{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda tembangau - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda tembangau - Google Blog Search


<b>felda tembangau</b> - Google Blog Search | WARGA FELDA

Posted: 14 Mar 2013 11:51 AM PDT

(Musa Hasan menyerahkan memorandum kepada Tuan Ibrahim. Di belakang kelihatan jalan tanah merah yang menjadi laluan ke kawasan penempatan mereka sejauh 6 kilometer.)

BERA: Mereka merupakan penduduk negeri Pahang, tetapi untuk membeli belah, melakukan urusan rasmi dan menghantar isteri bersalin terpaksa pergi ke Negeri Sembilan kerana kegagalan kerajaan negeri Pahang.

Penduduk-penduduk Felda Tembangau berkata, semuanya disebabkan kegagalan kerajaan menyempunakan jalan sepanjang enam kilometer yang belum berturap tar menghubungkan jalan ke bandar Bera.

Akibatnya, mereka terpaksa melalui jalan tanah merah yang sangat becak apabila musim hujan dan laluan berdebu pada musim panas.

Ekoran itu, mereka menghantar satu memorandum kepada Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bagi memohon bantuan PAS.

Menurut memorandum yang diserahkan penduduk kepada  Tuan Ibrahim  yang mengetuai Konvoi Cakna Rakyat yang menjelajah Parlimen Bera, setiap kali menjelang pilihan raya umum (PRU) akan ada pihak BN yang berjanji untuk menyempurnakan jalan berkenaan.

Namun, menurut mereka, sehingga kini kawasan terbabit sudah diwakili dua orang menteri iaitu Datuk Seri Sabaruddin Chik dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, masalah mereka tidak pernah diselesaikan.

"Jalan raya dari Penempatan Gugusan Felda Tembangau ke Daerah Jempul Negeri Sembilan telah lama dibina iaitu sekitar tahun 1980-an lagi. Kemudian di awal tahun 2000 sebatang jalanraya telah dibina menyambungkan Felda Palong Negeri Sembilan ke Felda Triang Selatan di Pahang dimana jalan ini dihubungkan melalui simpang Pos Iskandar dan penempatan Ladang Felda Tembangau 6 dan 8.

"Jalan ini juga telah melalui ladang Felda Tembangau 3 dimana jaraknya hanya lebihkurang 6 kilometer saja lagi ke penempatan padang Felda Tembangau 3 seterusnya menghubungkan Felda Tembangau 1 dan 2.

"Kami amat dukacita, jalan yang menghubungkan jalan raya ini ke Penempatan Felda Tembangau 3 yang hanya sekitar 6 kilometer saja ini tidak dapat dibina sehingga kini. Jalan sepanjang 6 kilometer ini hanyalah merupakan jalan laterait yang akan berdebu ketika panas dan licin ketika hujan. Malah dimusim tengkujuh jalan ini tidak dapat digunakan langsung," jelas memorandum berkenaan.

Tegas mereka, penduduk Gugusan Felda Tembangau terpaksa melalui daerah Jempul, Negeri Sembilan untuk sampai ke bandar Bera yang menjadi pusat pentadbiran daerah ini.

"Kami dapat menjimatkan perjalanan sejauh 20 kilometer jika pembinaan jalan ini disempurnakan untuk ke bandar Bera dan tak perlu lagi melalui Negeri Sembilan untuk ke pusat pentadbiran daerah sendiri.

"Besarlah harapan kami agar PAS Negeri Pahang dapat memanjangkan masalah kami penduduk Gugusan Tembangau ini kepada pihak yang bertanggungjawab."

Daftar anak

Sementara itu, Musa Hasan yang menyerahkan memorandum tersebut, berkata di penempatan mereka turut menghadapi masalah air yang kritikal dan anak-anak mereka yang didaftarkan dengan sijil beranak Negeri Sembilan (kerana ketiadaan hospital).

"Kawasan menghadapi krisis bekalan air yang kritikal dan ada kalanya terputus sehingga 5 hari. Keadaan makin teruk apabila kaum keluarga pulang dari bandar, musim kenduri dan bila ada kematian.

"Kami juga turut mendesak agar disegerakan pembinaan Hospital Bera kerana ketiadaan hospital di daerah ini pesakit terpaksa dihantar ke Negeri Sembilan untuk mendapatkan rawatan kesihatan. Ini menimbulkan banyak kesulitan terutama kepada ibu-ibu mengandung.

"Ini menyebabkan kebanyakan anak-anak peneroka di sini dilahirkan di Negeri Sembilan kerana faktor jarak dan keadaan jalan yang teruk menyebabkan isteri-isteri kami tidak bersalin di hospital dalam negeri Pahang, kerana yang hampir ialah Hospital Temerloh yang jaraknya lebih 80 kilometer," ujarnya.

Dalam pada itu Tuan Ibrahim dalam ucapan ringkasnya di hadapan penduduk, mengharapkan kerajaan segera berbuat sesuatu menyelesaikan masalah penduduk kerana memperlihatkan imej buruk negeri ini kepada rakyat di negeri yang bersempadan dengan Pahang.

Beliau turut menggesa Felda juga tidak memejamkan mata dengan tuntutan penduduk kerana agensi tersebut mendakwa paling berjaya di dunia dalam bidang menghasilkan komoditi, tetapi gagal membela warga Felda sendiri.

Blog Felda: <b>felda tembangau</b> - Google Blog Search

Posted: 29 Jun 2012 12:00 AM PDT

BERA, 30 Jun - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemayan, Mohd Fadil Osman (foto) digesa menunaikan segala janji-janji pilihanraya yang ditaburkan kepada warga Felda Tembangau pada Pilihanraya Umum ke-12 lalu. Demikian ditegaskan oleh beberapa orang penduduk yang ditemui di lokasi kejadian kemalangan dekat sini petang semalam. "Saya masih ingat, YB terbabit pernah berjanji untuk memperbaiki stuktur jalan ke Felda Tembangau yang agak kurang memuaskan sejak sekian lama. Janji pada PRU-12 tahun 2008 lalu, tapi hingga sekarang masih tidak diselesaikan", kata peneroka Felda Tembangau Dua itu. Sebuah kenderaan dipercayai terlibat dalam kemalangan akibat cuba mengelak lubang di jalan ke Felda Tembangau. Mujurlah tiada kemalangan maut berlaku walau pun kenderaan tersebut dipercayai berpusing-pusing beberapa kali sebelum tersadai di tepi bahu jalan terbabit. Sememangnya sejak sekian lama jalan ke Felda Tembangau yang juga terletak dalam kawasan DUN Kemayan, Parlimen Bera yang diwakili oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Ismail Sabri Yaakob ini begitu daif sekali. Segala janji-janji manis untuk membaik pulih perhubungan dari Bandar Kerayong ke Felda Tembangau hingga kini masih belum diperbaiki. Akhirnya para penduduk di sekitar Tembangau terpaksa melalui jalan Sg.Lui di Negeri Sembilan sejauh lebih 50 kilometer untuk sampai ke kawasan mereka. Akibatnya, penduduk setempat menjadi Bahau sebagai destinasi membeli belah dan pusat kegiatan harian mereka. Lebih malang lagi, apabila anak-anak mereka juga ramai yang didaftarkan di Negeri Sembilan sedangkan mereka dilahirkan di Pahang. Akibatnya berlaku kesukaran bagi anak-anak mereka mendapatkan berbagai kemudahan sebagai rakyat Pahang termasuk biasiswa Yayasan Pahang bagi melanjutkan pelajaran. Masalah yang mereka hadapi sejak bertahun-tahun lamanya gagal diberi perhatian oleh wakil rakyat BN termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemayan itu. Janji sekadar tinggal janji dan hingga kini masih gagal untuk ditepati sebenarnya.


Sebuah kenderaan kemalangan akibat jalan berlubang di Felda Tembangau

[Sebenarnya, isu jalan ke Felda Tembangau ini memang sudah lama menghantui penduduk setempat. Walau pun kawasan tersebut menjadi kubu kuat Barisan Nasional, namun hingga kini pemimpin yang dipilih masih mengabaikan segala janji-janji yang ditabur kepada rakyat setiap kali musim pilihanraya. Amat malang sekali apabila mahu ke kawasan dalam negeri Pahang sendiri tetapi terpaksa memalui negeri orang (Negeri Sembilan). Mujurlah kerajaan negeri terbabit tidak mengenakan tol. Jika dikenakan tol bukankah ia lebih merumitkan sebenarnya. Pemimpin UMNO BN langsung tidak mahu berusaha untuk membaik pulih jalan persekutuan dari Tembangau melalui Felda Triang ke Kerayong. Sedangkan jalan tersebut berdaftar dan mempunyai batu tanda dan sebagainya. Akibatnya para penduduk terpaksa melalui jalan Kerayong, Kemayan, Sg.Lui (Negeri Sembilan) untuk sampai ke Felda Tembangau. Sinario ini tidak wajar berlaku pada zaman moden ini. Namun, entah apa yang difikirkan oleh wakil rakyat terbabit agaknya. Hingga sekarang masih tidak dipulihkan jalan berkenaan. Ia sungguh memalukan. Justeru, rakyat setempat perlu mengajar pemimpin sebegini agar mereka tahu "langit tinggi rendah" pada PRU-13 nanti. Jika tidak ditunjukkan jalan, mereka pasti akan terus begini].

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat