{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: MukaDepan

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: MukaDepan


Telco tangguh caj 6 peratus

Posted: 12 Sep 2011 12:20 PM PDT

MukaDepan

MENTERI Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim (kiri) bermesyuarat bersama Pengerusi syarikat-syarikat telekomunikasi Malaysia di Wisma Angkasapuri, semalam. Kelihatan, (dari kanan)  Pengerusi UMobile, Dr. Khaizad, Pengerusi DIGI Henrick, Pengerusi Maxis Sandib, Pengerusi Celcom, Datuk Sazali, Timbalan Ketua Setiausaha Komunikasi, Datuk Dr Mohd Ali dan Timbalan Menteri I Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang. - Foto Bernama

MENTERI Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim (kiri) bermesyuarat bersama Pengerusi syarikat-syarikat telekomunikasi Malaysia di Wisma Angkasapuri, semalam. Kelihatan, (dari kanan) Pengerusi UMobile, Dr. Khaizad, Pengerusi DIGI Henrick, Pengerusi Maxis Sandib, Pengerusi Celcom, Datuk Sazali, Timbalan Ketua Setiausaha Komunikasi, Datuk Dr Mohd Ali dan Timbalan Menteri I Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang. - Foto Bernama

Celcom, Maxis, DiGi, U Mobile terima nasihat Perdana Menteri

KUALA LUMPUR: Empat syarikat pengendali utama telekomunikasi di negara ini semalam bersetuju menangguhkan caj cukai perkhidmatan enam peratus terhadap pengguna perkhidmatan talian telefon prabayar yang dijadual dikuat kuasa Khamis ini.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata persetujuan itu diputuskan secara bersama oleh empat syarikat terbabit selepas mengadakan perbincangan bersama kementerian itu di pejabatnya di Angkasapuri di sini. "Setelah mengadakan perundingan dengan empat syarikat telekomunikasi utama yang terbabit dengan isu cukai perkhidmatan, kesemuanya bersetuju supaya cukai perkhidmatan enam peratus yang akan dikenakan kepada pengguna ditangguhkan dan tidak lagi dikuat kuasa seperti yang diumumkan sebelum ini.

"Perbincangan membabitkan pengurusan utama Celcom, Maxis, Digi dan U Mobile berlangsung dalam suasana cukup baik, mereka menerima baik nasihat kementerian, pandangan kerajaan serta sentimen yang dilahirkan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak)," katanya kepada pemberita selepas perbincangan kira-kira sejam bersama wakil pengurusan tertinggi syarikat telekomunikasi itu, semalam.

Mereka ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Celcom, Datuk Shazalli Ramly; CEO Kumpulan, Digi Henrik Clausen; CEO Kumpulan Maxis Sandip Das dan CEO U Mobile, Dr Kaizad Heerjee.

Pengguna telefon bimbit prabayar Khamis lalu dikejutkan dengan pengumuman bersama syarikat telekomunikasi bahawa mereka akan mengenakan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus bagi pembelian pek atau kad SIM prabayar, berkuat kuasa 15 September ini.
Berikutan pengumuman itu, banyak pihak termasuk persatuan pengguna membantah langkah itu dan menyifatkannya sebagai tidak masuk akal kerana hanya membebankan rakyat terutama pelajar.

Rais juga berkata, penangguhan itu bagi membolehkan kajian semula dibuat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan syarikat telekomunikasi berkenaan bagi menentukan bila perkhidmatan itu wajar dikenakan cukai serta kadar yang boleh dikenakan.

"Saya rasa lega bahawa mereka bersetuju untuk menangguhkannya dan kementerian akan membuat beberapa kajian mengenai isu yang dibangkitkan seperti bila waktu terbaik untuk mengenakan cukai perkhidmatan dan di paras mana pengguna perlu membayar sama ada pada ketika membeli kad prabayar pertama atau pada setiap kali membaharuinya," katanya.

Beliau berkata, semua perkara yang dibangkitkan itu akan dibawa kepada mesyuarat Kabinet akan datang.

Sehubungan itu, beliau berharap isu cukai perkhidmatan itu tidak dibangkitkan lagi kerana syarikat telekomunikasi berkenaan sudah menangguhkan pelaksanaan caj itu.

Rais berkata, bagi menghargai syarikat telekomunikasi yang membayar RM6 bilion melalui hasil cukai perkhidmatan kepada kerajaan sejak 1998 serta peranannya dalam memberikan perkhidmatan telekomunikasi kepada hampir 26 juta pengguna telefon prabayar di negara ini, beliau akan menyarankan agar kerajaan memberikan penghargaan atas sumbangan itu. - BERNAMA

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

mas

ditangguh? mknannya akan dikenakan jugak la nti..

Jaybond

Trima kasih PM atas keprihatinan beliau campur tangan. Mesej yang amat jelas bahawasanya rakyat memang patut didahulukan kebajikannya.

faridk

boleh naukkan cukai yg penting tdk lg ada sebarang gangguan telekomunikasi.. ini cukai nak naik tp msh juga ada sebarang gangguan trutamanya semasa musim perayaan..

iezanie

tangguh laa dlu sbb die akn cas jgak nnti..cepat ngn lmbat jee..cyan kt rkyat....

izz ziqrie mekong

niaya pnguna2 yg brpendapatan rendah.org atas2 tu sudah2 lah nk tamak2...

Ruzila

Tangguh??makna nya akan dikenakan juga la caj 6% tu?Kalau perkhidmatan bertambah baik tak mengapa ini masih lagi di takuk lama..6% terlalu tinggi..kalau tetap dikenakan caj tersebut tiada la beza antara PRABAYAR & PASCABAYAR..malah lebih mahal penggunaan PRABAYAR

ju

jangan fikir nak untung aje... fikirlah golongan sederhana yang menggunakan perkidmatan itu
Batalkan saja kan senang....

khairy

jime: mereka dah terlampau senang, dan rakyat/pengguna yang selalu susah. "susah senang kita bersama" tidak sesuai langsung diungkapkan. kita bukan rakan kongsi atau ada share dalam company mereka. kecualilah kalau hang tu memang keje ngan syarikat telco, dah tentu hidup susah bergolok bergadai ngan diorang.

NACAT PENACAT FC

x pyah larh nak tanguh2 buang masa jer..batalkan jerlah nak naik caj 6% tu silap2 kerusi BN akan tumbang dlm pilihanraya akan datang sebab beban rakyat sudah tidak terkawal..harap beri perhatian serius mengenai isu ini k...

mhr

6% x byk bg syrkt telco jika nk dibandingkan profit setiap tahun, so x perlu nk dinaikkan bg menghargai sumbngn pengguna yg majoriti student & gaji kecik.

chesterjack

penangguhan ini sama seperti penyeksaan yang bakal diterima oleh rakyat nanti...

TT

Cukai bayar RM6 Billion, yg untung RM 60 Billion tu taknak kasitau ke, siapa yg kasi untung tu, rakyat malaysia jugak, yang kaya bertambah kaya, yang miskin makin merempat.

matt

pada pendapat saya,kenape pelangan yang kena byr cukar,sepatutnya syarikat2 komunikasi la yang patut bayar cukai,kita hanya pelangan mereka,mereka yang menjalnkn perkhidmatan

Rizuan

tidak ada maknanya klu nak tanguh2, sama la jgk naiknya, klu nak tangguh tggu dalam 10 tahun atau 20 tahun. untung korg x akan susut pny

nora

yg kaya terus kaya, yg miskin akan terus jd miskin. sekarang ni semua benda nak naik jer

Josh

Sepatutnya kerajaan yg kate nk tangguh cukai tu..apsl lak sykt telekomunikasi ni?..confuse betul..xkan sykt tu nak rugi2 byr service tax tu..ni mesti ade hidden intention..atau sj nk meredahkan keadaan..tp at least ade redah sikitla melalui penangguhan tu..klau sy salah seorg pngerusi tu, mesti confuse jgk apsl lrjaan nk kt org tangguhkan cukai tu..baik krjaan je terus ckp cukai prkhidmtan utk telekomunikasi ni ditangguhkan.

mie putrajaya

Tangguh tak bermakna tak dilaksanakan. Tunggu masa on lah tu..pra bayar kan sudah dibuat bayaran sebelum perkhidmatan diterima, so nak caj cukai perkhidmatan apa lagi. Nak untung pun agak agak la..fikir rakyat jelata yang semakin terhimpit dengan inflasi sekarang. Pendapatan tak berubah, perbelanjaan mencanak naik. Pening Kepala.

mia

aku pun setuju.... batal lagi bagus

alwani

Kenapa ditangguh2, baik batalkn sj.

paiwunan

Apesal nak tangguh lak...kalau mansuh terus kan lagi baik...tangguh nanti naik juga.

jime

susah senang kita bersama

zakaria mustafa

jgn fikir nak untung je... fikir juga kesusahan rakyat miskin..


Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat