{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Felda palong - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

Felda palong - Google Blog Search


RAKYAT MARHAEN: PRU13 : 2,000 warga <b>Felda Palong</b> 2 sambut <b>...</b>

Posted: 29 Mar 2013 08:07 AM PDT

Kehadiran dan kebangkitan penduduk Felda ini merupakan satu suasana yang sangat ngeri buat Umno dan Barisan Nasional.
PETALING JAYA: Hampir 2,000 warga Felda hadir pada majlis ceramah perdana di gagasan Felda Palong 2, Bahau, Negeri Sembilan semalam bagi menyatakan sokongan padu kepada penceramah utama Ahli Parlimen Batu dari PKR, Tian Chua.
Ceramah berkisar 'genre' isu Lahad Datu yang turut menampilkan Ketua Cabang PKR Rembau Badrul Hisham Shaharin (Chegubard) dan juga Ustaz Noor Azman Mohamad dianjurkan oleh PKR dan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Negeri Sembilan.
Pengarah propaganda SAMM Edy Noor Redzuan dalam satu kenyataannya hari ini berkata, kehadiran dan kebangkitan penduduk Felda ini merupakan satu suasana yang sangat ngeri buat Umno dan Barisan Nasional (BN).
"Walaupun terdapat ura-ura akan berlaku serangan dari pihak NGO pro-Umno berikutan antara penceramahnya ialah Tian Chua, namun di atas persediaan yang sangat rapi oleh SAMM dan warga setempat maka keadaan terkawal sepanjang program.

"Keselamatan hadirin adalah menjadi keutamaan. Malah aktivis Umno setempat yang turut hadir mendengar ceramah menyatakan kekesalannya di atas sebarang gangguan dan menyifatkan ia sebagai pengacau dari luar," katanya.
Beliau menjelaskan rata-rata rakyat yang hadir ingin mendengar sendiri penjelasan Tian Chua berhubung isu Lahad Datu di mana kenyataan beliau telah dimanipulasi media yang berat sebelah. Jelaslah betapa rakyat hari ini semakin celik untuk menilai sesuatu perkara dari pelbagai sumber, bukan dari satu sumber semata-mata.
Debat polisi
Sementara itu, dalam perkembangan lain, Edy Noor berkata pihaknya menolak tawaran 10 minit Kementerian Penerangan untuk Pakatan Rakyat membentangkan manisfesto pilihan raya.

"Tawaran 10 minit berbentuk rakaman di atas nama 'transformasi' kononnya memulihkan demokrasi adalah sebenarnya memberi gambaran jelas sejauh mana keikhlasan kerajaan yang memerintah.
"Sudahlah masa yang diberi 10 minit itu jauh dari mencukupi, ditayangkan pula dalam bentuk rakaman yang menjadikan tayangan tersebut boleh diedit dan dimanipulasi mengikut acuan media milik kerajaan," katanya.
Ujar beliau, "BN umumnya telah berkempen dan berpropaganda sepanjang penggal melalui media arus perdana. Di sebelah pihak lagi, Pakatan Rakyat terpaksa jelajah seluruh negara menyampai maklumat dalam bentuk ceramah demi menepis segala tohmahan yang dilempar."
Beliau percaya ceramah tidak perlu diadakan jika media perdana benar-benar bertindak adil dengan memberi ruang sama rata.

IdaMan: 2,000 Warga <b>Felda Palong</b> Sambut Tian Chua, Bukti Fitnah <b>...</b>

Posted: 29 Mar 2013 08:47 AM PDT

Penganjuran ceramah yang berkisar 'genre' isu Lahad Datu tersebut menampilkan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, Penyelaras SAMM, Chegubard dan ustaz Noor Azman Mohamad, dihadiri hampir 2000 penduduk Felda.

Ini merupakan satu suasana yang sangat ngeri buat Umno dan Barisan Nasional apabila melihat penduduk Felda bangkit untuk sekurang-kurangnya hadir mendengar maklumat.

Walaupun terdapat ura-ura akan berlaku serangan dari pihak NGO pro-Umno berikutan antara penceramahnya ialah Tian Chua, namun di atas persediaan yang sangat rapi oleh SAMM dan warga setempat maka keadaan terkawal sepanjang program. Keselamatan hadirin adalah menjadi keutamaan.

Malah aktivis Umno setempat yang turut hadir mendengar ceramah menyatakan kekesalannya di atas sebarang gangguan dan menyifatkan ia sebagai pengacau dari luar.

Rata-rata rakyat yang hadir ingin mendengar sendiri penjelasan Tian Chua berhubung isu Lahad Datu di mana kenyataan beliau telah dimanipulasi media yang berat sebelah.

Jelaslah betapa rakyat hari ini semakin celik untuk menilai sesuatu perkara dari pelbagai sumber, bukan dari satu sumber semata-mata.

 Justeru itu, SAMM terus mengambil tanggungjawab membawa Tian Chua ke negeri Perak pula selepas ini pada tarikh 16 April bertempat Tapak Pekan Rabu, Batu 5 Parit Buntar.

SAMM Kebangsaan juga mengambil kesempatan mengucapkan tahniah buat komrad SAMM yang bekerja keras menjayakan program ini khususnya SAMM zon Palong dan SAMM zon Muadzam Shah.

Dengan keberjayaan ini, SAMM meneruskan rekod bersih penganjuran tanpa gangguan.

Sekian,

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat