{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: MukaDepan

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: MukaDepan


DAP boleh keluar

Posted: 22 Sep 2011 03:34 PM PDT

KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, berkata beliau tidak kisah DAP keluar daripada pakatan pembangkang jika tidak setuju dengan pendiriannya mengenai pembentukan negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, DAP pernah keluar daripada kerjasama pembangkang ketika dalam Angkatan Perpaduan Ummah (APU) sebelum ini dan menyertai semula pakatan pembangkang selepas itu.

"Nak jumpa berapa kali jumpa dah... DAP dah keluar sekali dalam APU dulu. Tak apa saya kata... bye bye tak ada apa, sekarang ini dia masuk balik, jadi itu dia punya pasal.

"Kalau tak mahu buat negara Islam, kita buat bumi sendiri, jangan menumpang bumi Allah, buat udara sendiri, jangan menumpang udara Allah, buat matahari sendiri, jangan menumpang matahari Allah. Selagi kita menumpang di bumi Allah maka agama yang Allah rasmikan ialah Islam," katanya ketika ditemui selepas Himpunan Peserta Kursus Kenegaraan 2011, di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (PUTIK), di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai hasrat PAS menubuhkan negara Islam meskipun mendapat tentangan, terutama daripada DAP.

Semalam, akhbar melaporkan Pengerusi DAP, Karpal Singh terkejut dan mempersoalkan hasrat Kerajaan PAS Kelantan melaksanakan juga hudud kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Selain itu, Tun Dr Mahathir dilaporkan membidas Nik Aziz kerana menganggap beliau penghalang utama pelaksanaan hukum itu ketika menjadi Perdana Menteri dan bukannya Karpal. Dr Mahathir juga mencabar Nik Aziz melaksanakannya kerana beliau kini bukan lagi Perdana Menteri dan tidak boleh menghalangnya berbuat demikian.

Mengulas hasrat pelaksanaan hudud di Kelantan yang mungkin menjejaskan hubungan PAS dengan rakan dalam pakatan pembangkang, Nik Aziz menegaskan beliau tetap dengan pendirian itu.
"Saya tetap dengan agama Islam dan itu adalah yang diperjuangkan waktu mula-mula PAS diwujudkan. Ia bukan benda baru lagi... (mengenai) dialog, berapa kali dialog dah kami lakukan, sudah 20 tahun," katanya.

Di KUALA LUMPUR, Karpal berkata cadangan Nik Aziz mewujudkan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud sebagai membelakangi keputusan Muktamar Tahunan PAS ke-57, pada Jun lalu yang menukar dasar penubuhan negara Islam kepada negara berkebajikan.

Ia bukan saja dilihat tidak pragmatik, malah tidak kena pada masanya selain bercanggah dengan dasar pakatan pembangkang dan boleh menimbulkan ketakutan masyarakat bukan Islam.

Beliau juga hairan dengan kenyataan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang secara peribadi menyokong hasrat Nik Aziz menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hukum hudud.

"Pelaksanaan hukum hudud boleh mengundang kebimbangan masyarakat bukan Islam bahawa ada usaha untuk mewujudkan negara Islam seperti Arab Saudi dan Sudan yang melaksanakan hukum hudud sehingga wujud jurang antara masyarakat Islam dan bukan Islam," katanya ketika dihubungi.

Karpal juga berkata, Kerajaan PAS Kelantan harus pragmatik dan menerima hakikat bahawa Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi negara dan apa juga undang-undang berhubung kesalahan jenayah adalah termasuk dalam bidang kuasa Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, pakatan pembangkang juga perlu menyatakan pendirian berhubung isu berkenaan bagi meredakan kebimbangan masyarakat bukan Islam, tetapi menyifatkan kenyataan Anwar sebagai pandangan peribadi dan tidak mewakili PKR.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang, dalam laman sosial Twitter, berkata DAP konsisten dengan pendirian menolak penubuhan negara Islam serta hukum hudud yang dicadangkan PAS dan menganggap ia tidak sesuai dilaksanakan di negara ini.

Lim berkata, hasrat PAS menubuhkan negara Islam dan hukum hudud bertentangan dengan dasar pakatan itu sebelum ini dan sebarang perubahan perlu diputuskan ketiga-tiga parti.

Sementara itu Anwar berkata, secara peribadi beliau menyokong usaha kerajaan PAS Kelantan melaksanakan hukum hudud kerana ia tidak melanggar hak orang bukan Islam dan pentadbiran adil adalah dijamin.

"Buat masa ini, secara umum pada dasarnya saya percaya ini boleh dilaksanakan. Dalam perkara tertentu, terdapat jaminan yang jelas mengenai pentadbiran yang adil. Ia tidak mencabuli hak orang bukan Islam dalam apa cara sekalipun," katanya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

Anuar Abu Bakar

Karpal ni bkn apa, nanti kalau dah laksana hukum hudud, dia dn keluarga dia x boleh cari makan..., semua mesti ikut cara Islam, x ada konvensional lagi...

satriav6

tok nik esok jangan keluar statment cakap saya tak cakap macam tu surat khabar umno adakan cerita pulak

Don Guaq

Aku dh kata dah..memang Tok Det punya kenyataan punya agenda tersendiri.soal pakatan, DAP nk kuar bkn masalah besar sbb PR bukan mcm BN yg guna satu lambang dacing,rakyat Malaysia belum matang berpolitik.yg diperjuangkan adalah isu rasuah,penyelewengan,korupsi oleh BN.sbb tu PAS boleh bertahaluf dgn DAP.soal dasar tak penah berubah pun.

jawab

@sam : Kitab Al-Quran

ihzahar aini

Syukur....semoga PAS dapat melihat kembali akan perjuangannya yang tersasar...kini rakyat Malaysia menanti sebuah kerajaan Islam yang adil dan bukannya sebuah sandiwara politik semata-mata!
Jadikanlah PAS sebagai pemimpin bukannya DAP atau PKR.

fairoz usu

Hudud itu bagus, dengan hudud insyaAllah negara kita pn akan trus lbih maju tanpa sbarang masalah. PAS Kluar je dari pembangkang.

Hipokrit

Hudud ialah isu basi dan cerita basi. Kempimpinan PAS sendiri gila kuasa dan gila duit. Berapa ramai wakil rakyat PAS yang ada rumah kecik di Kelantan, tapi banglo besar di KL? Cerminkanlah diri sendiri dulu.

anas

klau sapa yg x faham tentang hudud cari guru utk memahami, jgn sebarangan keluarkan statement...

Jemie

macam-macam komen kita boleh lihat kat cni.ini melambangkan manusia mempunyai pelbagai pendapat.nk saya highlight kat cni,klu nk komen tu,jgnla maen hentam je.kita hidu ni berlandaskan al-quran dan hadith..yang duk komen2 tu,da abis belajar semua ke.xpayah ambik banyak2 la,tafsir al-quran da abis baca ke belum.klu belum abis,xyahla nk komen sal hukum hudud ni.tuk guru tau la ape yang dia buat tu.korang bukan kata nak paham al-quran,baca ke x pon xtau.

wayang2 PRU sudah bermula...gendang mengenai HUDUD berbunyi kembali..hehehe

matdin

pru13 apa pulak..lama dh sebut, media je duk lebih2 skrg..tp baguih gak.. Kna fhm knp x bleh buat,Kalau bleh buat lama dh jlnnya.. X fhm ka karpal sebut tu.. Itu la halangan utama, perlembagaan tertinggi perlembagaan.. klantan duk bwh perlembagaan sama, kalau negeri dpt buat ubah perlembagaan bleh la nk slhkn TGNA.. Kalau x fhm psl hudud n perlembagaan, cukup dangkal mengutuk kelantan..

zzr

"DAN SIAPA SAJA YANG TIDAK MEMUTUSKAN DENGAN APA YANG ALLAH TURUNKAN, MAKA MEREKALAH ORANG-ORANG KAFIR ITU" (AL MAIDAH:44) "SEMBAHLAH ALLAH (SAJA), DAN JAUHILAH THAGUT."(AN NAHL:36).

AlGhazali

Politik islam ni kenalah berjuang menegakkan hukum islam. Setakat memperjuangkan negara berkebajikan semua negara bukan islam/parti non islam lain pun macam tu.Wahai pemimpin pas kembalilah kepada perjuangan sebenar kerana Allah dan jangan kamu menggunakan akal kamu maka sedikit demi sedikit terpesong dari jalan yg di perintah Allah kerana dorongan hawa nafsu & keseronakan dunia semata2.

Nuri Sabrina

Hukum Hudud memang perlu dibuat di muka bumi ini. Yang penting pemimpin yang betul-betul islam dari Parti-parti politk UMNO, PAS, PKR kena cari jalan berdamai. bukan macam Dinousor sembur api sana sini.

ZORRO

Dulu lagi patutunya kat KEDAH, PAS bersatu dengan UMNO takbir negeri Kedah dan boleh lihat jadi macam mana...banding dengan Perak dan Selangor. Mungkin lebih baguih PAS bersatu dengan BN dan takbir negara ni dengan Undang2 Islam (sebut HUDUD orang bukan Islam takut sgt/ ada gak org Islam tak tau apa2 pasal Hudud). Zorro sentiasa sokong pemimpin yang pentingkan rakyat tak kisah darimana parti beliau...tapi la ni nampak mcam BN aje yang lebih utamakan RAKYAT.... yang lain-lain asyik nak bergaduh/bertengkar/bercakaran/berdebat tak habis2

Jebong

Dah 20 tahun demo perintah Kelate...bila dah dekat PRU...timbul balik hukum Hudud...jebong..jebong

malaysia bukan negara penganas

mima

Alhamdulillah... PAS telah kembali berjuang di landasan yg sebenar, tahniah Tok Guru kerana kembali berani!

Zek

Sebenarnya Islam untuk semua. Kalau kita gunakan undang2 Islam, insyallah semua orang (islam dan bukan Islam) akan terbela. Ini kerana undang-undang islam ialah dari pencipta langi & bumi dan segala isi kandungannya. Dia MAHA mengetahui segalanya aoa yang kita takmketahui. Wallah hu alam

fauzi Salleh

Harap Kelantan tak jadi mcm Negara Afghanistan dulunya.Islam menjadi terlalu ekstrimis di sana.Kesian penduduknya ramai yang cacat yg bukan dari azali.

putihkaseh08

betul tu, dah lebih 20 tahun tuan guru memerintah dan bercakap pasal hukum hudud ni, susah sgt ke nak buat, rasanye klau setakat kelantan tu tuan guru boleh buat dah sebab semua sokong tuan guru, jgn lah buat heboh tiap kali nak pilihanraya, lepas tu dolak dalik lagi 5 tahun akan dtg, syarahan tiap pelusuk pegi, tu lah telalu byk sgt mengumpat, lupa pulak nak laksanakan hukum tu .... tobat2 lah wahai org2 yg berkenaan, berpolitik utk kepentingan rakyat, beragama untuk umat muhammad .... aminnn

sam

UNDANG-UNDANG HUDUD YANG ENEKMEN NEGERI KELANTAN TIDAK BERLANDASKAN HADITH DAN ALQURAN. UNDANG2 HUDUD ITU DIBENTUK OLEH MANUSIA YANG GILA KUASA POLITIK DI DALAM KEADAAN TERGESA2. HUDUD MESTI BERLANDASKAN HADITH DAN ALQURAN. ZAMAN NABI DAHULU BELIAU MENGHUKUM ORANG ISLAM BERDASARKAN ALQURAN DAN MENGHUKUM ORANG YAHUDI BERDASARKAN THAURAT. DI MALAYSIA NAK HUKUM CINA, INDIA, SIAM, SINGH, BAJAU, DAYAK, IBAN, KADAZAN, MURUT DAN SEBAGAINYA NAKA PAKAI KITAB APA???

Adlin Tajuddin

Tujuan Pas melaungkan kembali isu hendak melaksanakan hukum hudud di Kelantan jika mereka memerintah hanyalah bertujuan untuk meneruskan survival politik mereka di Kelantan untuk menarik sokongan golongan warga tua yang menjadi penyokong tegar mereka sedangkan umum mengetahui mereka tidak mampu melaksanakannya setelah lebih 20 tahun memerintah Kelantan. Mereka cuba menyalahkan pihak umnokerana dikatakan menghalang niat mereka sedangkan hakikat sebenar mereka sendiri tidak reti bagaimana hendak menegakkan hukum Allah itu. Jika mereka menang 10 kali PRU pun mereka tetap tidak akan melaksanakannya. Kita jangan terpedaya dengan putarbelit mereka ini.

buah pala

kapal singh pernah kata ....langkah mayat dia dulu kalu Pas nak buat undang-undang islam. Pah lagu mano tok guru

biskut_cotek

Kalaulah bergelumang dengan pelbagai maksiat dan anak/isteri pun tidak boleh hendak menjaganya, bagaimanakah hendak menyokong perlaksanaan hudud?

roslan othman

ambo setuju benar kalu tok guru nak uat hukum hudud @ undang-undang islam kat kelate..tapi kalu nak uat biar betul-betul, jange dok gimik sebab nak PRU 13 jah..cite lagu ni dah lama ambo dengar..tapi tak jadi-jadi..jadi ambo harap kali ni jadilah..

Abdullah

Ya Allah, Panjangkan lah umur Tok Guru Nik Aziz, nak sangat tengok hukum hudud dilaksanakan.

sydatul ezani

biarlah tok guru cuba mempraktikkan hukum hudud di kelantan.kita tgk dulu sewjauh mana kebekesanannya..jangan sampai separuh penduduk kelantan keluar hijrah kat negeri lain dah ler..takut nnt ada pihak lain plak yang ambil kesemptan.

GGANU

Berhati-hatilah apabila membicarakan hukum-hukum Allah (hudud & qisas), kerana dikhuatiri boleh menjejaskan aqidah kita sekiranya kita tidak mendalaminya. Tambahan lagi, kita pula nampaknya berselera untuk mengulas mengikut hawa nafsu sendiri.

Bertaubatlah....

Teruskan Tok Guru..Kata-kata pelekeh dari manusia yang mengaku Islam memang tak habis2..Ramai masih ragu2,berkalau-kalau, boleh ke tak, adil ke takdan lain2, ini suara orang yang ragu terhadap ALLAH..Memang itu suruhan Allah dan yang dibawa oleh RasulNYa ...KAMI PATUH DAN KAMI TAAT..

kakikus_69

cakap je ore kelate....tp masih dangkal! Kenapa nak pikir org bukan islam itu terlepas dari hukuman?..klu dah terbukti bersalah dlm sivil kena hukum le jugak..

rakyat malaysia

kwn stuju n sbg muslim tau hukum hudud wajib dlaksanakn,tp kwn kurang yakin prlksanaannye bleh dbuat dbumi mlaysia ni krana kpelbagaian kaum.kt sdiri tau de golongan bkn muslim xmo hukum hudud dlaksanakn,n hal ni bleh mnyebabkn prpecahan dlm masyarakat kalo xdbendung dgn btl.kwn rs skrg ni pe yg penting kt sbg rkyat,sbg muslim jlnkn tgjwb kt dulu dgn pelihara peribadi sdiri sbg muslim,de akal gunekn utk kbaikn n mnolak kmungkaran..br bkn muslim tau Islam agama yg indah,adil n baik.kt jg dulu bekaln kt sdiri utk akhirat,pd org2 politik,diaorg msg2 dh tua,taula diaorg pk n jg bekalan akhirat diaorg sdiri..wasalam..

Yangretibase

Mustahil Najib izinkan Kelantan mempraktikkan Undang-Undang Islam di Kelantan. Saya fikir, kurang bijak bagi PAS menyebut 'hukum hudud' sahaja; PAS kenalah menggunakan rangkaian istilah "UNDANG-UNDANG ISLAM" yang menyeluruh sifatnya.

cikwan

kalo celupar hok gini, kawe salute abis kat simulut celupar nih..ni baru celupar keno tepak...tp esuk lusa jange mintok ampung pulok pado si kapalla puding tuh..ato pung dh mulo nok sping lar pulok...jap negaro isle, jap negaro kebajike..mano satu nok ikuk nih..pening, fenin...

ore kelate

Maaf yer. Sesiapa yang kata undang islam hanya untuk orang islam, kawe rasa kalian kena membaca tentang prinsip keadilan dahulu. Kawe bagi contoh, seorang perempuan dirogol oleh 4 orang, 2 org bukan islam dan 2 org islam. Semasa menjatuhkan hukuman hudud/qisas siapa yang patut kena hukuman? adakah 2 org bukan islam tadi dilepaskan/hukuman lain dan hukumannya tak sama sepertima orang islam dikena hukuman hudud? Fikirkan lah...ada banyak lagi kes tentang keadilan.

hajimin HM

Tahniah Tok Guru, jangan takut kerana undang2 Allah lagi tinggi dpd perlembagaan dunia di mana saja. tahniah sekali lagi kerana buat pendirian tegas ...

kandar selamat

Gapo weh! cakap aje gimik! Hudud jangan digimikkan; lebih-lebih lagi PRU 13 dah dekat. Itulah nasib rakyat negeri Cik Siti Wan Kembang .....bercelaru antara Islam dan PAS.

ore kelate

Ambo sokong sangat pelaksanaannya di Kelantan. Tetapi sesiapa yang nak buat itu mesti jelas dari aspek perundangannya serta hukumannnya. Biar rakyat jelas dan faham. Jangan hanya bermotifkan politik untuk mendapat sokongan semula rakyat setelah sekian lama mengwar-warkan "negara kebajikan" seakan2 ditolak oleh rakyat. Perlu diingat pelaksanaannya berprinsipkan keadilan kepada rakyat islam dan bukan islam, kerana hukuman bukan sahaja dikenakan kepada orang islam tetapi bukan islam juga. Islam untuk semua... insyalah hidup di bumi Kelantan aman.

KHAIRUL

aku bangga dengan nik aziz dengan keyakinan dan ketegasan beliau dalam isu hudud

jahni

SYABAS kepada hamba2 Allah yg berani kerana Allah & takut juga kerana Allah....jgn jadi BACUL! Jgn cakap kosong....kalau benar maka bersuaralah, syabas Tuan Guru! Semoga ramai lagi pemimpin yg mengaku Islam lebih berani....kerana Allah.

shahrul

ni semua gimik pilihanraya je....si anu-war tu sokong pasal nak dapatkan kembali sokongan melayu yg ternyata dah menyokong dia....so dia buat la satu kenyataan menyokong si n.ajis tu...ini semua permainan politik je.....buang masa je kita keluaran dalam akhar....baik keluarkan berita isu2 nasional mcm PM kita buat perubahan untuk negara, menolong rakyat berpendapatan rendah, memberi pertolongan kepada usahan2 kecil dan sedarhana, lagi berfaedah....rasanya majoriti rakyat umumnya melayu dah jelik dan rasa jijik dengar cerita pasal PR ni terutamanya kisah video seks si an-war ni....dah terang lagi bersuluh....sendiri mau ingat la...

jahni

Hukum Hudud...... ia bertindak melindungi yg patut dilindungi dan menakutkan yg patut ditakutkan....tak buat salah, tak kena hukum. Jika buat salah memanglah patut dihukum.....sesiapa yg AGAINST hudud maka mereka ini sebenarnya CRIMINALS kerana hudud hanya menghukum penjenayah. HUDUD - AGAINST = CRIMINALS.

jahni

"....over my dead body", kalau nak islam biarlah 100% islam.....jgn bersekongkol dgn org yg TERANG2 meremehkan islam....PAS sangat kuat tapi tampak lembik bila berkawan dgn DAP....sedih! Pakatan sia2 yg merosakkan imej PAS sendiri, lebih byk rugi dari menang. Tak perlulah teruskan HIPOKRASI, DAP tak akan sokong Islam...muktamad!

bukri bfd

Baru ada pendirian.....kenapa kita takut sehingga ikut telunjuk orang.Jangan ubah dasar yang dahulu diperjuangkan sehingga sangup gadai maruah orang islam sendiri.Sepatutnya sudah lama kita berfikiran begini...dan tunjuk kematangan dalam berpolitik.Kawan-kawan juga, tapi pendirian kena buat.Jangan ikut telunjuk .La ni kawan sedap hati....

awal

Undang-Undang(HUDUD) islam UNTUK orang ISLAM,yang BUKAN beragama islam tidak perlu risau.

ayob awang

Tok ayah, buat je jangan belit2 lg, kita cuba kt Kelantan dulu, kalau berjaya kita buat Satu Malaysia,···Dah 21tahun memerintah asik cakap benda yg sama je (HUDUD)Tapi habok pon tarak,,,pasal tu kapir laknatullah berani mempersendakan ISLAM cakap lebih tapi tak dikotakan, ,(Ikut alquran&sunnah Rsw insaalah selamat dunia ahirat, tapi ikut kata hati dendam kesumat hancur lah sesama umat)ALLAHHUAKBAR.,

Adi

Sesungguhnya kami taat dan kami patuh atas segala suruhan Mu Ya Allah.. Kami rela dibenci oleh manusia kerana menunaikan suruhan Mu, asalkan kami tidak dibenci olehMu.Sesungguhnya kami ini insan yang lemah Ya Allah.

Muhidzir Baharum

Tuan Guru teruskan.Karpal Singh hukum hudud bukan untuk org bukan islam.Hukum Hudud utk org Islam.Teruskan Tuan Guru.

buya ben

sama-sama kita memperkuatkan akudah kita kepada islam..Hudud adalah hukum Allah.Jangan kita orang islam mempertikaikannya.Biarla orang kafir saja berfikir demikian.Undang2 Allah sesuai sepanjang zaman.Jika dilaksanakan,InsyaAllah berkuranglah segala masalah maksiat,rasuah dan segala dosa.Semoga ia menjadi kenyataan.Amin

orangkecil

Datuk, tolong HORMAT dgn agama lain.. M'sia berbilang agama

mhr

mmg susah, sorang angin barat, sorang lg angin timur..mmg tak akan sehala, mustahil..kalo sehala tu kena ubah menghala kelaut biru..Barisan Nasional..

nor azlan ampang

Kpd PakNik Aziz: Laksanakan janji anda..dah 20Th dah PAS perintah KELANTAN janji hanya janji sampai sekarang belum tertunai..

hamba Allah

BETUL APA YANG DIKATAKAN 0LEH NIK AZIZ DAN ANWAR. ORANG BUKAN ISLAM DIJAMIN DALAM KEADILAN ISLAM.

hassim

Yakinlah Allah sentiasa bersama orang yang beriman. Bila kita mengingatiNya pasti Dia akan mengingati kita.

mohamed

Allahamdulilah. Sokong 100% teruskan sblm terlambat.Jgn takut ssama makhluk. Allah tetap bersama Datuk.

luqman

Kita tengok siapa yang mengalah (Kalah) PAS ke DAP? Penyokong mereka ni main ikut saja tak boleh di ambil kira "taksub".

semua tu adalah sandiwara politik pembangkang untk meraih ndi dalam pilihanraya ke 13 nanti

Ishak BP

PAS dah hilang arah bila bersatu dengan PKR dan DAP..... kembalilah ke landasan yang selalu dilaung-laungkan.Masalahnya, sikap,perangai dan tingkahlaku mestilah bersesuaian dengan muslim yang sejati. Tak perlu jerit-jerit dan buat demo...seperti yang Mat Sabu dan geng-gengnya buat dalam BERSIH dahulu...Dan langkah selanjutnya berilah peluang pada orang muda memimpin PAS. Nik Aziz perlu berundur.......

GGANU

Salam,

Kewajipan didalam Islam itu bukan sekadar bersolat, berpuasa , berzakat dan mengerjakan haji malah banyak lagi tuntutan-tuntutan yang lain seperti kewajipan menutup aurat, mencegah kemungkaran dan melaksanakan hukum hudud @ qisas.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat