{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda jengka - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda jengka - Google Blog Search


JOM Kolam ikan <b>felda Jengka</b> 10 | www.TriOsepOsen DOT cOm

Posted: 24 Sep 2011 09:34 PM PDT

Sesekali jalan jalan la kt kampung pulak,
Kolam ikan felda Jengka 10
Korang rasa ada ikan apa dalam ni? siapa tepat dapat hadiah.
Berbakti pada tanah membawa berkat yang senang kata bawa rezeki..gambar ni kolam ikan milik Pakde Bro di Jengka 10 Pahang..kalau ada tanah sawit boleh manfaat untuk ternakan contohnya kolam ikan ni..nak bela lembu atau kambing boleh je,duduk di kampung ni seronok sikit dari tinggal kat pekan besar sebab semua nak keluar belanja serta kos.
Paku pakis ada,apa lagi nak kangkung pun banyak kat sini serajin korang nak cari..maklum la anak orang felda la katakan begitulah, berbakti pada tanah membawa berkat...korang rajin membawa rezeki melimpah.
huhh terus terang rasa nak berkubang je kat sini jom mandi manda..korang nak tak!
jom jalan di  felda Jengka 10 bersama Bro ahmad.
psst : ini kolam ikan ehh bukan swiming pool..harap faham untuk itu hahaa..p.

terima kasih berkunjung kat blog ni..ada salah silap minta ampun dan maaf banyak2 yea..happy blogging and fun..tingalkan jejak kat bawah ni,untuk senang kunjung balas..yang benar :Bro ahmad, admin blog @ tuan tanah dan pemilik blog trioseposen T__T suka? tekan like:)nak komen tekan (Reply)

Lagi peneroka <b>Jengka</b> saman <b>Felda</b> RM510 juta

Posted: 19 Sep 2011 05:09 AM PDT

TEMERLOH, 19 Sept: Felda bakal berdepan musibah terbaru sebaik menerima tuntutan saman lebih RM510 juta dari peneroka di kawasan Jengka, Pahang dalam jangka masa terdekat.

Ini berikutan 345 lagi peneroka menyerahkan borang waran pelantikan peguam yang menjadikan jumlah keseluruhan mereka yang menyaman Felda di kawasan itu setakat ini adalah seramai 1,056 orang, lapor Keadilan Daily.

Pada Julai lalu, Felda disaman oleh 711 peneroka di kawasan itu, selain deretan saman dari peneroka di Kelantan, Johor, dan Negeri Sembilan.

Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR, Suhaimi Said dalam laman blognya mendedahkan, jumlah tuntutan oleh 1,056 peneroka terbabit merupakan jumlah terbesar setakat ini.

"Jumlah tuntutan sebanyak RM510,048,000.00 merupakan jumlah terbesar yang pernah dituntut oleh peneroka-peneroka Felda terhadap Felda," katanya.

Lanjutan dari kes ini, Jawatankuasa Bertindak yang mewakili peneroka-peneroka terbabit mengadakan Majlis Penyerahan Borang Pelantikan Peguam yang disempurnakan dengan kehadiran Pengarah Guaman PKR, Latheefa Koya di Markaz PAS Felda Jengka 17, semalam.

(Gambar: Latheefa Koya menerima borang waran pelantikan peguam dari sekumpulan wakil peneroka Jengka sambil disaksikan Suhaimi Said.)

Menurut Suhaimi, saman itu dikemukakan berikutan peratusan kadar perahan gred (KPG) buah sawit yang dimanipulasi oleh Felda dan kilang-kilang Felda.

"Mereka (peneroka) menuntut buah sawit yang ditolak oleh kilang Felda kononnya buah-buah itu mengkal, muda dan tangkal panjang, walhal buah-buah ini diuji di makmal dengan peratusan perahan sebanyak 20 peratus.

"Buah-buah sawit dari kawasan ini telah dihantar ke makmal dan disahkan peratusan perahan KPG (Kadar Perahan Gred) tidak pernah menurun dari 27 peratus sedangkan Felda hanya membayar kepada peneroka di atas kadar perahan antara 17 peratus hingga 19 peratus.

"Ini mendatangkan kerugian yang amat besar kepada peneroka-peneroka. Kiraan selama 15 tahun kerugian yang ditanggung oleh peneroka-peneroka melebihi RM400,000.00 bagi setiap peneroka," kata Suhaimi.

Leave a Reply

Raja Alias

G. Musang

J. Bahru

Terengganu

A. Setar