felda ijok - Google Blog Search
Posted by Tanpa Nama
felda ijok - Google Blog Search |
<b>felda ijok</b> - Google Blog Search | WARGA FELDA Posted: 18 Mar 2013 04:12 PM PDT Kemampuan kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah pucuk pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib mengurus tadbir Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dengan baik berjaya menyakinkan warga peneroka untuk berdiri teguh menyokong penyenaraian saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Saham Malaysia. Penyenaraian FGVH itu dijangka memberi ruang dan peluang kepada FELDA untuk bersaing di peringkat global, sekaligus turut menguntungkan warga peneroka hasil pembayaran dividen pada setiap tahun. Generasi kedua peneroka Felda Ijok dekat Selama, Alang Yahya Razali, 59, berkata, warga Felda khususnya generasi muda jangan mudah terpengaruh dengan janji manis pembangkang yang lebih indah khabar daripada rupa. Sebaliknya, mereka tegasnya, harus berfikir dengan matang dan melihat jauh ke hadapan transformasi yang ingin dilaksanakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mengangkat martabat Felda ke persada dunia. "Bagi mengiktiraf usaha dan penat lelah peneroka dalam membangunkan sosio-ekonomi negara, kerajaan baru-baru ini mengumumkan durian runtuh RM15,000 kepada setiap keluarga peneroka di seluruh negara. "Sebagai generasi kedua Felda, saya bersyukur kepada Tuhan dan ingin merakamkan penghargaan kepada Datuk Seri Najib Razak kerana memberi peluang kepada kami untuk berkongsi kekayaan yang dimiliki oleh Felda," katanya kepada Peraktoday.com baru-baru ini. Pada tanggal 8 Mei lalu, Perdana Menteri mengumumkan durian runtuh bernilai RM1.689 bilion untuk diagih-agihkan kepada 112,635 keluarga peneroka di seluruh negara sempena penyenaraian saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia. Pemberian durian runtuh itu akan dilakukan dalam tiga fasa iaitu fasa pertama berjumlah RM5,000 untuk ketua keluarga, fasa kedua sebanyak RM5,000 untuk isteri peneroka dan fasa ketiga RM5,000 kepada generasi kedua Felda. Mengulas lanjut, Alang Yahya berkata, UMNO dan Barisan Nasional (BN) wajib diberi mandat untuk menerajui Malaysia pada pilihan raya umum akan datang. Katanya, orang Melayu perlu sedar kedua-dua parti itu berjaya mengangkat martabat bangsa ke peringkat yang lebih tinggi. "Jangan sokong pemimpin politik yang hanya menjatuhkan maruah dan bangsa Melayu seperti yang dilakukan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini. "Bagi saya, beliau layak digelar sebagai pengkhianat bangsa Melayu dan jika pemimpin sepertinya menguasai tampuk pemerintahan, saya bimbang masa depan negara menjadi tidak menentu dan rakyat pula akan hidup merempat," katanya lagi. Bagi Zulkufli Salleh, 64, pemberian runtuh itu tidak disangka sama sekali meskipun beliau sudah 30 tahun menjadi peneroka Felda Ijok. "Terima kasih kepada BN di atas pemberian durian runtuh RM5,000 kepada ketua keluarga peneroka dan saya berhasrat untuk menggunakan wang ini untuk mengerjakan haji buat kali kedua. "Pelbagai bantuan turut disediakan kepada warga peneroka oleh kerajaan BN sejak Felda ditubuhkan hasil idea Perdana Menteri Kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak," katanya. Tambahnya, keamanan negara yang dikecapi hari ini akan terjejas jika perhimpunan haram Bersih 3.0 yang berlangsung pada 28 April lalu berulang lagi pada masa depan. "Perhimpunan yang jelas dibayangi sokongan parti pembangkang ini mencetuskan huru-hara hingga mengancam keselamatan rakyat dan negara ini," tegasnya lagi. Salah seorang peneroka yang berbangsa Cina, Leow Thean Seng, 57, berkata, beliau mengikut bapanya, berpindah ke Felda Ijok ketika masih kanak-kanak. Beliau tidak menafikan kehidupan peneroka di kawasan itu mengalami perubahan dari segi sosio-ekonomi hasil sokongan dan bantuan daripada kerajaan BN. "Keprihatinan kerajaan BN dalam membela nasib peneroka tidak seharusnya dipertikaikan walaupun pihak pembangkang terus berusaha untuk menghasut warga Felda agar membenci kerajaan. "Kami di sini turut menerima tempias pembangunan apabila Perdana Menteri ketika siri lawatan ke Parlimen Larut telah mengumumkan peruntukan RM3 juta untuk menaiktaraf kemudahan dan infrastruktur yang ada di kawasan ini," katanya lagi. |
Blog Felda: <b>felda ijok</b> - Google Blog Search Posted: 05 Mar 2013 08:45 AM PST DUN Kubu Gajah sekali lagi akan menjadi tumpuan ramai berikutan perlumbaan 4X4 road to Kubu Gajah Challenge Trophy dari 11 hingga 13 Mac ini di litar FELDA, Ijok. Peserta dari Thailand, Indonesia dan Singapura, telah menyatakan hasrat mereka untuk menyertai perlumbaan tersebut. Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambery Abdul Kadir dijadualkan meresmikan perlumbaan tersebut yang diadakan buat kali kedua di DUN Kubu Gajah, selepas kali pertama penghujung tahun lalu yang turut mendapat sambutan meriah, sekalipun tanpa peserta daripada Luar Negara. Kempen untuk mempastikan perlumbaan ini mendapat sambutan meriah, Papan Tanda (Banner) perlumbaan tersebut telahpun dinaikan dekat dengan tapak perlumbaan tersebut. Bagi memeriahkan lagi perlumbaan 4X4 DUN Kubu Gajah kali ini, perlumbaan Motorcross juga akan diadakan. Petandingan mencari Harta Karun untuk Media juga akan dianjurkan bagi membabitkan penyertaan mereka. Selaku ADUN Kubu Gajah adalah diharapkan acara perlumbaan 4X4 yang akan menjadi acara tahunan ini akan menarik lebih ramai pelancongan dan pengunjung datang melawat DUN Kubu Gajah. Menariknya trek perlumbaan di FELDA, Ijok telah mendapat pengiktirafan dan sokongan Kerajaan Negeri, selain penajaan beberapa pihak lain yang berminat. |
You are subscribed to email updates from felda ijok - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |