{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Harian Metro: BeritaUtama

Posted by Tanpa Nama

Harian Metro: BeritaUtama


Ditembak di dada

Posted:

Sabak Bernam: Seorang pemilik bengkel nyaris maut selepas cedera di bahagian kiri dadanya akibat ditembak seorang lelaki yang dipercayai menggunakan pistol jenis automatik dalam kejadian di Taman Perpaduan, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, mangsa berusia 33 tahun sedang tidur di dalam bilik utama rumah berkenaan dikejutkan apabila dua lelaki bertopi keledar masuk ke dalam biliknya.

Sebelum ditembak, mangsa dan suspek turut bertengkar dipercayai berpunca daripada perebutan kawasan pengedaran dadah di daerah ini.

Selepas berlakunya pertengkaran, suspek tiba-tiba mengeluarkan pistol dan melepaskan tiga das tembakan, satu daripadanya terkena bahagian kiri dada mangsa sebelum melarikan diri dengan menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha LC.

Mangsa yang cedera kemudian dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ), di sini, untuk rawatan kecemasan sebelum dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, untuk rawatan lanjut dan kini dilaporkan stabil.

Foto

POLIS forensik menjalankan siasatan di lokasi kejadian tembak

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/28

Ketagih suntikan

Posted:

Bayan Lepas: "Mula-mula doktor toreh kulit, kemudian dia seperti mengoyak bahagian dagu hingga menampakkan tulang. Selepas itu doktor kikis kolagen yang sudah menjadi lemak.

"Sakitnya susah saya nak gambarkan. Pada masa itu, saya terfikir itulah hukuman ke atas saya kerana cuba mengubah ciptaan Allah," kata bekas mak nyah, Mohd Khariri Ramli, 35, menceritakan pengalamannya untuk kembali ke pangkal jalan.

Dia yang sebelum ini dikenali sebagai Erin bergelumang dalam dunia mak nyah selama 20 tahun dan pernah mengambil bermacam-macam suntikan untuk mengubah wajah serta penampilan supaya kelihatan seperti wanita.

Akibatnya, kata Mohd Khariri, dia mengalami pelbagai kesan sampingan antaranya dagu menjadi 'luruh' dan kerap dilanda kekejangan otot di beberapa bahagian badan hingga sekarang.

Foto

CIKGU Erin kini sudah insaf.

Foto

Cikgu Erin sebagai mak nyah.


Menurutnya, kini dia dalam proses menjalani pemeriksaan saraf kerana dipercayai kekejangan dialaminya itu kesan daripada suntikan kecantikan dijalaninya sebelum ini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/28

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat