{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda tenggaroh - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda tenggaroh - Google Blog Search


Keluarga Angkat Di <b>Felda Tenggaroh</b> 02.

Posted: 22 Jul 2011 12:15 AM PDT

Hye r.e.a.d.e.r.s comot,

After seminggu baru aku dapat sentuh laptop dan online. Alhamdulillah aku selamat tiba di rumah. Perjalanan balik dari Larkin ke Temerloh buatkan aku kecut perut. Awal2 agi masa keluar dari perkarangan terminal bas Larkin, enjin bas mati.

Then, driver bas bawak laju sampai terlanggar binatang dekat area Bahau. Terkejut kami semua. Bas berhenti sekejap sebelum teruskan perjalanan. Aku rasa takut sangat.

Dalam hati berdoa semoga perjalanan selamat. Masa tu teringat kat ahli keluarga. Kalaulah jadi pape kat aku.. Erm, sedih kowt.!!


Tapi alhamdulillah, umur masih panjang. Aku masih diberi peluang untuk conteng2 sini. he2. Sekarang nak story kat u'olls tentang program yang aku ceritakan dalam entry lepas. Enjoy sangat buat program bancian dekat Mersing dan berkenalan dengan kawan2 lain.

Dekat FELDA Tenggaroh 02 aku dan Fatin ditempatkan di rumah keluarga angkat yang sama. Mak angkat kitorang, Che Tom namanya, layan kitorang berdua dengan baik. Masakkan makanan sedap2, dan kenalkan kami dekat jiran2. ;)


Meriah jugak rumah yang kitorang menginap nih. Akak2 angkat kitorang ramai. Dan ada 2 orang budak kecik kat dalam rumah tu. Yang paling kecil namanya Muhammad Amin Ikram. Dia selalu mengintai aku ngan Fatin kat bilik. Tapi bila aku datang dekat, dia jadi malu2 plak. he2.

Amin berusia 3 tahun. Dia nih unik sikit sebab jari tangannya ada 8 dan jari kaki ada 4 saje. Tapi, aku tengok dia dapat adapt dengan kekurangan tu dan react normal macam kanak2 lain. Suka tengok dia dan akaknya main tiup2 belon. Relaks je dia pegang bekas belon guna 4 jari. Comel.!!


Hari pertama ke dewan Tenggaroh 02 untuk perasmian, aku bawak motor keluarga angkat aku. Dah la aku tak ada lesen dan tak ingat jalan ke dewan. Jadi, kitorang main redah je.

Lastly, kitorang sesat sampai ke simpang luar Tenggaroh 02. Padahal dewan tu dekat je dari rumah. Aishh. Teruk betul. T__T

Hari kedua kitorang dah mula tahu jalan. Agipown aku mintak Fatin yang bawak motor. Aku dah tak confident nak bawak motor tu. Setakat motor Yamaha kat rumah nih, bolehlah aku merempit. Kalau suruh bawak motor orang, mula kelam kabut. ;)


Dekat FELDA Tenggaroh 02 nih, aku buat bancian berdua dengan Fatin. Dekat blok 5 tu, ada 2 rumah agi yang ambil anak angkat. Jadi, kami berkenalan dan bahagikan kerja.

Bila dah bahagikan kerja, tak banyak rumah yang aku kena banci. Petang hari kedua, group blok 5, aku, Fatin, Ekin, Dayah, Daoh, dan Shahril dah siap banci. So, last day, group kami tolong buat bancian untuk group lain.

Petang plak, ada aktiviti sukaneka. Tapi aku dengan Fatin datang lambat sebab tertidur. he2. Dalam pukul 6 petang baru kitorang tiba di padang. Sampai je, kitorang terus duduk tepi tengok kawan2 lain main game. Tak ada mood nak join.

Malam sebelum bertolak ke FELDA Tenggaroh 05, kitorang ada majlis perpisahan. Bersalam - salaman dengan keluarga yang ambil anak angkat kat situ. Sedih kowt nak berpisah. Mak angkat aku menangis masa bersalam ngan aku dan Fatin.


Aku pown menagis tak hengat ugak. Sampai 'jem' barisan tu disebabkan aku. ha2. Mak angkat aku ada kasi kain pasang untuk kami berdua sebagai tanda kenang - kenangan. Sweetnyer. Aku berharap kitorang akan berjumpa agi satu hari nanti.

Aku stop entry ini sampai sini dulu ye. Keluarga angkat dekat Felda Tenggaroh 05 aku akan ceritakan di entry yang berikutnya. Kalau gabungkan nanti penat plak korang nak scroll ke bawah. he2. See you then..!! www.tips-fb.com

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat