia sudah dimaklumkan mengenai Suhaidi dan Roslan, yang dipercayai bersembunyi di Malaysia.
Difahamkan, Suhaidi juga terbabit dengan kegiatan membuat bom dan pada Disember tahun lalu dan polis Malaysia pernah menahan tiga rakyat Thailand di Pasir Mas, Malaysia atas kesalahan memperdagangkan senjata api dan mereka kini sedang dibicarakan di mahkamah. Polis Thailand percaya Suhaidi turut mempunyai kaitan dengan kumpulan ini.

Chaithat berkata, pihaknya mempunyai bukti jelas melalui CCTV menunjukkan Suhaidi berada di hadapan Hotel Merlin, Sungai Golok, beberapa minit sebelum kejadian bom itu berlaku 16 September lalu.

Seramai 35 saksi juga sudah ditemubual berhubung dengan kejadian ini. Kami percaya dapat menahan suspek tidak lama lagi, katanya.

Tiga hari sebelum kejadian pengeboman itu berlaku, Chaithat berkata, polis Thailand membuat rampasan dadah, senjata, emas dan wang tunai yang semuanya bernilai lapan juta bath (RM800,000) di selatan negara itu.

Chaithat berkata, akibat daripada rampasan itu kumpulan dadah berkenaan membalas dendam dengan mengebom beberapa kawasan di pekan Sungai Golok.

Sementara itu, Pegawai Pemerintah Regimen Laut Thailand, Kapten Somkeart Ponprayoon, berkata, 6,000 tentera dan 3,100 polis ditempatkan di wilayah Narathiwat.

Beliau berkata, kawalan ketat dikenakan di seluruh wilayah selatan Thailand bagi memastikan kejadian sebegitu tidak berulang lagi.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

wanjeff

tangkap dan pasang bom kat badan mereka dan letupkan. biar mereka merasa bagaimana org lain merasa bila kena bom akibat perbuatan yg tak bperikemanusiaan mereka itu.

pengayau

kalau terjumpa dua beradik pengganas ni,bom je terus.habis cerita.x yah nak naik turun mahkamah


Leave a Reply

Raja Alias

G. Musang

J. Bahru

Terengganu

A. Setar