{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda chuping - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda chuping - Google Blog Search


Blog Felda: <b>felda chuping</b> - Google Blog Search

Posted: 11 Sep 2011 12:00 AM PDT

PADANG BESAR – Tiga termasuk dua pelajar sekolah agama rakyat terbunuh apabila van yang mereka naiki dihempap sebatang pokok besar berhampiran Kilang Gula Felda Perlis, Chuping, hari ini.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Che Man Md Dros, berkata kejadian berlaku kira-kira 9.15 pagi ketika kenderaan yang membawa lapan pelajar berusia antara 14 dan 17 tahun itu dalam perjalanan ke kilang berkenaan dari arah Beseri.

Pokok besar yang tiba-tiba tumbang dan menghempap bahagian depan van menyebabkan pemandu dan dua pelajar Ma'ahad Attarbiyah Al Islamiyah (Matri) Tunjong terbunuh.

Mereka dikenali sebagai Shahidan Ali, 67, dari Beseri; Ahmad Izzat Ismail, 17, dari Tanjong Tokong, Pulau Pinang dan Hazman Bakhtiar Sharizan, 14, dari Taman Kenanga, Kulim, Kedah.

Seorang lagi pelajar, Mohd Ahnaf Anissofian, 14, cedera parah dan dirawat di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) manakala lima lagi penumpang hanya cedera ringan.

Kejadian berlaku ketika hujan dan mereka dikatakan dalam perjalanan dari Matri untuk melakukan tugasan kajian tempatan anjuran pihak sekolah di kawasan kilang itu.

Seorang pelajar, Zulfadhli Rodzi, 14, berkata, ketika menghampiri kilang itu, sebatang pokok tiba-tiba menghempap kenderaan mereka menyebabkan pemandu dan dua rakannya terkorban.

Beliau yang duduk di kerusi belakang berkata, mangsa yang cedera ringan keluar melalui tingkap van dan meminta bantuan pengawal keselamatan kilang itu.

Mangsa yang terkorban dikeluarkan daripada kenderaan yang remuk pada bahagian depan itu oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.

Sementara itu, Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu menziarahi mangsa yang maut di bilik mayat HTF hari ini. – BERNAMA

Related posts:

Blog Felda: <b>felda chuping</b> - Google Blog Search

Posted: 24 Aug 2010 12:00 AM PDT

Kategori Berita Lain

PM Setuju Pembangunan Bandar Felda Chuping -Dr. Md Isa

KANGAR, 24 Ogos – Sebuah bandar baru bakal diwujudkan di kawasan
ladang tebu Chuping dan komponen pembangunannya sedang diteliti, kata Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu.

Beliau berkata, kerajaan negeri telah mengenal pasti kawasan seluas kira-kira 800 hektar untuk dimajukan sebagai bandar baru dan cadangan itu juga telah dikemukakan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang melawat Perlis pada Jumaat lepas.

Bercakap kepada pemberita di pejabatnya hari ini, Md Isa berkata, Perdana Menteri telah bersetuju dengan rancangan pembangunan di tanah milik Felda itu dan bersedia menimbang peruntukan untuk memajukannya dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10).

Beliau berkata, antara komponen pembangunan yang dicadangkan di kawasan bandar baru yang terletak tidak jauh dari Padang Besar itu ialah perumahan, industri, perniagaan dan rekreasi.

"Perdana Menteri akan melawat Perlis Disember ini, yang antara lain (ialah) untuk melihat perkembangan cadangan memajukan kawasan itu," katanya.

Md Isa berkata, pembinaan bandar baru itu tidak akan melenyapkan industri gula di Perlis kerana kilang memproses bahan keperluan itu, yang terletak di kawasan berhampiran, akan terus beroperasi.

Mengenai nama bandar baru yang bakal diwujudkan itu, beliau berkata, setakat ini, kerajaan negeri belum mempunyai sebarang cadangan.

Bagaimanapun, cadangan pembangunan bandar baru itu akan dikemukakan kepada Perdana Menteri dalam tempoh terdekat, katanya.

Sebelum itu, Md Isa menyerahkan sumbangan zakat Koperasi Permodalan Felda Berhad berjumlah RM218,000 dan Felda Holding Sdn Bhd sebanyak RM6,800 kepada Baitulmal Perlis.

Hadir sama pengerusi Baitulmal Perlis Datuk Abu Bakar Ahmad yang menerima sumbangan zakat itu, pengarahnya Sokri Hussin serta pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis Malik Hussin. -Bernama

Berita Bertarikh 25 August 2010 Pada 7:29 AM

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat