{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda sungai tengi - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda sungai tengi - Google Blog Search


Video Mazlan Aliman Dihalau Peneroka <b>Felda Sungai Tengi</b> | Cucu <b>...</b>

Posted: 06 Feb 2013 05:00 PM PST

Orang Felda Sungai Tengi menolak kehadiran Mazlan Aliman, Presiden ANAK untuk memecah belahkan masyarakat FELDA. Rakyat Sabak Bernam, Selangor menolak lidah penyambung bicara Pakatan Haram. Mazlan Aliman tidak diterima di tanahairnya sendiri di Johor. Bagaimana beliau boleh merasakan Rakyat Selangor akan menerima kehadirannya di Felda bertuah ini. 
Felda Sungai Tengi terletak di Sungai Tengi, Sabak Bernam, Selangor. Ia bersebelahan dengan sempadan negeri Perak. Felda ini telah wujud lebih 30 tahun.  Masa kewujudan Felda ini, Mazlan Aliman masih mentah. Oleh itu, janganlah cuba menunjuk pandai dengan orang-rang lama yang telah lama bergelumang dengan susah senang sebagai peneroka. Saksikan video penolakan peneroka Felda Singai Tengi ke atas kehadiran Mazlan Aliman. Panas beb!

Samseng Politik Menular Di <b>Felda Sungai Tengi</b> - bicara rakyat 007

Posted: 04 Feb 2013 03:16 PM PST

Sebagaimana biasa menjelang PRU 13 ini, setiap parti politik sibuk melaksanakan kempen untuk menarik perhatian penyokong-penyokongnya. Tidak kiralah dikalangan Parti Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional. Berbagai propaganda disusun atur untuk bersaing dalam pentas politik. Realitinya senario politik masakini dicemari dengan kejadian-kejadian yang negatif dan mewujudkan budaya-budaya yang merosakkan akhlak bangsa Melayu itu sendiri.
Ini berlaku pada hari Isnin malam  04hb. Februari, 2013 jam 9.00 Malam di Dataran Niaga Felda Sungai Tengi, Hulu Selangor. Dimana terdapat ceramah anjuran Pakatan Rakyat yangmana penceramahnya  Saudara Mazlan Aliman, Pengerusi ANAK dan bekas CEO Felda Plantation Tuan Haji Mohd Said Jonit telah dicemari samseng politik yang merosakkan majlis ceramah tersebut.
Pada jam 3.00 petang lagi kumpulan gerak gempur parti BN khususnya Umno  telah melakukan provokasi dengan membuat spot check setiap penjuru jalan masuk ke Felda Sungai Tengi untuk mengawal selia pelawat atau pengunjung dari luar ke kawasan tersebut. Difahamkan tujuan mereka membuat tindakan demikian adalah untuk mengawasi Mazlan Aliman dan rombongannya dari memasuki ke Felda Sungai Tengi.
Ini menimbulkan kurang senangnya penduduk untuk keluar masuk ke kawasan perkampungan Felda berkenaan khususnya dalam urusan kerja routin mereka yangmana pergerakannya dikawal.
Pada jam 8.00 ke 9.00 malam keadaan begitu parah. Jalan masuk ke Felda Sungai Tengi mengalami gangguan lalulintas, dimana setiap individu yang masuk ke perkampungan tersebut di teliti dan diperiksa.
Program ceramah sepatutnya pada jam 9.00 malam tertunda hingga jam 10.00 malam. Mazlan dan rombongannya terpaksa memohon bantuan dari pihak berkuasa keselamatan dengan  diiringi oleh Polis dari susur keluar Bukit Tagar Lebuh Utara Selatan untuk menuju ke Felda Sungai Tengi.
Apabila penceramah Mazlan Aliman hendak memulakan sesi ceramahnya telah didatangi gerombolan pemuda difahamkan dari Umno dengan pembesar suaranya memakihamun penceramah dan membuat provokasi yang melampau. Hingga terpaksa penyokong Pakatan Rakyat yang kebanyakkannya sudah veteran (berusia) membuat kubu manusia supaya gerak gempor mereka itu terkawal, dengan berzikir dan salawat nabi.
Sebenarnya gerombolan pemuda ini kebanyakkan dari orang luar yang diimpot masuk  dengan tujuan untuk membuat provokasi supaya majlis ceramah ini dapat digagalkan.
Ketua Kampung Felda Sungai Tengi iaitu Wak Selamat cuba membuat rayuan kepada gerombolan tersebut supaya majlis ceramah dapat diteruskan tetapi ternyata gagal. Gerombolan pemuda umno mendesak dengan provokasi melampau supaya ceramah dapat dibatalkan.
Bagaimanapun alhamdulillah kejadian diingini tidak berlaku hanya  berlaku melemparkan botol-botol mineral dan bahasa-bahasa kesat, makihamun dan sebagainya.
Majlis ceramah berkenaan terpaksa dibatalkan demi keselamatan.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat