{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: MukaDepan

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: MukaDepan


Enggan temu Mat Sabu

Posted: 05 Sep 2011 03:34 PM PDT

JOHOR BAHRU: Anak perempuan Allahyarham Koperal Abu Bakar Daud, salah seorang anggota polis yang cedera parah dalam serangan komunis di Bukit Kepong, 61 tahun lalu, enggan menemui Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang datang bersama rombongan ke rumahnya di Bandar Baru Uda, di sini semalam.

Jamilah Abu Bakar yang ketika itu baru berusia empat tahun dan melihat sendiri bapanya ditembak bertubi-tubi, tidak dapat menerima kenyataan pemimpin PAS itu yang mendakwa Ahmad Indera atau Mat Indera yang mengetuai serangan, adalah pejuang kemerdekaan kerana menentang British yang menjajah negara ketika itu.

"Tak payah datang, saya tak mahu berjumpanya. Ia amat keterlaluan hingga menyebabkan luka lama berdarah kembali. Macam mana saya boleh terima kedatangan orang yang menafikan pengorbanan dan perjuangan bapa dan rakan-rakannya mempertahankan maruah bangsa dan negara hingga sanggup mengorbankan nyawa sendiri, sedangkan dia (Mohamad) boleh pula mengagungkan komunis.

"Kata-katanya tidak boleh dimaafkan. Saya ketika itu berusia empat tahun, menyaksikan sendiri arwah bapa berusia 29 tahun, cedera parah terkena tembakan di badan. Saya juga melihat ibu, Fatimah Ya'aba, mengambil alih mengangkat senjata sehingga dia terbunuh ketika berbalas tembakan dengan komunis. Adik lelaki saya berusia dua tahun juga mati tertembak.

"Kenyataannya (Mohamad) seperti mengungkit kembali sejarah hitam yang terpalit dalam hidup saya selama ini. Saya tidak mahu ia dikenang lagi kerana ia membuat saya tertekan," katanya yang kini berusia 65 tahun ketika ditemui selepas menolak hasrat rombongan pemimpin PAS untuk berkunjung ke rumahnya, di Persiaran Barli, Bandar Baru Uda.

Bapanya meninggal dunia pada 1979 akibat penyakit barah.

Rombongan Mohamad atau Mat Sabu yang menaiki beberapa kenderaan, termasuk sebuah Proton Exora berwarna merah hati tiba di jalan masuk menuju ke rumah Jamilah kira-kira jam 2.30 petang.
Menyedari kehadiran tidak dialu-alukan keluarga dan jiran Jamilah, kenderaan yang membawa Mat Sabu yang dipandu Ketua Dewan Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kayat, beredar dari situ sementara seorang wakilnya bersemuka dengan keluarga Jamilah di surau berdekatan.

Di surau itu, sepupu arwah suami Jamilah, Raja Zainal Abdullah, 74, dan jirannya, Mokhtar Jalok, 72, bersemuka dengan Naib Yang Dipertua PAS Pulai, Zaaba Ibrahim dan menyampaikan keputusan Jamilah menolak kunjungan itu.

Zaaba yang dihubungi selepas itu, mengesahkan Mat Sabu terpaksa beredar berikutan keengganan keluarga Jamilah menerima kunjungannya. Sebelum rombongan tiba di laluan menuju ke rumah Jamilah, seorang wakil PAS beberapa kali menghubungi anak bongsunya, Raja Zamzura Raja Buntat, 32, bertanyakan jika wakil Berita Harian dan TV3 berada di rumahnya.

Raja Zamzura mendakwa, wakil rombongan itu agak marah apabila diberitahu wakil media turut berada bersama kerana sudah meminta keluarga Jamilah tidak memaklumkan kepada media dan penduduk kampung berhubung kunjungan itu.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

Ana k Malaysia

British adalah penjajah dan itu adalah fakta sejarah.Tetapi askar dan polis yang mempertahankan tanah air itu bernaung dan berkhidmat dibawah Raja-Raja Melayu sebab itu mereka digelar polis dan askar melayu diRaja. Jangan kita mudah percaya yang kononnya komunis itu mahu membebaskan tanah melayu dari penjajahan British kerana mereka berjuang adalah dengan dengan tujuan hendak menubuhkan kerajaan komunis ditanah melayu sepertimana jepun yang mengunakan konsep asia untuk asia dan bila dah berjaya mengalahkan pihak British ramailah orang melayu yang hilang kepala.

Saya ingin bertanya sekiranya komunis berjaya menumbangkan kerajaan British dan berjaya memerintah tanah melayu pada masa itu apakah mereka yang mengagungkan komunis ini berfikir bahawa mereka akan menjalankan hukum islam di Malaysia ini hatta saya rasa untuk memakai kopiah atau berserban besar diatas kepala pun belum tentu dibenarkan lagi,malah pasti mereka akan lebih zalim dari pihak British.

Oleh itu sepatutnya kita bersyukur kerana dengan pengorbanan polis dan tentera negara kita aman damai hingga kehari ini. janganlah kerana seorang dua orang melayu yang menyertai komunis kita melabelkan mereka sebagai pejuang pula kerana parti komunis malaya tetap parti komunis yang tidak mempercayai akan kewujudan Allah dan atas dasar apa kita hendak mempercayai mereka untuk memerintah secara adil negara ini sekiranya mereka berjaya memerintah negara ini.

Yahaya Awang

Terima kasih Puan Jamilah,kerana tidak menerima kunjungan mat sabu,kalau Puan Jamilah terima kunjungan itu,lagi besar kepala lah dia,dia akan pusing pakta lagi.terima kasih

Abdul Manap Pak Hitam

Saya menganggap keluarga Puan Jamilah bermaruah tinggi. Tak semudah itu beliau memaafkan kekejaman Komunis walau pun rombongan Mat Sabu cuba berjumpanya. Yang peliknya mengapa rombongan Mat Sabu takut kepada media. Barulah kita tahu yang Mat Sabu tu pengecut. Nanti tak dapat putarbelitkan kenyataannya.Elok panggil Puan Jamilah panggil TV1 atau TV3 baru orang kampong Puan Jamilah tahu siapa sabenarnya Mat Sabu.

Faizal

Saya xsetuju ngan Joe labi di bawah nie..bagi saya sejarah dah betul da..yang x betul tu mat sabu je!!kerana politik Dan sikap suke cari salah org,dia pon terlepas cakap berhubung isu nie..alih2nak tegakan benang yg basah..benci sey sama lanun nie....

zam0016

minta sangatx kepada kerajaan negeri johor agar mengharamkan mat sabu dari menjejakkan kaki ke tanah jajahan johor walaupun selangkah.

hafandi

Kajian yang menyeluruh, atau mungkin "peringkat Master" atau "PHD" perlu dilakukan sebelum sesuatu sejarah atau fakta nak di komen, di oleh atau di ubah.

abdul ghafar anis abdullah

mat sabu perlu dihukum dengan keras sekali, kerana amat biadap dan kurang ajar kepada semua rakyat malaysia yang cintakan negara malaysia ini.Sabu ini dihantar ke somalia suruh sama2 berjuang dengan orang somalia utk membina negara baru.

butter2ify

menyesal ke mat sabu????

mk

Buat Joe,
bayangkan bapa ditembak komunis bertubi tubi, kemudian nya ibu, adik yang masih kecil lagi, adakah awak akan berkata komunis dan Mat Indera tetap pahlawan sebenar ?

Memang mudah untuk berkata-kata kerana ketika kejadian awak pun mungkin belum wujud lagi dan termasuk dalam golongan yang buta sejarah macam Mat Sabu dan kuncu-kuncunya. - Wallahualam...

citrabizz

Kalau dah buta hati manusia akan buat apa saja untuk mempertahankan keegoan diri. - Akan ada hikmah diatas keceluparan ini..

Azhari Hj Abu

Nasib Mat Sabu baik kerana masih dapat menghirup udara Allah, jika sekiranya beliau berada didalam Negara yg diperintah oleh Kumunis/kuku besi, sudah tentu kepalanya melayang dari badan. Dan sewajarnya Mat Sabu menerima hukuman sedemikian dari kaum kerabat anggota Polis yang mempertahankan Bukit Kepong diketika itu. Bagi saya Mat Sabu atau Mat Sabun tidak layak menjadi rakyat Malaysia. Saya dengan besar hati meminta beliau untuk menetap di Negara China dan lain2 Negara yg berfahaman Komunis yang sering di agong2kannya.- Wassalam

telajak perahu boleh diundur terlajak kata terimalah padahnya. bukan setakat waris pejuangan kemerdekaan yang akan halau mat sabu dari johor..malahan seluruh rakyat johor akan berbuat sedemikian

Prince of Gondor

Tahniah Puan Jamilah dan keluarganya atas keputusan tersebut. Nampaknya Mat Sabu kena la pergi cari pihak2 lain yang terlibat dengan peristiwa itu juga. Bukan Puan Jamilah sorang. Berat tu. Kalau 10 orang terbunuh pada peristiwa itu, bukan hanya 10 orang tu saja yg dia kena fikir, sanak saudara yg terkesan dengan peristiwa tersebut pun dia kena fikirkan. Berat.. berat.. Sian Mat Sabu. Terlajak Proton Exora boleh diundur (bila orang tak terima), terlajak kata terima padahnya.

Shuhaimi B. Abdul Latif

Marilah kita neutralkan pemikiran kita untuk seketika. Lupakan fahaman politik, selagi fahaman politik mengongkong, penyokong akan tetap menyokong, pembangkang akan tetap membangkang.
Saya percaya hampir kesemua yang berjuang terutamanya sebelum kemerdekaan tidak pernah mengharapkan pengiktirafan mahupun cercaan. Mereka berjuang untuk mencapai objektif memerdekakan negara (sekarang dah pun tercapai). Keikhlasan mereka tak perlu dipertikaikan, hanya Allah yang Maha Mengetahui, walaupun mereka berjuang bersama pihak British atau Bintang Tiga atau apa jua platform perjuangan pada masa itu. Pada pendapat saya, mungkin bagi orang Islam yang berjuang menggunakan platform Bintang Tiga tidak mengetahui agenda tersembunyi kepimpinan mereka, maka mereka sanggup berjuang bersama-sama Bintang Tiga. Pada pendapat saya juga, perjuangan (yg sebenar) dan fahaman (kepercayaan) adalah 2 perkara berbeza. Fahaman komunis sama sekali tidak boleh diterima samada sebelum merdeka atau selepas merdeka. Jadi fikir-fikirkan lah sebelum berkata-kata.

Man

Umur dah lanjut. Tak kan tak boleh pikir mana yang benar. Tidak patut di ajak berdebat. Berbincang adalah cara yang betul.

idham ahmad

Persoalan Mat Indera pejuang bangsa???

Kalau betul la Mat Indera tu berjuang menentang penjajah dan tinggi ilmu agamanya, mengapa dia sanggup bunuh bangsanya sendiri yg beragama islam dgn rakan2 yg bukan islamnya?

Katanya hanya serangan biasa, tapi kenapa ratio keanggotaan yg begitu besar 10: 1 atau 200 PKM vs 20 + polis? Sampaikan org yg sudah tercedera dicampak kedalam api ….. apa motif mereka?

Dan kalau betullah Mat Indera tu pejuang Negara yg perlu diiktiraf sebelum merdeka, kenapa perjuangan komunis ini tidak terhenti selepas merdeka?

Kalau betullah polis yg mempertahankan Bt Kepong tu anasir British mengapa mereka sanggup berjuang hingga ke akhir hayat tanpa menyerah kalah?

Kalau si Mat Indera ni dah tau yg komunis cina tukar arahan beliau dari tangkap ke bunuh ….. tak sedar lagi ke?

Mat Indera ni samala dgn si Melayu yang menyokong Lee Kuan Yew dulu … dibutakan dengan pangkat dan kuasa ….. terus lupa diri hingga sanggup membunuh bangsa sendiri tidak kira lelaki/wanita atau kanak2???

zainimat

Kita pun hairan betul berhubung dengan ahli politik sekarang yang suka membuat provokasi. Mereka amat seronok 'mencipta' itu dan ini sehingga sanggup mengganggu gugat ketenteraman negara dan orang lain. Kalau rasa tak tau nak buat apa yang terbaik untuk negara dan masyarakat, letak jawatan saja lah. Bagi orang lain yang nak membela nasib masyarakat yang naik. kesian kat masyarakat yang sering disogok dengan pelbagai kerenah dan informasi yang tak tentu hala. Wahai ahli-ahli politik, bertaubatlah dan baliklah ke pangkal jalan. Ingat nak mati sama le...

bukan pakar sejarah

sy rasa ramai yg komen termasuk sy tidak pernah merasai zaman 50an maka kita tidak tahu masalah yg berlaku disana. mmg sebelum 57 kita dijajah british. polis yg ada masa itu digaji oleh british utk menjaga keselamatan. itukan dah tugas normal tgjawab pemerintah walapun meke penjajah dan berkepentingan menubuhkan polis/tentera. kalau ada org islam tak jadi polis/tentera maka depa jadik petani. sama juga zaman nih.. tak suka dasar kerajaan tetapi masih kerja dgn kerajaan untuk melaksanakan dasar kerajaan. hahahhaha

bukan pak turut !

benda dah lama, tapi ahli sejarah tidur, sekarang kita tunggu ahli akademik dan pakar sejarah buat kajian semula mengenai Mat Indera sebab sekarang ada 2 versi Mat Indera, pejuang melayu johor atau komunis, mana satu puak yang kita nak sokong, penjajah british atau komunis atau pejuang tanahair itu sendiri ?

madasul dasul

Kenapa MS nie suka menimbulkan perkara yang menyakitkan hati orang lain...

Din

Mujurlah Komunis tidak menang di Tanah Melayu, kalau komunis menang, kita akan dipaksa menggunakan ideologi komunisme yang tidak percayakan tuhan, tidak boleh mengamal ugama, kitab kita ialah Das Kapital dan bukannya al Quran, 'raja' kita ialah Karl Marx yg disebut berbangsa Yahudi. Kalau bukan kerana penjajah Inggeris / British, Kelantan, Kedah dan perlis sudah tentu dibawah takluk Siam, Johor kepada Indonsia (jajahan Belanda), Sabah dan Sarawah sudah tentu jatuh kepada Indonesia atau Filipina. Orang putih Tanah Melayu cuma gagal menjajah Pattani dan sedikit wilayah Kedah yang dapat kepada Siam. Kalau tidak, sudah tentu Melayu Pattani aman dibawah kerajaan Malaysia. Apapun, sejarah akan melukakan banyak pihak.

zem

bagaimana dengan keluarga mat indera pula, kerajaan johor iktiraf beliau sebagai pejuang bangsa, tetapi kini media kata beliau sebagai komunis pula...mana satu yang betul nie...apa yang malaysia tengah merepek nie...

Mohd Asri Mohd Aris

Selayak nya mat sabu dibaling dgn kasut.....sebagaimana....bush diperlakukan. Pemimpin yg addin....ialah seorang yg amanah, bercakap benar bukan nya pembohong dan merapu.

mhr

Mengapa komunis yg disanjungi hanya kerna Mat Indera yg mmg diketahui komunis tu kejam. Mmg British tu penjajah & komunis pembrontak, tapi polis bkt kepong adalah pejuang negara dan x perlu dipertikaikan. Mgkn mat sabu kurang faham ttg sejarah atau kerna politik.

ASHWAL KHAN

bagi saya apa yang telah di luahkan mat sabu berkenaan komunis sebagai wira menyerang bukit kepong bukan satu tindakan yang realistik bagi seorang warganeragara malaysia.kita perlu ingat negara sekarang berada dalam kesenangan adalah hasil dari perjuangan anggota keselamatan terutamanya tentera dan polis pada zaman itu sanggup berkorban jiwa dan raga bagi mempertahankan tanah air yang tercinta,leh itu mat sabu takpayahlah nak mereka cerita bagi mendapatkan sokongan atau populariti rakyat k.

ayumi

Satu kg saya ingat kisah ni, brapa ramai org melayu yg mati..mmg la ada askar british masa tuh tp yg dok menangkap depa n menentang komunis kt hutan tuh ttp askar tanah melayu. Seme org ingat kisah berdarah ni lg mau tukar fakta. Pastu nk jumpa family nak wat pe? x kan baru nk tanya jln citenye kisah bukit kepong? adehh... Melayu mcm nipon ada...sedih betol.

Hamba Allah

Jika ditakdirkan perjuangan Mat Indera dan Komunis berjaya menewaskan British pada masa itu, dan menjadikan Msia sbg jajahan Orde Komunis Dunia bersama slogan 'Workers of the World Unite' belum tentu PAS wujud pada harini. Tapi syukur Alhamdullilah takdir tuhan ajal Mat Indera tidak panjang. Dan mungkin juga Allah Ta'ala tidak izinkan perjuangan Mat Indera. Sesungguhnya Perancangan Allah itulah yang Terbaik Sekali

wantwu

walaupun saya org sabah tapi setiap kali melihat filem bukit kepong, saya berasa perit campur dendam dgn komunis, perjuangan polis2 bukit kepong amat saya bangga, tapi kenapa sejarah d putar belitkan, kerana politik semua boleh buat. dak sangka mat sabu sanggup menguris waris2 pejuang bukit kepong.

Anak Jati Batu Kurau

belum memerintah negara dah buat haru-biru alamat akan hancur negara yang kita sayangi pemimpin macam ini boleh tolak tepi pandai kata tapi bila bagi kerja tak tahu buat Biarlah si luncai terjun dengan labu-labunya

aque pengundi pbb

Berilah peluang kepada Mohd Sabu untuk meminta maaf meskipun telah terang lagi jelas bahawa dia telah melakukan kesilapan. Kita sesama umat Islam seharusnya mempunyai naluri tulus untuk memberi peluang saudara seagama untuk menebus kembali kesilapan. Paling tidak pun, silaturrahim dipanjangkan. Jangan kerana kesilapan di dunia, semua kita akan sama-sama ditanya di akhirat akan hal yang sama ini nanti.

Mrbigtime

Mat Sabu kalo ko nak mintak maaf bukan macam tu caranyer datang ler ke Bkt Kepong Buat permohonan maaf secara terbuka pas tu wat live kat Tv amacam .....

mohamad fauzi

tak tau la apa yg difikirkan mat sabu ni... kalau betul mat indera tu pejuang kemerdekaan & juga ketua serangan tu.. dia mesti ada kuasa utk halang org2 dia ( komunis ) drpd bunuh isteri polis & ank2 polis... klu dia ( mat indera ) x boleh control org2 dia sndiri, mcm mana dia nk diiktiraf sebagai pejuang kemerdekaan???? sbb anggota2 komunis pun x respect dia???

mohd zailani

Sedarlah MAT SABU & kuncu2 yg sewaktu dgn nya..jika tiada british tlg kita..smpai sekarang kita jadi hamba abdi jepun dan komunis.

arolz

saya tertarik dengan komen Joe yang mengatakan mat indera telah diiktiraf oleh kerajaan negeri johor?adakah itu adalah fakta sejarah?kerana saya tidak pernah mendengar tentang fakta sejarah yg dikatakan oleh en Joe.saya ada terbaca satu artikel yang berbunyi "Di dalam peperiksaan Darjah Khas untuk guru-guru agama, Mat Indera pernah menerima anugerah butang perak daripada kerajaan Johor di atas kecemerlangannya di dalam peperiksaan tersebut. Selepas lulus peperiksaan Darjah Khas, beliau bertugas di Sekolah Agama Bandar Pontian sebagai guru agama. Sewaktu pendudukan Jepun, Mat Indera bekerja sebagai peniaga beras. Setelah British kembali, Mat Indera bertugas pula sebagai ketua pengangkut beras di Pelabuhan Muar, Johor." mat indera menerima anugerah itu atas sebb sumbangn beliau dalam pendidikan..sekian harap maklum

faeeza

sebelum membuat kenyataan cuba kaji .. jangan cakap sesuka hati.. langsung tak sensitif ..

kriskerambit

Nak kata apa lagi? Itulah harga yang perlu dibayar atas kebodohan, keceluparan diri sendiri... Ini contoh kecil apa yang akan berlaku apabila sesuatu urusan diserahkan kepada yang bukan ahlinya...

satu perkara yang ingin saya tanyakan kepada mereka yang menyokong kenyataan Mat Sabu:

Sekiranya komunis betul-betul memperjuangkan kemerdekaan, kenapa selepas kita merdeka pada 31 Ogos 1957, komunis masih lagi melakukan pemberontakan menentang Raja-raja Melayu, menentang kerajaan selepas tarikh tersebut? Kenapa mereka melancarkan Insurgensi pada 1968 menentang kerajaan yang sah dengan mengambil ispirasi daripada Perang Vietnam?

Yangretibase

Bersih-bersihkanlah hati masing-masing. Tiap gerak-geri kita hanya demi keredhaan Allah Azzawajalla.

entah

apasalahnya berjumpa untuk tujuan kebaikan..
rasanya tujuan mat sabu ingin berjumpa itu hanyalah ingin menolong waris-waris mangsa dalam tuntutan kepada pihak british dahulu...fikir-fikirlah...

HARIMAU MALAYA

assalammualaikum rakyat Malaysia merdeka serta tanah air yang Tercinta...arwah ayah saya seorang bekas tentera masa zaman penentangan komunis era tahun 60an..saya sendiri melihat beliau keluar masuk hutan melaksanakan operasi menghapuskan saki baki komunis..sejak dulu lagi kita dah tahu niat komunis.

mat sabu tu tahu ke erti perperangan atau susah payah nyer menjadi anggota keselamatan yang menjaga keamanan negara. kalau setakat sembang atau pandai berpidato ajer tak payah lah dia menilai atau jadi hakim yang menentukan komunis tu hero negara..rata rata rakyat malaysia yang pelbagai kaum dah tahu komunis tu pengkhianat negara..bersusah payah anggota keselamatan dahulu mempertarungkan nyawa, meninggalkan anak isteri, ibu dan ayah tercinta pergi berjuang mempertahan Malaysia bumi tercinta dari ancaman komunis durjana..sepatutnya kita bersyukur sekarang negara dah bebas dari ancaman komunis..semua rakyat Malaysia hidup aman damai dan bebas kesana kemari tanpa rasa takut.

Wahai Mat sabu kenapa dah tak de egenda lain ker yang nak dijadikan isu politik..bayak lagi perkara lain yang boleh di jadi kan isu..seperti gejala sosial anak-anak muda.mat rempit..pembuangan bayi..nama ajer PAS yang yang memperjuangkan agama islam..tapi semua isu isu yang dipolitikan tak kena langsung..Saya dengan rasa bangga dah berbesar hati menyokong tindakan Puan jamilah..

azli

atas dasar apa hendak berjumpa keluarga mereka.adakah atas rasa bersalah atau mahu menarik perhatian rakyat.sekiranya rasa bersalah mohon la maaf secara terbuka.kerana bukan keluarga jamilah saja yg terluka.tp semua rakyat malaysia.

annacomel

Sekarang politik makin kotor..pelbagai helah digunakan untuk menang..hubungan persaudaraan makin jauh..hati semakin benci..bagaimananalah agaknya dimasa hadapan negara ini...sampi lupa erti demokrasi yang sebenar..hinaan ..kejian..kafir-mengkafir..tidak peduli apa terjadi kepada lawan politik asalkan dapat memerintah negara..inikah senario politik yang berlaku? Malangnya perkara ini berlaku antara sesama kita yang sama bangsa dan sama agama.. insaflah wahai saudaraku..negara kita kecil.. bangsa kita tidak kuat lagi..mengapa ini yang kita lakukan?

rusnan62

mengapa ramai sangat suka perbesarkan perkara sejarah di jadikan isu politik s sedangkan banyak lagi faktor sejarah lain yg lebih utama yg patut dijadikan teladan.jika ndilihat sejarah melaka contohnya, siapakah yg sebenarnya menjatuhkan negeri melaka dan perkara itu patut dijadikan iktibar supaya negara kita tidak dijajah lagi oleh orang asing tak kira samada negara secara fizikal atuapun pemikiran rakyak yg sangat cenderong kepada kuasa politik yg mengejar harta secara rakus. dah muak sangat dgn jelagat org politik ni.

ABELAH

perkara ini memang mndapat reaksi kurang menyenangkan banyak pihak atas sikap pemimpin yang tidak faham erti perjuangan sebenar.....

Mata4Eye

Salam sejahtera buat rakyat Malaysia Merdeka Tercinta, kenapalah politik menjadi taruhan untuk mengiakan yang tidak benar. Kalau komunis itu walau sebelum atau selepas merdeka adalah tetap musuh durjana negara dan agama Islam kenapalah pemimpin seperti Mat Sabu mengangkat darjatnya sebagai pejuang. Kembalilah kepangkuan Allah. Jangan suruh Mat sabu kembali ke sekolah tetapi suruhlah belia menuntut ilmu agama Islam dengan Ulama. Dalam PAS sendiri ramai Ulama.

Kenapa Ulama dalam Pas berdiam diri. Letak dulu politik ditepi kemudian renung menggunakan Islam akan hakikat yang luhur. Bukan soal politik yang akan ALLAH dahulukan dalam soaljawab semasa dalam alam kubur dan alam akhirat. Bila diletak agenda politik dalam hati maka yang baik jadi jahat, yang jahat jadi baik. Soal agama kena tanya pada pakar agama, soal pejuang juga kena tanya pada yang pakar sejarah yang dalam agamanya bukan pada batu yang tidak bernyawa. Segeralah bertaubat kepada yang terlibat dan pengikutnya. ALLAH maha penerima taubat kepada hambanya yang ikhlas mahu membersihkan diri untuk menuju ke akhirat.

zairizanz

orang mcm ni mmg x payah jumpa, x payahlah bersemuka, buang masa jer,..terlajak perahu boleh diundur,..terlajak kata,..haa buruk padahnya...

joe

orang dah sudi, tak payah la nak jumpa...sejarah patut dikaji semula..banyak sangat penyelewengan berlaku...mereka yang terkorban itu memang sedih..tapi kena faham, mereka itu bukan polis tanah melayu sebaliknya polis british..komunis pon jahat, british pon jahat..yang baik, yang mengusir kedua-duanya..kalau mat indera jahat, mengapa kerajaan Negeri Johor iktiraf Mat Indera sebagai antara Tokoh Terbilang? mereka nak marah, tapi tak pikir perasaan keluarga mat indera yang telah difitnah sekian lama sebagai pengkhianat sedangkan dia seorang pejuang kemerdekaan

Mohd Khan sidil

tahniah, satu tindakan yang baik supaya ada lagi orang mempermainkan perjuangan bangsa melayu. kesetian dan kesabaran bangsa kita lagi permainkan untuk agenda politik mereka. terlanjak perahu boleh diundur terlanjak kata terimalah akibatnya.

sham

kenapa nak jumpa..mat sabu rasa bersalah dan nak minta maaf ke? takut kalah dalam PRU13..Dah terlambat..terlajak perahu boleh ditarik, terlajak kata-kata buruk padahnya

norshaheezam

kalau tak nak jumpa n dok berbincang macam mana nak solve problem.

Cikgu zizi

Berjumpa hanya untuk menambahkan rasa sakit dihati waris tragedi Bukit Kepong nak buat apa. Mula- mula hina lepas tu nak pujuk semula. Munafik betul.

zul TTDI

Syukur pada ilahi, zaman sekarang sillarturahim sudah berkurangan, Rasulullah membalas perkara tidak baik dengan baik. Syarak sudah tidak menajdi adab. Fikir-fikir lah wahai saudara....

Plavix Imdur

Memang patut Puan Jamilah menolak untuk bertemu dengan orang yang buta sejarah dan buta hati...sanggup memutar belitkan fakta demi kepentingan diri dan parti....!!.

kingkong

Puan jamilah telah buat keputusan yg tepat dan wajar.. Tamparan hebat kpd yg menyokong serangan komunis di bukit kepong..

mal

mengapa mat sabu nak jumpa keluarga mangsa bukit kepong ? ada kah sedar perbuatan nya itu salah & ingin minta maaf serta hanya untuk kehendak politik nya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat