felda jengka - Google Blog Search
Posted by Tanpa Nama
felda jengka - Google Blog Search |
WZWH: Program Pentas Pemuda UMNO Jerantut PDM <b>Felda</b> <b>...</b> Posted: 25 Mar 2013 02:48 AM PDT Program Pentas Pemuda UMNO Jerantut diadakan bagi menerangkan isu-isu politik semasa kepada golongan pengundi muda Jerantut. Pengundi Jerantut yang berdaftar terkini 58,000 pengundi. 27,000 pengundi bawah umur 40 tahun. Oleh itu YB Dato' Wan Amizan Wan Razak sebagai Ketua Pemuda UMNO Jerantut mahu pemuda UMNO turun ke setiap 54 PDM (Pusat Daerah Mengundi) di seluruh parlimen Jerantut merentasi 3 DUN iaitu DUN Pulau Tawar, DUN Damak dan DUN Tahan. Program ini juga melibatkan kerjasama GPMS, MAYC dan Belia 4B Jerantut bagi menarik sokongan pengundi muda disamping menjelaskan isu-isu semasa kepada seluruh pengundi.
Semua program bermula jam 8:45 malam. Orang ramai yang berdekatan dijemput hadir. Ini foto-foto Program Pentas Pemuda PDM Jengka 24 malam semalam. Dato' Wan Amizan Wan Razak calon popular parlimen Jerantut dikalangan pengundi muda sedang berucap menjelaskan isu-isu politik semasa kepada pengundi di PDM Felda Jengka 24. Petikan kata-kata YB Dato Wan Amizan Wan Razak... "Semasa rakyat susah..dimana mereka? Pada masa itu jalan masih tanah merah,berdebu..ada yang bijak dan pandai gagal ke sekolah kerana masalah keperitan dan tidak berkemampuan...Sekarang masa kita senang mereka hadir ingin membantu? kenapa? Kononnya merekalah pejuang..Pastikan Felda Jengka 24 ini kita kosongkan peti undi mereka!" Ada microfon, ada layar screen, power point presentation, janji boleh mengumpulkan pengundi di setiap PDM. Nampak macam suasana PRU. Ini langkah proaktif diambil Pemuda UMNO Bahagian Jerantut. Penduduk Felda Jengka 24 yang terlibat. Ramai kaum wanita, kaum ibu. Yang penting ramai pengundi dengar tidak kira yang bertenggek di atas motor, duduk dalam kereta. Pengundi mahu tahu. Pengundi mahu lihat. Pengundi mahu dengar bakal calon berpidato. Ini antara pengempur Pemuda UMNO DUN Pulau Tawar. Pemuda berbaju biru 'BN pilihan orang muda'. Orang ramai kusyuk mendengar penjelasan dari pemimpin Pemuda UMNO Jerantut. Ingatan dan amanat presiden UMNO kepada petugas-petugas parti. Jamuan ringan. Kelihatan Dato' Wan Amizan, Tuan Haji Cikgu Nazlan Penerangan UMNO Bahagian Jerantut, Dato' Abdullah Lebai Din Pegawai Khas ahli parlimen Jerantut. Pemuda UMNO Bahagian Jerantut menyediakan 54 slot program sebegini di setiap PDM diseluruh parlimen Jerantut. Ini bolehlah dianggap platform untuk selain menyampaikan dasar BN dan menjelas isu-isu politik semasa membuka peluang kepada bakal-bakal pemimpin Pemuda untuk mengasah bakat berpidato. Kepada calon-calon yang berminat mahu promosi diri walau nama-nama calon parlimen dan DUN-DUN telah 'diseal' oleh DS Najib presiden UMNO dan BN digalakkan untuk berpidato menyertai Program Pentas Pemuda UMNO. Mana tahu kot-kot DS Najib tertarik dengan pidato dan persembahan bakal-bakal calon, insyallah last minit boleh berubah nama-nama calon... Program Pentas Pemuda UMNO Jerantut membuka peluang kepada semua. | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Blog Felda: <b>felda jengka</b> - Google Blog Search Posted: 19 Mar 2013 11:34 PM PDT | Blog Jengka: di <b>felda jengka</b> 14 - Google Blog Search Posted: 13 Feb 2013 07:45 PM PST URL Sumber Asal :-
|
You are subscribed to email updates from felda jengka - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |