{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: MukaDepan

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: MukaDepan


Jangan ubah fakta sejarah

Posted: 11 Sep 2011 03:14 PM PDT

MukaDepan

Komunis pengkhianat negara, bertindak kejam ketika daurat tidak wajar diagungkan: PM

BUKIT MERTAJAM: Datuk Seri Najib Razak memberi amaran supaya jangan ada mana-mana pihak cuba mengubah sejarah negara dengan mengagung-agungkan kumpulan yang mengkhianati tanah air.

Dengan merujuk kumpulan berkenaan kepada komunis ketika darurat, Perdana Menteri berkata, komunis telah bertindak kejam dengan sanggup membunuh rakyat yang berjuang untuk kemerdekaan.

Beliau menegaskan matlamat komunis ketika itu adalah mahu menguasai negara dan menyebarkan ideologi komunis yang tidak memberikan hak kepada rakyat peluang mencari kekayaan dan kebebasan. Komunis tidak memberikan hak kebebasan kepada kita, antiagama, anti-Tuhan, zalim dan bunuh orang dengan kejam. Sebab itu kita tentang komunis. Sebab itu jangan ada sesiapa nak mengubah sejarah kita... jangan sesiapa mengagungkan orang yang sebenarnya kejam dan mengkhianati bumi bertuah ini, katanya di majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri-Merdeka 2011 peringkat kebangsaan, di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu, Kubang Semang, di sini semalam.

Najib juga menjelaskan mengenai perbezaan ideologi komunis dahulu dengan negara komunis sekarang dan mengapa kerajaan menjalin hubungan dengan negara berkenaan.

Hari ini kita baik dengan negara komunis sebab mereka tinggalkan ideologi lama mereka. Mereka baik (dengan kita), kita pun baik (menjalinkan hubungan). Mereka hormat kita dan kita pun hormat mereka. Komunis dulu zalim dan ingin mencengkam kita dengan ideologi yang tidak dapat diterima sama sekali, katanya.

Isu perjuangan komunis mendapat perhatian apabila Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, menganggap komunis yang diketuai Mat Indera sebagai wira dalam peristiwa serangan Balai Polis Bukit Kepong pada 1950. Kenyataan Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, mencetuskan kemarahan rakyat yang menyebabkan lebih 200 laporan polis dibuat terhadapnya, di seluruh negara.
Perdana Menteri juga mengingatkan rakyat, kemakmuran yang dinikmati sekarang bukan datang secara kebetulan, sebaliknya hasil perjuangan pemimpin terdahulu sejak 54 tahun negara merdeka.

Katanya, pemimpin terdahulu yang berpandangan jauh berjaya meletakkan pancang baru melalui tindakan dan dasar yang kena pada tempat dan masanya.

Setiap masa dan era kita mempunyai pemimpin yang bijaksana dalam membuat keputusan. Dalam kita nak capai kemerdekaan, kita ada pemimpin yang mempunyai kebijaksanaan. Kita memilih jalan perundingan dengan penjajah dan ia bukan bererti sehaluan, tetapi nak penjajah keluar. Kita guna kebijaksanaan melalui rundingan.

Kekuatan muafakat antara kaum dan kalangan pemimpin UMNO, MCA dan MIC dalam membentuk Perikatan pula berjaya memberi kemerdekaan kepada negara. Pada masa itu, kuasa terbesar dunia tunduk dan beri kemerdekaan kepada kita, katanya.

Najib berkata, itulah kebijaksanaan yang pemimpin terdahulu lakukan dalam usaha menyatu padukan rakyat sehingga membolehkan negara mencapai kemerdekaan dan rakyat hidup aman damai serta diberi peluang sewajarnya mengikut amalan demokrasi.

Kerajaan hormati prinsip demokrasi dan suara rakyat. Sebab itu, ada kala kita kalah (pilihan raya) dan ada kala kita menang, tetapi komunis tidak berikan demokrasi. Barisan Nasional (BN) akan terus menghormati proses demokrasi dan akan terus perjuangkan kebajikan dan membantu rakyat, katanya.

Perdana Menteri memberi contoh Pulau Pinang yang kini ditadbir oleh DAP tetapi terus diberi bantuan dan dimajukan kerana segala usaha itu untuk kepentingan rakyat dan mengulangi jaminan Kerajaan Pusat tidak akan meminggirkan Pulau Pinang daripada segala pembangunan seperti pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan Empangan Mengkuang.

Majlis turut dihadiri Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim dan isteri, Datin Seri Maznah Rais; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon; Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen; Pengerusi UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman dan Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Majid.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat