{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda bukit goh - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda bukit goh - Google Blog Search


Blog Felda: <b>felda bukit goh</b> - Google Blog Search

Posted: 21 Jun 2011 12:00 AM PDT

Oleh Zulaffandi bin Ahmad

Saya teringat pada kali pertama menerima surat pelantikan sebagai pengetua di SMK Astana iaitu pada Mac 2007. Pada waktu itu, saya bertugas sebagai Ketua Unit, Unit Pengurusan Maklumat di JPN Pahang. Lama juga saya bertugas di sana, hampir tujuh tahun. Terasa tugas pada kali ini amat berbeza dengan tugas yang pernah dilakukan sebelumnya. Walaubagaimanapun kepercayaan dan keyakinan yang diberikan oleh Dato' Pengarah pada ketika itu akan saya jadikan sebagai cabaran.

Saya berasa agak gentar juga nak berhadapan dengan guru dan pelajar yang dikatakan mempunyai berbagai kerenah. Tetapi pengalaman menguruskan guru-guru data semasa di JPN sedikit sebanyak membantu dalam menangani perasaan tersebut. Teringat saya pada pepatah Melayu, ' di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung'. Di mana saya ditempatkan di situlah amanah dan tanggungjawab yang mesti saya laksanakan. Saya mula berfikir bagaimana nak jadi seorang pengetua.

Saya mendapatkan nasihat dan tunjuk ajar dari rakan-rakan pengetua yang sudah lama bertugas di sekolah . Antaranya adalah Simaon Kassim, Haji Karim dan ramai lagi. Banyak ilmu yang tiada dalam buku dapat dikongsikan. Seterusnya saya berjumpa dengan bekas pengetua SMK Astana Pn. Hajjah Rakiah Daud yang akan bertukar ke SMK Bukit Goh. Beliau banyak memberi maklumat dan tunjuk ajar berkaitan dengan SMK Astana, baik dari segi pencapaian sekolah, staf mahupun pelajarnya. Dapat saya simpulkan bahawa penentu kepada kejayaan sekolah bergantung kepada kebijaksanaan pengetua yang peka kepada keadaan sekelilingnya. Mencari punca kepada masalah dan menyelesaikan masalah berasaskan kepada punca tersebut.

Untuk mencari gambaran yang lebih jelas tentang sekolah, saya membaca buku pengurusan sekolah. Banyak maklumat yang dapat saya perolehi di dalam buku tersebut. Saya meneliti misi dan visi sekolah. Terdetik dalam hati ..... banyak yang perlu saya lakukan.

Setelah berada di SMK Astana selama hampir lapan bulan, saya diarahkan bertukar ke SMK Bukit Goh. Walaupun banyak program yang tidak dapat saya laksanakan, sebagai penjawat awam saya terpaksa akur dengan arahan yang telah diberikan. Nampaknya sekali lagi saya perlu berjumpa Hajjah Rakiah untuk menyelesaikan proses serah tugas. Banyak maklumat dan tunjuk ajar yang telah disampaikan. Kebetulan pula GPK Kokurikulum, Pn. Wan Norini dan cikgu Wan Sabariah merupakan rakan sekuliah semasa di Universiti Malaya dulu. Bukan itu saja, teman sekelas masa di SK Ahamd juga bertugas di situ. Kemesraan barisan pentadbir dan staf menjadi mangkin kepada saya untuk terus berusaha meningkatkan kecemerlangan sekolah.

Pada 1 November 2007, saya melangkahkan kaki ke SMK Bukit Goh, sebuah sekolah yang telah lama menabur jasa kepada anak-anak peneroka Felda. Murid yang belajar di situ merangkumi Felda Bukit Goh, Felda Bukit Sagu dan juga Felda  Bukit Kuantan. Di sekeliling saya banyak mata dan telinga peneroka yang memantau kecemerlangan sekolah. Jadi saya perlu berhadapan dengan tiga golongan iaitu guru dan staf sokongan, pelajar dan masyarakat setempat. Apa yang penting adalah saya perlu mempunyai perancangan dan tekad untuk berjaya. Insyaallah.

Seperti di SMK Astana, langkah pertama yang saya lakukan adalah mengingat sebanyak mungkin nama guru dan staf sokongan. Saya masih ingat pesanan Tuan PPD pada masa pertama kali mendaftar diri sebagai pengetua ..." Zul, ingat nama guru, itu penting". Bagi saya, kita akan lebih mengenali seseorang dan lebih mudah berinteraksi jika kita ingat namanya. Guru akan rasa dihargai jika kita sebut namanya. Saya juga pernah terbaca di dalam internet tentang teori kepimpinan yang mengatakan bahawa pengetua yang berkesan mesti dapat berkomunikasi dengan baik dan melaksanakan pentadbiran dengan melibatkan pekerja di bawahnya dengan cara yang disenangi, menghargai pendapat dan pengalaman orang lain. Secara tidak langsung ia akan melahirkan sikap staf yang kuat dan rajin bekerja.

Banyak perkara yang ingin saya lakukan bermain di kepala. Umpama sedang beratur menunggu giliran. Saya memfokuskan kepada disiplin terlebih dahulu. Saya  mengambil peluang mendisiplinkan pelajar tingkatan tiga yang telah selesai menduduki PMR kerana pada masa itu pelajar tingkatan lima sudah mula menduduki Sijil Pelajaran Malaysia manakala pelajar yang lain sibuk menjawab peperiksaan akhir tahun. Ini adalah peluang terbaik membentuk kerohanian pelajar dan seterusnya memantapkan disiplin diri. Alhamdulilah saya mendapat sokongan padu daripada guru-guru terutama guru disiplin.

Pada masa yang sama, pelajar yang mengambil SPM juga tidak diabaikan. Walaupun kedatangan saya ke SMK Bukit Goh agak lewat tetapi perhatian dan sokongan kepada pelajar-pelajar tingkatan lima sentiasa diutamakan. Ada pelajar yang terpaksa dijemput datang ke sekolah untuk menduduki peperiksaan. Begitulah hebatnya guru-guru pada masa sekarang, tugas bukan sahaja mendidik pelajar di sekolah malah terpaksa memantau pelajar hingga ke rumah.

Sepanjang cuti sekolah, saya mengatur strategi agar kecemerlangan sekolah dapat ditingkatkan pada tahun hadapan. Guru-guru kanan dan staf datang membantu walaupun pada masa cuti. Setelah 2008  membuka tirai, tugas dan tanggungjawab menjadi semakin berat. Walaupun pengalaman menjadi pengetua baru setahun jagung, tetapi saya berasa gembira kerana banyak perubahan yang dapat saya sumbangkan seperti pembinaan laluan gajah menyusur, stok perabot yang baru, surau dan sebagainya. Sebuah almari tersergam indah di laluan lorong ke tangga pejabat. Di situ ditempatkan semua piala dan sijil yang telah diperolehi oleh sekolah. Tujuan saya membina almari tersebut adalah sebagai perangsang kepada semua pelajar agar menyayangi sekolah dan berusaha untuk mengharumkan nama sekolah dalam apa jua bidang.

Saya amat berbangga dengan pasukan Robotik dan F1 sekolah. Bukan mudah bagi sekolah kategori luar bandar seperti SMK  Bukit Goh dapat menghasilkan pasukan Robotik dan F1 yang cemerlang. Usaha dan idea yang dicurahkan , pasti akan membuahkan hasil pada satu hari nanti. Tahniah buat guru dan pelajar yang terlibat.

Penerimaan dan layanan masyarakat Felda menyebabkan  saya merasa amat terharu. Mereka sangat perihatin dan ramah orangnya. Ada saja yang menegur sekiranya saya menjamu selera di gerai Roti Canai Edd berhampiran dengan sekolah. Sekali sekala saya masih lagi 'mengetih' di gerai roti canai tersebut. Walaupun saya tidak lagi bergelar pengetua SMK Bukit Goh, layanan masyarakat setempat masih seperti dulu. Itulah uniknya SMK Bukit Goh.

Ogos 2009 saya diarahkan bertukar ke sekolah yang baru dibuka, SMK Pelindung.Tidak pernah terlintas di sudut hati saya akan bertugas di sekolah yang di bina berkonsepkan percutian ala resort. Idea pembinaan ini dicetuskan oleh Dato' Haji Azmey bin Abu Talib selaku Pengarah Pelajaran Pahang pada masa itu. SMK Pelindung merupakan sekolah pertama di negara ini yang berkonsepkan demikian. Ramai pengetua yang berminat nak ke SMK Pelindung. Tanpa di sangka saya telah di beri amanah dan peluang menerajui sekolah tersebut . Itulah takdir namanya.

Pengalaman di dua buah sekolah sebelum ini saya gunakan untuk menguruskan SMK Pelindung. Perkara pertama yang saya lakukan ialah menetapkan hala tuju sekolah dengan menghasilkan misi dan visi. Sukar juga rupanya hendak memulakan perjalanan sebuah sekolah yang baru. Banyak yang perlu dilakukan. Namun kerjasama dan usaha semua warga SMK Pelindung menjadi semangat kepada saya untuk terus meningkatkan kecemerlangan sekolah.

Seperti biasa disiplin pelajar masih menjadi fokus utama saya. Bagi saya kecemerlangan akademik mestilah bergerak selari dengan disiplin pelajar. Tanpa disiplin yang mantap, walau berjuta program akademik di jalankan, misi dan visi  sekolah tidak dapat dicapai. SMK Pelindung sangat bertuah kerana mendapat pelajar-pelajar dari Asrama Seri Semai Bakti Kuantan. Sebelumnya , pelajar ini ditempatkan di SMK Astana. Atas faktor pengangkutan, semua pelajar asrama telah dipindahkan ke SMK Pelindung. Pelajar ini merupakan aset yang sekiranya digilap dengan betul, akan meningkatkan kecemerlangan sekolah.

Tahun ini merupakan tahun yang mendebarkan kerana calon SPM yang pertama akan menduduki peperiksaan pada bulan November nanti. Kejayaan mereka akan menjadi TOV atau titik mula sekolah untuk terus cemerlang. Saya percaya , berkat usaha guru-guru, pelajar dan ibu bapa, kejayaan pasti diperolehi. Saya sangat berharap agar saya dapat bertugas lebih lama di SMK Pelindung supaya semua program yang dirancang dapat dilaksanakan sepenuhnya .

Kepada semua warga sekolah, terima kasih atas segala kerjasama yang telah diberikan untuk membangunkan sekolah. Harapan saya adalah dapat memimpin dan mendidik dengan kaedah yang terbaik secara  berpasukan dan bersepadu agar hasil kecemerlangan nanti tidak hanya dalam bidang tertentu sahaja malah kecemerlangan dilihat sebagai aspek menyeluruh sebuah organisasi yang dipimpin iaitu SMK Pelindung.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Leave a Reply

Raja Alias

G. Musang

J. Bahru

Terengganu

A. Setar