{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: MukaDepan

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: MukaDepan


10,000 kerja baru

Posted: 08 Sep 2011 03:18 PM PDT

MukaDepan

PM umum 8 projek pelaburan ETP bernilai RM1.4 bilion

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan lapan projek pelaburan baru bernilai RM1.4 bilion di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang akan menjana Pendapatan Negara Kasar (PNK) bernilai RM8.4 bilion dan mewujudkan 10,000 peluang pekerjaan baru.

Pelaburan baru itu adalah untuk pelbagai sektor seperti pertanian, pendidikan, aeroangkasa, penjagaan kesihatan, pemborongan borong, peruncitan dan pembuatan.

Sejak dilancarkan Oktober tahun lalu, ETP menerima pelaburan keseluruhan RM171.21 bilion yang mampu menjana PNK bernilai RM228.55 bilion serta mewujudkan 372,361 peluang pekerjaan baru. "Sudah 11 bulan berlalu sejak saya melancarkan ETP pada 25 Oktober tahun lalu. Bagi separuh pertama tahun ini, Malaysia mencatatkan pelaburan asing RM21.3 bilion, melonjak 76 peratus berbanding RM12.1 bilion dalam tempoh sama tahun lalu. Ini menunjukkan pelabur asing melihat kelebihan yang ditawarkan Malaysia," kata Perdana Menteri ketika mengumumkan laporan kemajuan ketujuh ETP di sini.

Antara projek terkini termasuk rancangan Kuala Lumpur Kepong Bhd melabur RM706 juta untuk membangunkan sektor hiliran dalam industri minyak sawit. Bagi inisiatif membangunkan dan meletakkan Malaysia sebagai hab perkhidmatan kejuruteraan nilai tinggi pula, Stand Aerospace Malaysia Sdn Bhd akan melabur RM177 juta.

Pelaburan lain adalah:

  • Kesihatan: Vasseti Datatech Bhd melabur RM400 juta bagi memasang 1,410 set televisyen 42 inci di sebanyak 168 lokasi seluruh negara, termasuk hospital, Klinik 1Malaysia dan Kementerian Kesihatan.
  • Pertanian: Hannan Corporation Sdn Bhd melabur RM72.6 juta bagi membangunkan dua kompleks akuakultur yang mampu menghasilkan 14,000 tan udang putih setahun. Nova Laboratories Sdn Bhd melabur RM16.29 juta untuk penyelidikan dan pembangunan serta ujian praklinikal dan klinikal membangunkan tiga produk herba nilai tinggi dan mengkomersialkan produk itu.
  • Peruncitan dan pemborongan: Doorstep Retail Sdn Bhd melabur RM35 juta bagi menyediakan platform memudahkan PKS dari segi kemudahan dan sokongan teknikal. Bagi melengkapkan perkhidmatan itu, Koperasi Jiwa Malaysia Bhd menerajui inisiatif menyediakan platform beli-belah maya untuk PKS dengan pelaburan RM15 juta.

Satu lagi pelaburan membabitkan DSEM Holdings Sdn Bhd yang berkembang daripada pembuatan kontrak kepada syarikat menghasil, mengedar dan pasaran jenamanya sendiri bagi produk diod pemancar cahaya (LED).

Perdana Menteri turut mengumumkan tiga program di bawah Inisiatif Pembaharuan Strategik (SRI), iaitu komponen kedua di bawah ETP untuk merangsang daya saing negara pada peringkat global.

Ia adalah MSC Malaysia MyProCert, iaitu program meningkatkan kemahiran tenaga kerja tempatan ke arah mencapai standard persijilan antarabangsa, penubuhan Program Peningkatan Bakat Negara (NTEP) dalam sektor elektrik dan elektronik serta Program Perusahaan Kecil dan Sederhana Bumiputera Berprestasi Tinggi (TERAS).

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

Mike

400 juta untuk 1410 buah tv , RM283687.94/set..Mesti hebat gila tv 42inch ni..

fiza3379

peluang pekerjaan sentiasa ada...usaha n semangat amat penting

http://www.OnlyInMalaysiaMah.com/?ref=fiza3379

orangkecil

Harap2 semua lapisan/golongan masyarakat m'sia mendapat manfaatnya..

saya suka cakap sebarang

Sangat2 cantik. Semoga semua usaha dan perancangan berjalan seperti yang dirancang. Disamping mengejar harta dan kekayaan, kita perlu menyelitkan satu agenda yang selalu di overlooked, iaitu cinta kepada kedamaian dan benci kepada kacau bilau dan peperangan. Kita jadikan Malaysia sebagai pelopor satu 'harta' baru iaitu KEDAMAIAN.

mohd zailani

Tahniah kerajaan bersungguh2 menangani masaalah pengangguran tapi malangnya BAKAL MAJIKAN yg akan melaksanakan projek2 sebegini lebih mengutamakan 10,000 BAKAL PEKERJA yg berpengalaman sahaja, lantas menutup peluang PEKERJA2 'FRESHIE' utk menimba pengalaman..KALAU TAK BAGI PELUANG BERKERJA..BILA NAK ADA PENGALAMAN ?

sahlanidris

Tahniah Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia menwujudkan IO.000 pekerjaan untuk rakyat malaysia.Rakyat wajib bersyukur dan berterima kasih .

NOOR HIDAYAH SAFINAH BINTI MOHD ROSLI

Bagaimana cara saya nak mendaftar diri untuk berkerja seperti di dalam tawaran.Sekian

muhammad zharif bin muhamed

peluang pekerjaan yang semakin memberangsangkan haruslah diselaraskan dengan menetapkan gaji minimum yang sesuai berikutan harga keperluan barangan yang semakin meningkat hampir setiap tahun.

rohayu basiron

alhamdulillah

awal

menarik dan bagus untuk semua

razi

Saya sokong usaha pihak kerajaan untuk mewujudkan bnyk lapangan pekerjaan supaya tidak ada alasan lagi berlakunya pengangguran, tetapi pihak kerajaan juga sepatutnya mengambil berat ke atas gaji minimum yang ditetapkan di Malaysia. Gaji minimum RM450 sebulan adalah sangat tidak wajar dan tidak boleh diterima akal sihat memandangkan taraf hidup dan harga keperluan asas yang semakin tinggi.

Hang Jebat

terbaik dari kerajaan beri tv baru kat seluruh hospital dan klinik negara,moga pesakit2 seluruh negara dapat manfaat kan 400juta tu..

Joe Biskai

Berita baik kepada penganggur2 diluar sana...


Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat